pada hari isnin yg lepas telah tamat amali asas perkhemahan bagi pelajar2 outdoor recreation di Bkt Cherakah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mengikut semua yg telah dirancangkan. cuma di awal pagi hari nak bertolak, saya dan rakan2 telah dikejutkan dengan berita pemergian Pn. Norhayati bte Che Mat, kakak kesayangan En. Hisyam. salam takziah kepada beliau.
dalam perkhemahan kali ini aktiviti orienteering merupakan tanggungjawab dan amanah yg telah diberikan kepada saya. jadi saya telah cuba sedaya upaya membantu Sofwan dan Tengku dalam semua proses menjalankan aktiviti. diharap, para peserta dapat menerima sedikit ilmu dan pengalaman yg dikongsikan kami dan berguna pada mereka di masa hadapan.
terima kasih yang tak terhingga kepada bos atas didikan beliau pada saya dan alumni2 lain. kerana itulah kami masih setia dan berada di atas landasan yg betul sehingga hari ini. diharap kami akan terus kekal di atas landasan ini. dan dpt sama2 membantu antara satu sama lain bila masa memerlukan. insyallah...
Showing posts with label PERLU. Show all posts
Showing posts with label PERLU. Show all posts
Wednesday, February 11, 2009
Friday, January 16, 2009
abseiling menara S&T
3 hari yg lepas, bermula dari petang Selasa, pagi Rabu dan petang Khamis (semalam), sempat saya menjenguk aktiviti abseiling di menara S&T, UiTM untuk kelas outdoor degree (En. Hisyam) dan juga kelas Ko rekreasi (En. Hafiz). seperti biasa ada juga ahli2 persatuan yg hadir untuk membantu. tahniah dan syabas pada yg hadir. yg lain pegi mana ye?.
ada satu perkara yg menarik berlaku ketika amali kelas ini dijalankan. pada Rabu tghari sedang pelajar2 kelas outdoor menjalankan amali abseiling, datang 2 org pelajar fakulti kej. awam berjumpa dengan pensyarah kelas iaitu En. Hisyam. mereka menyatakan yang mereka berminat untuk mencuba aktiviti tersebut. yang menariknya, mereka adalah foreign student yg berasal dari Yemen(kalau tak silap). Oleh kerana masa yg tak mencukupi, hanya seorang sahaja yg dapat mencuba aktiviti ini. En. Hisyam memberitahu mereka pada esok hari iaitu semalam ada satu lagi kelas abseiling yg dikawalselia oleh En. Hafiz. jika mereka berminat bolehla datang.
jadi pada hari semalam sedang pelajar2 ko rekreasi menjalankan aktiviti ini, foreign student tersebut datang lagi dan terus mencari pensyarah yg bertugas. saya yg mengetahui perkara yg terjadi pada hari sebelumnya langsung tak menjangkakan yg beliau akan datang lagi pada hari itu. dan saya tak memberitahu Hafiz. malang bagi pelajar tersebut kerana masa yg tidak mencukupi, maka beliau tidak dapat mencuba aktiviti tersebut. tetapi beliau sempat berpesan jika ada lagi aktiviti2 seperti itu, beritahu dan dia ingin menyertainya. apalagi PERLU!!! mungkinkah beliau adalah bakal instructor baru? 1st foreign intructor dalam PERLU? sama2 kita tunggu dan lihat..

Thursday, January 15, 2009
ulangkaji
mlm tadi, bertempat di bk4 saya berjaya sekali lagi melapangkan masa membantu ape yg terdaya adik2 dlm persatuan. mereka telah menganjurkan satu kelas ulangkaji ikatan dan simpulan. agak meriah juga kelas semalam dengan kehadiran gabungan muka lama dan juga baru. tak ketinggalan juga muka2 yg memang agak lama seperti stone and yasir, termasuk saya jugak kot. hahaaa...
tahniah kepada semua dan teruskan usaha anda. saya difahamkan pada hari ahad ini bersamaan dengan 18 jan, dalam kalendar islam 21 Muharam akan diadakan aktiviti flying fox pula. jemputlah datang yea. tu pun kalau jadi la. kena tunggu confirmation dari MT persatuan. hahaa...
Nota : Stone pelawa join trip Astro ke Serendah pada 19 Jan ini. untuk keterangan lanjut boleh hubungi beliau sendiri. tq.

Thursday, December 18, 2008
Dah Keluar....
"Mus..aku dh leh blk umah sok..kaki aku dah ok..bitau yg lain ye.."
msg yang saya terima dari John semalam. maknanya hari ni beliau dah keluar dari hsptl Melaka. sekarang beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat. besi aerial yang dipasang di kakinya hanya akan dibuka selepas 6 minggu. sempat juga saya berpesan agar banyakkan berehat agar kecederaan yang dialami sembuh dengan cepat. bersama2 kita doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif seperti sediakala. amin.

Thursday, December 4, 2008
Konvokesyen yg ke 69
2hb December yg lalu adalah hari yg bersejarah dalam hidup saya kerana telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Majlis Konvokesyen UiTM yg ke69 ini lebih bermakna dengan kehadiran ahli keluarga yg tercinta. Terima kasih dan sayang yg tak terhingga kepada bondaku yg tercinta, kakak2ku, abang2ku dan keluarga. juga pada Ana yg sudi menjadi tour guide pada familyku.
terima kasih pada rakan2 yg hadir dan memeriahkan majlis konvokesyen saya. terima kasih juga pada persatuan Pembimbing Rekreasi Luar kerana telah mengadakan majlis untuk meraikan ahli2 yg telah bergraduasi.

Friday, November 7, 2008
sekolah seksyen 9..
sebentar lagi saya dan beberapa org lagi akan bergerak ke sekolah seksyen 9 untuk setup flying fox dan abseiling yg akan digunakan pada hari esok. aktiviti ini sempena Hari Gerko dan Kantin sekolah tersebut. sesiapa sahaja boleh mencuba aktiviti ini disana pada hari esok. bayaran yg akan dikenakan menggunakan kupon yg disediakan oleh pihak sekolah dan jumlah bayaran akan ditetapkan oleh mereka juga. jom kita meriahkan acara tersebut. jumpa disana.
Thursday, October 23, 2008
Salahkah???
salahkah aku mengingatkan org yg kdng2 lupa dengan keadaan? ataupun tak memahami situasi org lain? marahkah mereka apabila aku apabila mengingatkan situasi yg berlaku? ataupun tidak boleh menerima cara penyampaian yg aku gunakan? ini antara persoalan yg sering bermain di fikiran sebelum, semasa dan selepas saya berbual, bercakap dgn org2 yg saya rasa `perlu` saya sampaikan apa yg terbuku di hati. ingatlah wahai kwn2ku, dan adik2ku, jgn asyik dengan alasan. jgn mudah selesa dgn keadaan. jgn lupa pada keadaan. bahawasanya kita ini manusia yg mudah lupa dan sering melakukan kesilapan. correct me if i`m wrong.
Tuesday, October 21, 2008
Please Remember Watch First
satu ilmu baru yg saya ingin kongsikan bersama2 rakan2 setelah menonton rancangan man vs wild. tajuk post ini adalah satu cara yang digunakan oleh Bear Grylls untuk mengingati keutamaan dalam situasi ikhtiar hidup iaitu Protection, Rescue, Water and Food. empat perkara inilah yg diutamakan oleh beliau dalam semua cabaran situasi ikhtiar hidup yg dilaluinya. episod di Baja Desert, Mexico, beliau ada menyatakan tentang perkara ini.
Tuesday, October 14, 2008
ingin terbang bebas seperti helang?
alhamdulillah pada pagi td saya sempat mencelah di kalangan pelajar outdoor degree kelas bos yg mengikuti kelas paramotor yg dikendalikan oleh En. Alias. satu ilmu baru yg diperolehi dari kelas tersebut yg dilaksanakan di padang kawad UiTM. cuma tiada kesempatan untuk mencuba sukan tersebut disebabkan tiada kelengkapan yg sesuai dan juga tiada angin. best juga bila membayangkan dapat meluncur bebas di udara. tapi yg tak bestnye bila memikirkan kos yg akan di keluarkan untuk terlibat dlm sukan ini. terima kasih semua yg terlibat dan terima kasih bos atas pelawaan untuk menyertai kelas tadi.
sedikit aksi sebelum "take off"
Sunday, October 12, 2008
Majlis Rumah Terbuka
alhamdulillah selesai sudah majlis rumah terbuka En.Hisyam dan sambutan hari lahir Kamelia,Maisarah,A.Malin,Shawn,Apis Tahar dan Boygone pada hari jumaat yg lalu. meriah juga rumah beliau dgn kedatangan tetamu2 yg terdiri dari kalangan saudara-mara, rakan2, bekas pelajar, pelajar, ahli Perlu dan juga alumni. hidangan yg ada pada mlm itu enak sekali lebih2 lagi BBQ. hehee. ada yg membantu dari awal, pertengahan, dan hingga akhir majlis. ada juga yg hanya mampu berjanji tetapi...mungkin ada kekangan yg berlaku di pihak mereka. jgn salahkan mereka..
di majlis itu juga pertama kali saya dan rakan2 bloggers yg lain bersua muka dgn Bro Boot a.k.a Old Times Kopitiam dan Bro Yusran. setelah sekian lama hanya berinteraksi di alam maya daan menatap blog beliau, alhamdulillah dpt berjumpa dan bersembang dgn beliau. banyak perkara yg dibincangkan dan secara tak langsung beliau dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kami. terima kasih bro. diharap selepas ini kita dpt mengekalkan tali silaturrahim yg telah terbina. mungkin bekerjasama didalam sesuatu aktiviti atau program.
sekali lagi terima kasih semuanya.

Wednesday, September 24, 2008
Firesteel Piggyback

pisau ini hanya dibuat apabila ditempah dan mengambil masa 35-40 minggu untuk dihantar kepada pembeli. ia berharga 350 GBP bersamaan dengan RM2,221.05(cancel niat). di bawah disertakan sekali anatomy pisau tersebut.
Thursday, September 18, 2008
insan istimewa
dalam minggu ini 2 kali saya menghadirkan diri ke kelas outdoor diploma dan degree yg melakukan aktiviti flying fox. sebelum menghadirkan diri ke kelas yg pertama iaitu kelas degree pada selasa lalu saya sempat melihat2 koleksi2 gambar saya dan terlihat satu folder yg menunjukkan insan2 istimewa yg membuat aktiviti yg sama. terdetik niat untuk berkongsi pengalaman dan perasaan bersama rakan semua.
kumpulan ini merupakan insan2 istimewa yg dibawakan khas dari PLPP Bangi kalau tak silap saya untuk program kelas yg dianjurkan oleh kelas Omri yg mengambil subjek Leisure and Disabilities. saya mewakili persatuan yg diminta untuk sama2 menjalankan aktiviti flying fox.
saya tidak prnah dan tiada pengalaman dlm membuat aktiviti ini bersama golongan insan seperti ini. tetapi saya luangkan juga masa untuk membantu sekadar yg termampu. saya di tugaskan sebagai pelepas. insan2 istimewa ini mempunyai kecacatan yg berbeza. tetapi kebanyakan mereka adalah "wheelchair user". ada juga yg dwarf, syndrom down dan amputees.
saya sebenarnya kekok pada permulaan aktiviti kerana tidak pernah berhadapan dengan kumpulan yg sedemikian. tetapi lama kelamaan saya mula ok dan mula rasa selesa dgn golongan ini.
bermacam2 perasaan diluahkan kepada kami, antaranya "saya tak pernah buat sebelum ni", "boleh ke kami buat?" "selamat ke", "dia ni budak, ada saiz ke?"(merujuk pada rakannya yg dwarf), "kaki sebelah je ni, mcmana nak pakai benda tu"(harness). tetapi semuanya kami tangani dengan jawapan yg meyakinkan mereka. kami punya satu matlamat untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman aktiviti ini tanpa mengenepikan soal2 keselamatan.
saya teruja untuk membantu mereka merasai pengalaman ini. seorang demi seorang saya lepaskan turun kebawah.bermacam2 reaksi dari mereka. takut, gembira semuanya bercampur baur. tetapi apabila selamat sampai di bawah, mereka seakan tidak percaya yg mereka mampu melakukan aktiviti ini. berbakul2 ucapan terima kasih yg diberikan kepada kami. saya sendiri gembira, terharu dan hiba melihat golongan ini. tetapi saya puas apabila dapat membantu mereka untuk menjalankan aktiviti seperti ini.
selepas dari program itu saya memang tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam program2 sebegitu di fakulti sehinggalah sewaktu saya sendiri mengambil subjek leisure and disabilities kami mengelolakan satu kem berkonsepkan "nature"yg menggabungkan golongan istimewa ni dengan insan2 normal di Janda Baik.
saya berasa amat puas apabila berjaya membantu golongan istimewa ini untuk sama2 merasai pengalaman yg mereka fikirkan amatlah mustahil untuk mereka buat apabila diri mereka sebegitu. sebenarnya mereka malu untuk berhadapan dgn golongan normal dan mereka rasa ada satu halangan kepada mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi. oleh itu kita sebagai manusia, sama2lah kita membantu yg terdaya dalam menarik minat mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi.
Friday, September 12, 2008
alhamdulillah...
syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengelolakan aktiviti Majlis Berbuka Puasa PERLU pada hari smlm. terima kasih juga pada semua yg hadir dan menjayakan xtvt tersebut. teruskan usaha anda dan jadikan majlis ini sebagai xtvt wajib kita seperti biasa. ingat pesan para penasihat kita semalam. yg baik kita jadikan contoh dan yang tak baik kita buang jauh2. jumpa di post-mortem nanti.
Wednesday, September 10, 2008
trench foot dan immersion foot
saya baru sahaja membaca blog penunggu mlm sebentar tadi. ada satu artikel tentang milik siapa yang menarik minat saya untuk berkongsi sedikit ilmu tentang "Trench Foot" and "Immersion Foot". keaadaan ini berlaku kesan daripada kaki yang terdedah berjam2 atau berhari2 lamanya kepada basah atau suhu di bawah tahap beku. symptom2 yang berlaku adalah terasa dicucuk2, kebas dan seterusnya sakit yang melampau. kulit kelihatan basah, pecah dan merekah. kaki akan menjadi sejuk dan membengkak. kaki akan dijangkiti kuman yang akan menyerang sel2 kaki kita. kaki akan menjadi berat dan kebas apabila berjalan. gangrene juga akan berlaku. dalam kes yang extreme, kaki boleh dipotong untuk menyelamatkan nyawa. jalan terbaik untuk mengelakkan ini terjadi dengan sentiasa memastikan kaki dalam keadaan kering. bawa stokin lebih dalam waterproof case. basuh kaki dan pakai stokin yang kering setiap hari.
man vs wild
salam semua.. semalam saya telah berkesempatan untuk menyaksikan satu rancangan di discovery channel iaitu "man vs wild". episod semlm menunjukkan bagaimana perantara rancangan tersebut iaitu Bear Grylls, menempuhi cabaran di Patagonia, satu kawasan yang dilitupi ais dan ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Kutub(kalau tak silap saya). beliau menunjukkan bagaimana cara2 ikhtiar hidup di kawasan beriklim sejuk. di akhir2 rancangan,
beliau terpaksa membina sebuah rakit untuk melintasi satu sungai yg agak besar. dan beliau gagal kerana rakit yang dinaiki hampir terbalik. beliau terpaksa berenang semula ke tempat permulaan dimana ada unggun api yang dinyalakan semasa beliau membina rakit tersebut. sampai di tepi sungai tersebut beliau telah membuka kasut yang bsh dan memakai semula baju yang kering. beliau telah menghalakan tapak kaki dan tangan kearah unggun tersebut untuk mendapatkan haba. beliau menyatakan bahawa dalam keadaan kesejukan yang melampau kita tidak boleh menggosokan tapak tgn dan melakukan banyak pergerakan kerana ia akan mengepam darah yang sejuk ke jantung dan akan menurunkan lagi suhu badan kita. selepas tgn dan kaki kita panas semula barulah kita boleh menggosokkan tapak tangan untuk memanaskan bdn.
apa yang saya lihat di rancangan tersebut merupakan satu ilmu baru dan saya ingin kongikan bersama rakan2 yang lain. ini juga berkaitan dengan pengalaman saya di tasik kenyir baru2 ini(merujuk kepada post unplanned survival 1st-4th ep). apakah tindakan kami betul pada mlm itu dengan membuka dan mengeringkan kasut dan stokin yang bsh. membuka kasut bermakna kami berkaki ayam sahaja pada mlm itu. adakah ini jalan selamat bagi kami.

Friday, August 29, 2008
unplanned survival last ep..
kami juga membahagikan bekalan makanan yang saya kira cukup untuk semua bertahan sehingga hari esok. para peserta membuat satu unggun api dan saya sendiri menghidupkan satu unggun api untuk instruktur. saya kira asap yang keluar dari unggun api yang saya buat kerana kayu yang lembap cukup untuk menunjukkan kedudukan kami pada masa itu. saya juga berpesan kepada azmi supaya sentiasa melihat telefon yang dibawa jika ada line yang membolehkan kami menghantar msg kepada en.hisyam dan kwn2 yang lain. hanya msg dari yasir dan shawn sahaja yang boleh diterima manakala dia tak boleh membalas msg2 tersebut. dalam kesibukan menyediakan tempat untuk bermalam dan makanan, tiba2 azmi memanggil saya dan menyuruh saya memandang ke arah atas bukit. dia bertanya apakah cahaya di atas bukit yang kami lihat adalah bintang. setelah saya amati ia bukanlah bintang. ia seperti cahaya lampu suluh. saya berkata mungkin mereka sedang mencari kita semua. kami pun menyalakan headlamp kearah lampu tersebut dan cuba manarik perhatian sesiapa sahaja yang membawa lampu tersebut. tetapi tiada respon dari lampu tersebut. kami pun membiarkan sahaja cahaya tersebut. kami bergilir2 untuk tidur dan saya hanya melelapkan mate lebih kurang 1 jam setengah dan selebihnya saya lebih selesa duduk di unggun api dan melihat2 kawasan sekeliling. memang pada masa itu, saya terasa ada sesuatu benda yang berlegar2 dan sentiasa memerhatikan kami semua. tetapi saya tidak pasti apa bendanya itu. itu membuatkan saya lebih berhati2 dan sentiasa melihat kawasan sekeliling.
dengan bekalan kayu api yang semakin kurang saya mengejutkan mr.B untuk menemani saya mencari kayu api. beliau mengajak saya menuju kearah hadapan kawasan tersebut. saya hanya mengikuti tanpa banyak soal. rupa2nya setelah keluar saya dapat tahu yang beliau ternampak satu lembaga seperti org di kawasan belakang kami ketika mencari kayu api sebelum itu. semua peserta berada dalam kesejukan yang amat sgt sehinggakan ada satu insiden yang mengejutkan kami apabila seorang peserta seperti dalam keadaan "kesurupan" . cik nab dan miss T memandang saya dengan perasaan terkejut. sebenarnya beliau berkeadaan sebegitu akibat dari sejuk yang melampau. setelah duduk memanaskan badan di unggun api barulah keadaan beliau kembali normal walaupun masih sejuk.
saya tidak dapat tidur sehinggalah kira2 pukul 7 pagi. semua peserta dikejutkan dan bersiap2 untk menyambung perjalanan. kira2 jam 7.30 kami bergerak dan semasa dalam perjalanan azmi telah berjaya menghubungi en.hisyam dan memberitahu keadaan kami semua.kami sampai ke jambatan kayu sg.sauk lebih kurang 8.45 pagi. di situ kami berjumpa dengan pasukan SAR yang telah bersiap sedia untuk masuk untuk mencari kami.
di situ juga saya telah menjumpai pihak daripada KOLA yang akan masuk mencari kami jika kami tidak dapat dihubungi.
saya bagi pihak rakan2 meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana tidak dapat membuat keputusan lebih awal dan tidak mengambil langkah2 yang sepatutnya untuk menghubungi semua orang yang menunggu di luar. saya juga berterima kasih di atas keprihatinan semua.
begitulah sedikit coretan yang saya ingat tentang pengalaman kami ketika trekking ke sg. sauk. anda juga boleh membaca satu coretan dari rakan saya yang sama2 tersangkut di hutan tersebut iaitu troppic puppet art.

unplanned survival 3rd ep
saya mengamati map dan GPS yang dibawa dan saya kira kami semakin hampir dengan destinasi yang dituju. hati saya merasa lega kerana satu point yang saya tunggu untuk sampai ke dstinasi telah kami temui iaitu sg. sauk. namun saya juga berdebar2 kerana hari semakin gelap. bermacam2 fikiran bermain dlm kepala. sempat ke tak sampai sebelum gelap, apa yang patut dilakukan jika sudah gelap, dan mcm2 lagi. tetapi saya kuatkan juga hati untuk teruskan perjalanan kerana kami sudah hampir dengan destinasi yang dituju. hari semakin gelap dan kami semua mengeluarkan torchlight dan headlamp yang dibawa. bermacam2 bunyi unggas yang kami dapat dengar dan ada satu atau dua bunyi yang agak pelik dengari. saya kira hanya mainan perasaan saya sahaja kerana saya lihat azmi dan beberapa orang yang berjalan berhampiran dengan saya buat tak tahu saje. saya juga terasa seperti diekori oleh sesuatu kerana saya berjalan dibelakang sekali. laluan yang kami lalui semakin teruk. ada kawasan laluan air, terpaksa lalu di bawah pokok besar yang tumbang dan kawsan yang berbatu. ada juga kawasan yang seakan2 lembah yang kami lalui sehingga signal GPS yang saya bawa lemah. alat itu tidak dapat berfungsi di kawasan tersebut.
kawasan yang dilalui semakin gelap dan saya amat kesal dengan kebanyakan lampu yang dibawa oleh para peserta amatlah lemah cahayanya. terima kasih saya ucapkan kepada spotlight yang dibawa oleh Cik Nab kerana ianya amatlah berguna sekali ketika perjalanan tersebut. walaupun bentuknya agak kelakar tetapi ia amat berguna sekali. perjalanan semakin sukar dan amat perlahan sekali pergerakan kami disebabkan oleh cahaya yang kurang dan ada 2,3 orang peserta yang jarak penglihatan mereka agak terbatas pada waktu malam. sampai di satu tempat kami terpaksa berpatah balik dan mengambil jalan menuruni kawaan tersebut kerana laluan tertutup. keadaan sama berlaku apabila laluan menuruni kawasan tersebut melalui jalan buntu juga. saya mengambil keputusan mengumpulkan semua peserta dan memberi mereka masa untuk berehat di suatu kawasan yang saya kira agak sesuai untuk menampung keseluruhan kumpulan kami. semua instruktur berkumpul dan soalan yang saya berikan pada semua adalah "nampak jalan ke tak?" jawapan yang saya terima dari azmi dan boy "tak nampak manakala jawapan dari mr.B "ada 2 adala tapi aku tak pasti sgt". oleh yang demikian kami pun mengambil keputusan untuk berhenti rehat di situ. azmi memberikan arahan kepada semua orang supaya membuat api yang besar dan sentiasa berjaga2 . dia juga memaklumkan kepada saya tentang penemuan tapak fumakila dan juga tapak misteri yang diikuti sebelum itu.
to be continued...

Thursday, August 28, 2008
unplanned survival 2nd ep
apabila kami mula menuruni bukit 624, cuaca mula gelap dan berangin. saya takut jika laluan yang kami lalu ada dahan2 mati yang mungkin jatuh menimpa bila keadaan sebegitu. saya juga sentiasa berpesan agar memerhatikan keadaan sekeliling. dalam lebih kurang pukul 4 lebih hujan turun dgn lebat dan jalan yang dilalui semakin mencabar. ini kerana ada kawasan lereng yang terpaksa didaki semula akibat jalan yang tertutup. kawasan tersebut pula amatlah licin sehinggakan ada yang agak susah untuk didaki. tetapi mereka bekerjasama dan saling bantu-membantu. apabila hujan berhenti saya terdengar ada org lain yang memberikan password di hadapan kami. apabila dilihat kumpulan yang azmi bawa ada berehat di lereng tersebut. wajah2 kegembiraan terpancar di muka mereka. kami melintasi kumpulan tersebut dan menuruni lereng tersebut. sempat saya berkata pada azmi yang saya tidak akan mengambil alih kumpulan tersebut untuk dibawa keluar. saya akan membiarkan kumpulan ini mencari jalan keluar mereka sendiri. kumpulan yang azmi bawa turut sama berjalan dan bergabung disitu.saya tidak melarang kerana saya kira lebih baik bergabung kerana hari semakin gelap. tidak lama selepas itu kami berjumpa dgn sebatng sg yang saya kira Sg.sauk. saya melihat dan menanda kawasan tersebut sebagai sg.sauk.
to be continued....
to be continued....
unplanned survival
salam sejahtera semuanya. sedikit pengalaman yang ingin dikongsi bersama rakan2 semua tentang aktiviti jungle trekking dari sg. Sepat ke sg. Sauk. seperti yang diketahui ramai, group yang saya bawa telah keluar lewat satu malam dari trek hutan tersebut. task yang diberikan kepada kumpulan yang saya jaga amatlah mudah iaitu mencari jalan dari Sg. Sepat ke Sg. Sauk berpadukan bearing 180 darjah menggunakan kompas, map dan global positioning system(GPS). tugas saya dan instruktur lain hanyalah memerhati dan menjaga keselamatan para peserta. sebelum brmula xpdc tersebut saya telah berbincang dgn rakan2 saya dlm group ini iaitu Mr. Box and Miss T. saya telah katakan pada mereka yang saya hanya akan campur tangan hanya apabila keadaan memerlukan saya berbuat demikian. dari awal lagi saya sudah dapat lihat dan rasakan yang perjalanan xpdc kali ini akan mengambil masa yang panjang. ini kerana dari mula lagi mereka sudah membuat silap bila menggunakan bearing yang diberikan. tetapi saya yakin kami tidak akan melencong dari trek yang asal kerana kami tidak melintasi sebarang sg yang kami jumpa. itu satu pesan yang amat saya ingati dari en. Hisyam. lebih2 lagi xpdc kali ini adalah kali kedua bagi saya. lebih senang saya katakan perjalanan kami menjadi zig zag sebenarnya apabila saya rujuk pada GPS yang saya bawa.
kami telah bejumpa sebatang sungai yang saya kira sepatutnya tidak akan kami jumpai disitu. kami juga berjalan kembali ke sg. Sepat. dari point tersebut barulah perjalanan kami kembali teratur walaupun kadang2 menjadi zig zag kembali. kami berhenti rehat pada pukul 3 ptg di satu kawasan yang saya kira belum pun sampai di puncak 624. sepanjang perjalanan sy dapat menikmati keindahan flora & fauna. mcm2 ragam yang tak dpt saya lupakan seperti kejadian membersihkan pacat dan muka peserta2 dalam kumpulan saya bercampur2. ada yang serius, takut, keliru dan sebagainya. namun semua itu tak mematahkan semangat mereka untuksampai ke destinasi yang dituju.
kami menyambung perjalanan dan melalui satu kawasan yang saya kira puncak. tetapi saya tersilap perkiraan apabila menjumpai satu puncak lagi kira2 200m perjalanan. saya mengambil map dan kompas yang dibawa oleh 2 orang kawan saya dan melihat samada kawasan tersebut puncak yang sebenar. mengikut apa yang saya lihat dan jangkakan puncak kedua adalah puncak yang sebenar. dari situ saya mengarahkan kumpulan agar mengambil bearing 180 dan saya sempat berpesan agar berhati2 kerana mengikut pengalaman xpdc yang lepas dan pengamatan pada map yang kami bawa, kami akan melalui kawasan lereng yang agak curam.

Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)