Friday, January 16, 2009

abseiling menara S&T

3 hari yg lepas, bermula dari petang Selasa, pagi Rabu dan petang Khamis (semalam), sempat saya menjenguk aktiviti abseiling di menara S&T, UiTM untuk kelas outdoor degree (En. Hisyam) dan juga kelas Ko rekreasi (En. Hafiz). seperti biasa ada juga ahli2 persatuan yg hadir untuk membantu. tahniah dan syabas pada yg hadir. yg lain pegi mana ye?.

ada satu perkara yg menarik berlaku ketika amali kelas ini dijalankan. pada Rabu tghari sedang pelajar2 kelas outdoor menjalankan amali abseiling, datang 2 org pelajar fakulti kej. awam berjumpa dengan pensyarah kelas iaitu En. Hisyam. mereka menyatakan yang mereka berminat untuk mencuba aktiviti tersebut. yang menariknya, mereka adalah foreign student yg berasal dari Yemen(kalau tak silap). Oleh kerana masa yg tak mencukupi, hanya seorang sahaja yg dapat mencuba aktiviti ini. En. Hisyam memberitahu mereka pada esok hari iaitu semalam ada satu lagi kelas abseiling yg dikawalselia oleh En. Hafiz. jika mereka berminat bolehla datang.

jadi pada hari semalam sedang pelajar2 ko rekreasi menjalankan aktiviti ini, foreign student tersebut datang lagi dan terus mencari pensyarah yg bertugas. saya yg mengetahui perkara yg terjadi pada hari sebelumnya langsung tak menjangkakan yg beliau akan datang lagi pada hari itu. dan saya tak memberitahu Hafiz. malang bagi pelajar tersebut kerana masa yg tidak mencukupi, maka beliau tidak dapat mencuba aktiviti tersebut. tetapi beliau sempat berpesan jika ada lagi aktiviti2 seperti itu, beritahu dan dia ingin menyertainya. apalagi PERLU!!! mungkinkah beliau adalah bakal instructor baru? 1st foreign intructor dalam PERLU? sama2 kita tunggu dan lihat..

5 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

dlm perlembagaan ada tulis x pasal foreigner yg nk join persatuan, hehehe...


salam perjalanan...

wegreentheearth said...

tahla...
rasanya takda halangan kot dlm perlembagaan...

Lennyek said...

dalam perlembagaan xde ckp pon foreigner xleh join..xtau la,mgkin time buku plembagaan tu dibuat,blom ade lg student intrnational..
tp,as long as they are our Uitm's student...

Bahagian 3..
Perkara 10:
1)syarat keahlian ditentukan oleh AGM dan mndapat persetujuan daripada Penasihat Persatuan.

2)Walau apa pun fasal(1)-
a. terdiri drpda pelajar universiti (uitm) dan alumni plajar universiti tsebut yg dlantik oleh psatuan.................

ni ape yg kte tau...ade byk lg..

sekian..

Clarise said...

erm...sy rs ok wat klu foreigner jd instructor...bkn je blh kongsi pengalaman yang dia tahu,tapi blh sm2 belajar tanpa mengira kaum..sy rs not so bad kot..huhuhu...

wegreentheearth said...

memang boleh kot...
ok lagi kot...
tapi kena dptkan persetujuan semua pihak...
taknak rumah dah siap, pahat dgn tukul masih berbunyi lagi...