Monday, January 10, 2011

Muka Baru

"kelas outdoor kat lab!!!bior betul ko mus?" kata faisal
"betul la. nape? tak bleh ke?" aku membalas.
"macam pelik je outdoor kat lab". katanya lagi.
"adela...hahaa.."terus berlalu ke lab.
perbualan antara aku dgn Faisal, rakan sekerja di Shahputra sebelum klas pertama outdoor minggu lalu. Ramai yang terkejut bila aku nak wat klas kat lab komputer. bukan ape. Ade reason tuk aku buat kelas tu kat lab...tugasan pertama yang aku bagi kat diorg adalah membuat blog. Mudah untuk aku memantau ape tugasan2 yg mereka akan lakukan didalam persiapan ke kem yang akan dijalankan di Tasik Chenderoh, Lenggong Perak pada 29 Jan - 5 Feb depan.
SR113 adalah list terbaru blogawan2 kelas Outdoor Recreation semester ini. Penjenguk2 bolehla melawat dan lapang2 kanlah mencoret sedikit komen membina di dalam blog2 tersebut. Insyallah penambahbaikkan akan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki mutu coretan. insyallah.

Wednesday, January 5, 2011

quick update

selama lebih sebulan tak mencoretkan pape dlm blog ni.kemalasan yg melanda, busy ngan tugas2 hakiki dan tidak hakiki dan sebagainya...beberapa perkara yang terjadi sebelum ini  mencabar kesabaran dan keimanan aku.

awal tahun ini dimulakan dengan kejadian pecah rumah sewa di bukit setongkol. aku kehilangan laptop, beg deuter, jam casio dan tabung syiling berjumlah hampir rm150. anggaran kerugian mencecah lebih 3K...lebih menyedihkan hampir kesemua kerja2 dlm laptop aku hilang sekali...takde backup file...ini laptop ke 2 yang hilang di kuantan..

others....
-selama setahun lebih di kuantan, sudah 3 kali berpindah rumah akibat ketidakserasian, tuan rumah menjual rumah yg disewa dan ingin mencari angin baru....
-tanggal 14hb november aku selamat bertunang dengan cikgu(author bersama blog ini) sekarang dalam persediaan melangkah ke stage yg berikutnya.
-aku terpaksa menolak 1 tawaran kerja lain atas sebab2 yg tak dpt dielakkan...boleh kata tak berpuas hati dengan tawaran yg diberikan...padahal benda boleh offer lebih baik tapi mungkin disebabkan yg menguruskan, atau polisi yg ketat menyebabkan hal sebegitu terjadi...
-semester ini dapat mengambil semula subjek yg aku gemari iaitu outdoor recreation dan dalam perancangan untuk ke final camp.insyallah...ada juga blogger2 baru yang akan muncul nnt....
-hari ini aku tak dpt menderma darah kerana tekanan darah yg tinggi....disebabkan itu aku harus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.