Friday, August 29, 2008

unplanned survival last ep..

kami juga membahagikan bekalan makanan yang saya kira cukup untuk semua bertahan sehingga hari esok. para peserta membuat satu unggun api dan saya sendiri menghidupkan satu unggun api untuk instruktur. saya kira asap yang keluar dari unggun api yang saya buat kerana kayu yang lembap cukup untuk menunjukkan kedudukan kami pada masa itu. saya juga berpesan kepada azmi supaya sentiasa melihat telefon yang dibawa jika ada line yang membolehkan kami menghantar msg kepada en.hisyam dan kwn2 yang lain. hanya msg dari yasir dan shawn sahaja yang boleh diterima manakala dia tak boleh membalas msg2 tersebut. dalam kesibukan menyediakan tempat untuk bermalam dan makanan, tiba2 azmi memanggil saya dan menyuruh saya memandang ke arah atas bukit. dia bertanya apakah cahaya di atas bukit yang kami lihat adalah bintang. setelah saya amati ia bukanlah bintang. ia seperti cahaya lampu suluh. saya berkata mungkin mereka sedang mencari kita semua. kami pun menyalakan headlamp kearah lampu tersebut dan cuba manarik perhatian sesiapa sahaja yang membawa lampu tersebut. tetapi tiada respon dari lampu tersebut. kami pun membiarkan sahaja cahaya tersebut. kami bergilir2 untuk tidur dan saya hanya melelapkan mate lebih kurang 1 jam setengah dan selebihnya saya lebih selesa duduk di unggun api dan melihat2 kawasan sekeliling. memang pada masa itu, saya terasa ada sesuatu benda yang berlegar2 dan sentiasa memerhatikan kami semua. tetapi saya tidak pasti apa bendanya itu. itu membuatkan saya lebih berhati2 dan sentiasa melihat kawasan sekeliling.
dengan bekalan kayu api yang semakin kurang saya mengejutkan mr.B untuk menemani saya mencari kayu api. beliau mengajak saya menuju kearah hadapan kawasan tersebut. saya hanya mengikuti tanpa banyak soal. rupa2nya setelah keluar saya dapat tahu yang beliau ternampak satu lembaga seperti org di kawasan belakang kami ketika mencari kayu api sebelum itu. semua peserta berada dalam kesejukan yang amat sgt sehinggakan ada satu insiden yang mengejutkan kami apabila seorang peserta seperti dalam keadaan "kesurupan" . cik nab dan miss T memandang saya dengan perasaan terkejut. sebenarnya beliau berkeadaan sebegitu akibat dari sejuk yang melampau. setelah duduk memanaskan badan di unggun api barulah keadaan beliau kembali normal walaupun masih sejuk.
saya tidak dapat tidur sehinggalah kira2 pukul 7 pagi. semua peserta dikejutkan dan bersiap2 untk menyambung perjalanan. kira2 jam 7.30 kami bergerak dan semasa dalam perjalanan azmi telah berjaya menghubungi en.hisyam dan memberitahu keadaan kami semua.kami sampai ke jambatan kayu sg.sauk lebih kurang 8.45 pagi. di situ kami berjumpa dengan pasukan SAR yang telah bersiap sedia untuk masuk untuk mencari kami.
di situ juga saya telah menjumpai pihak daripada KOLA yang akan masuk mencari kami jika kami tidak dapat dihubungi.
saya bagi pihak rakan2 meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana tidak dapat membuat keputusan lebih awal dan tidak mengambil langkah2 yang sepatutnya untuk menghubungi semua orang yang menunggu di luar. saya juga berterima kasih di atas keprihatinan semua.
begitulah sedikit coretan yang saya ingat tentang pengalaman kami ketika trekking ke sg. sauk. anda juga boleh membaca satu coretan dari rakan saya yang sama2 tersangkut di hutan tersebut iaitu troppic puppet art.

unplanned survival 3rd ep

saya mengamati map dan GPS yang dibawa dan saya kira kami semakin hampir dengan destinasi yang dituju. hati saya merasa lega kerana satu point yang saya tunggu untuk sampai ke dstinasi telah kami temui iaitu sg. sauk. namun saya juga berdebar2 kerana hari semakin gelap. bermacam2 fikiran bermain dlm kepala. sempat ke tak sampai sebelum gelap, apa yang patut dilakukan jika sudah gelap, dan mcm2 lagi. tetapi saya kuatkan juga hati untuk teruskan perjalanan kerana kami sudah hampir dengan destinasi yang dituju. hari semakin gelap dan kami semua mengeluarkan torchlight dan headlamp yang dibawa. bermacam2 bunyi unggas yang kami dapat dengar dan ada satu atau dua bunyi yang agak pelik dengari. saya kira hanya mainan perasaan saya sahaja kerana saya lihat azmi dan beberapa orang yang berjalan berhampiran dengan saya buat tak tahu saje. saya juga terasa seperti diekori oleh sesuatu kerana saya berjalan dibelakang sekali. laluan yang kami lalui semakin teruk. ada kawasan laluan air, terpaksa lalu di bawah pokok besar yang tumbang dan kawsan yang berbatu. ada juga kawasan yang seakan2 lembah yang kami lalui sehingga signal GPS yang saya bawa lemah. alat itu tidak dapat berfungsi di kawasan tersebut.
kawasan yang dilalui semakin gelap dan saya amat kesal dengan kebanyakan lampu yang dibawa oleh para peserta amatlah lemah cahayanya. terima kasih saya ucapkan kepada spotlight yang dibawa oleh Cik Nab kerana ianya amatlah berguna sekali ketika perjalanan tersebut. walaupun bentuknya agak kelakar tetapi ia amat berguna sekali. perjalanan semakin sukar dan amat perlahan sekali pergerakan kami disebabkan oleh cahaya yang kurang dan ada 2,3 orang peserta yang jarak penglihatan mereka agak terbatas pada waktu malam. sampai di satu tempat kami terpaksa berpatah balik dan mengambil jalan menuruni kawaan tersebut kerana laluan tertutup. keadaan sama berlaku apabila laluan menuruni kawasan tersebut melalui jalan buntu juga. saya mengambil keputusan mengumpulkan semua peserta dan memberi mereka masa untuk berehat di suatu kawasan yang saya kira agak sesuai untuk menampung keseluruhan kumpulan kami. semua instruktur berkumpul dan soalan yang saya berikan pada semua adalah "nampak jalan ke tak?" jawapan yang saya terima dari azmi dan boy "tak nampak manakala jawapan dari mr.B "ada 2 adala tapi aku tak pasti sgt". oleh yang demikian kami pun mengambil keputusan untuk berhenti rehat di situ. azmi memberikan arahan kepada semua orang supaya membuat api yang besar dan sentiasa berjaga2 . dia juga memaklumkan kepada saya tentang penemuan tapak fumakila dan juga tapak misteri yang diikuti sebelum itu.

to be continued...

Thursday, August 28, 2008

unplanned survival 2nd ep

apabila kami mula menuruni bukit 624, cuaca mula gelap dan berangin. saya takut jika laluan yang kami lalu ada dahan2 mati yang mungkin jatuh menimpa bila keadaan sebegitu. saya juga sentiasa berpesan agar memerhatikan keadaan sekeliling. dalam lebih kurang pukul 4 lebih hujan turun dgn lebat dan jalan yang dilalui semakin mencabar. ini kerana ada kawasan lereng yang terpaksa didaki semula akibat jalan yang tertutup. kawasan tersebut pula amatlah licin sehinggakan ada yang agak susah untuk didaki. tetapi mereka bekerjasama dan saling bantu-membantu. apabila hujan berhenti saya terdengar ada org lain yang memberikan password di hadapan kami. apabila dilihat kumpulan yang azmi bawa ada berehat di lereng tersebut. wajah2 kegembiraan terpancar di muka mereka. kami melintasi kumpulan tersebut dan menuruni lereng tersebut. sempat saya berkata pada azmi yang saya tidak akan mengambil alih kumpulan tersebut untuk dibawa keluar. saya akan membiarkan kumpulan ini mencari jalan keluar mereka sendiri. kumpulan yang azmi bawa turut sama berjalan dan bergabung disitu.saya tidak melarang kerana saya kira lebih baik bergabung kerana hari semakin gelap. tidak lama selepas itu kami berjumpa dgn sebatng sg yang saya kira Sg.sauk. saya melihat dan menanda kawasan tersebut sebagai sg.sauk.

to be continued....

unplanned survival

salam sejahtera semuanya. sedikit pengalaman yang ingin dikongsi bersama rakan2 semua tentang aktiviti jungle trekking dari sg. Sepat ke sg. Sauk. seperti yang diketahui ramai, group yang saya bawa telah keluar lewat satu malam dari trek hutan tersebut. task yang diberikan kepada kumpulan yang saya jaga amatlah mudah iaitu mencari jalan dari Sg. Sepat ke Sg. Sauk berpadukan bearing 180 darjah menggunakan kompas, map dan global positioning system(GPS). tugas saya dan instruktur lain hanyalah memerhati dan menjaga keselamatan para peserta. sebelum brmula xpdc tersebut saya telah berbincang dgn rakan2 saya dlm group ini iaitu Mr. Box and Miss T. saya telah katakan pada mereka yang saya hanya akan campur tangan hanya apabila keadaan memerlukan saya berbuat demikian. dari awal lagi saya sudah dapat lihat dan rasakan yang perjalanan xpdc kali ini akan mengambil masa yang panjang. ini kerana dari mula lagi mereka sudah membuat silap bila menggunakan bearing yang diberikan. tetapi saya yakin kami tidak akan melencong dari trek yang asal kerana kami tidak melintasi sebarang sg yang kami jumpa. itu satu pesan yang amat saya ingati dari en. Hisyam. lebih2 lagi xpdc kali ini adalah kali kedua bagi saya. lebih senang saya katakan perjalanan kami menjadi zig zag sebenarnya apabila saya rujuk pada GPS yang saya bawa.
kami telah bejumpa sebatang sungai yang saya kira sepatutnya tidak akan kami jumpai disitu. kami juga berjalan kembali ke sg. Sepat. dari point tersebut barulah perjalanan kami kembali teratur walaupun kadang2 menjadi zig zag kembali. kami berhenti rehat pada pukul 3 ptg di satu kawasan yang saya kira belum pun sampai di puncak 624. sepanjang perjalanan sy dapat menikmati keindahan flora & fauna. mcm2 ragam yang tak dpt saya lupakan seperti kejadian membersihkan pacat dan muka peserta2 dalam kumpulan saya bercampur2. ada yang serius, takut, keliru dan sebagainya. namun semua itu tak mematahkan semangat mereka untuksampai ke destinasi yang dituju.
kami menyambung perjalanan dan melalui satu kawasan yang saya kira puncak. tetapi saya tersilap perkiraan apabila menjumpai satu puncak lagi kira2 200m perjalanan. saya mengambil map dan kompas yang dibawa oleh 2 orang kawan saya dan melihat samada kawasan tersebut puncak yang sebenar. mengikut apa yang saya lihat dan jangkakan puncak kedua adalah puncak yang sebenar. dari situ saya mengarahkan kumpulan agar mengambil bearing 180 dan saya sempat berpesan agar berhati2 kerana mengikut pengalaman xpdc yang lepas dan pengamatan pada map yang kami bawa, kami akan melalui kawasan lereng yang agak curam.

to be continued....

Wednesday, August 27, 2008

love...

Love,
Is a feeling that God blessed us with
Some might say it’s a most wonderful feeling
Some might think we don’t need it at all
Some say it makes the world goes round
Some say don’t fall, rise in love!

Love,
Makes us happy and sometimes sad
Makes us crazy and sometimes mad
It sometimes hurts!
To love someone, is to be ready to let them go
Sometimes, they don’t even know how much we love them
We don’t seem to know how to make them realize

Love,
Is blind
We would do anything for the one we love
Cross the ocean of fire, climb the highest mountain; give the world, the moon, the sun, and the stars. (As if you can do that!!)
But that’s the promise of love!
Whatever the perception of love,
Whoever we love,
Whenever it arises,
No matter how deep it is,
There’s only one incomparable, undeniable, and the greatest love of all…….
Allah’s love…..

Thursday, August 14, 2008

survival 4th ep navigation

video

budak botak....

botak..perkara yang amat diperkatakan sekarang ini. tetapi untuk diri saya pula ada kisah yang saya ingin kongsikan disini.
kisah ini berlaku pada tahun 1999 ketika saya baru menjejakkan kaki ke sekolah berasrama di Kota Tinggi, Johor. untuk pengetahuan anda pelajar2 baru yang mendaftar di sekolah ini diwajibkan membotakkan kepala. senior2 ada membuka booth untuk membotakkan kepal. semua pelajar tidak terkecuali termasuklah saya sendiri. sepanjang minggu orientasi kami melakukan bermcm2 aktiviti yang diaturkan antaranya pertandingan kawad kaki antara kelas. selepas waktu persekolahan tamat kami akan berlatih untuk pertandingan tersebut. berhujan dan berpanas selama seminggu. dah mcm rekrut askar plak. alhamdulillah kelas saya beraya merangkul kejuaraan tersebut. natijah dari aktiviti tersebut kulit kami semua bertukar menjadi gelap. memang btul2 gelap punya. bukan main2. dahla kpale botak. gelap pulak tue. sorie pada sesiapa yang terasa. ahaks..
nak dijadikan cerita selepas orientasi berakhir kami dibenarkan pulang ke kampung halaman pada minggu kedua disitu. perjalanan pulang ke kampung saya memerlukan saya bertukar bus 3 kali. pertama di Kota Tinggi, sekali di JB dan sekali di bandar BP. saya pulang dengan memakai uniform sekolah. apabila sampai di Terminal bus Larkin, saya duduk di platform untuk menunggu bus ke BP. paltform tersebut penuh dengan manusia yang sama tujuan dengan saya iaitu balik ke kampung halaman. dalam ramai2 manusia tu saya terpandang seorang perempuan yang amat saya kenali. beliau adalah kakak saya yang saya kira amat rapat dngan saya. beliaulah tempat saya bermanja selain dari ibu bapa saya. bila kakak saya memandang saya, saya terus tersenyum dan mengangkat tangan. tapi dia dengan selamba memalingkan muka dan buat2 taktau. saya terkejut dan sedih (hampir2 je ek..blum mengalir air mate) knape dia buat2 taktau pulak. saya berjalan menuju kearahnya dan blum sempat menegur dia dah berkata "ya allah!! ko ke ni dik? ngah tak knal btul tadi (ngah nama panggilan bagi kakak saya). ingat bdk sekolah mana melambai tadi. dahla botak gelap pulak tue."
saya pun menceritakan apa yang berlaku di sekolah. disebabkan kami naik bas yang berlainan maka kakak saya menunggu di bandar BP untuk pulang bersama2. sampai2 di rumah kakak saya menceritakan apa yang terjadi di JB dan saya menjadi bahan usikan semua orang dirumah. selepas dari insiden itu saya tidak pernah membotakkan kepala lagi.

P/S ini betul2 kejadian, bukan cubaan...ahaks..

Tuesday, August 12, 2008

bowline



The Bowline Knot is one of the most used loop knots. This variant is most used in the world. Probably due to its simplicity, security, and its relationship with the Sheet bend. Keep the cross point in step A between a finger and thumb and make a clock-wise turn with your wrist. Without the loop in between, it is the same knot. If the loop is expected to be heavily loaded, the bowline is, in fact, not secure enough. There is a rule of thumb which states that the loose end should be as long as 12 times the circumference for the sake of safety.

figure of eight


reef knot

The reef-knot is only useful in simple applications. It is easy tied and will not jam, so it is always easy to untie. It is used to tie packages, and as a base for he shoe-bow. Sailors used it for binding rolled sails or better reefed sails. And that is where it got its english name from. Americans call it the square knot. Its relatives, the granny, the thief-knot and the what-knot all have their purposes, but not as a trustful knot.

Monday, August 11, 2008

survival 2nd ep shelter and fire

video

tahniah adik2 ku.....



semalam pagi awal2 lagi saya sudah bergegas pulang dari Nur Lembah Pangsun untuk sama2 menyertai aktiviti kayak kelas degree. walaupun terpaksa meredah hujan tetapi saya gagahkan juga kerana telah berjanji dgn beberapa individu untuk hadir ke kelas tersebut. kelas tersebut bermula pada pukul 12 tghari. satu pujian untuk ahli2 perlu kerana telah hadir dan membantu melancarkan aktiviti tersebut. sikap begini lah yang kita mahukan. sambil menimba ilmu dari semua yang ada, kita boleh merapatkan tali silaturrahim.tahniah kepada semua yang hadir semalam. gud luck semua yang pergi ke kenyir.




Tuesday, August 5, 2008

terima kasih bos...

alhamdulillah pada hari ini saya telah berjaya menghadirkan diri ke satu kelas bos iaitu water confident untuk degree di pool UiTM. kehadiran saya hanyalah untuk menolong apa yang termampu dan dlm masa yang sama menimba ilmu dari sifu saya, En. Hisyam Che Mat. alhamdullilah juga beliau masih menerima saya dan beberapa orang rakan seperti Rembang Waktu dan Troppic Puppet untuk sama2 memeriahkan kelas tersebut walaupun dalam slip UiTM tertera TM(tamat pengajian). terima kasih bos.
satu perkara yang saya kesalkan di sini, juga sama keluhan yang selalu(dah beberapa kali saya utarakan keluhan ini) tentang tiada seorang pun ahli persatuan yang datang membantu penasihat kita dalam melancarkan perjalanan program. kenapa tidak mahu sama2 datang meluangkan masa disini. bukan hanya membantu tapi dalam masa yang sama kita boleh menimba ilmu dari beliau. mungkin anda sibuk dgn kelas, asgnmnt, dan sbgainya. tapi tak salah anda meluangkan sedikit masa untuk perkara ini.

p/s : Jika anda telusuri sejarah awal persatuan, anda akan dapat lihat tentang tujuan dan objektif persatuan ini ditubuhkan. renung2kanlah dan fikir2kanlah.

Monday, August 4, 2008

entah mengapa...

setelah beberapa kali berbincang dan bertukar2 pendapat dengan orang2 yang berkenaan dengan hal ini, agak kurang juga semangat di hati untuk terus membantu perlu. seperti hakikat rimba yang kurangnya kasih kepada persatuan. saya sudah anggap semuanya sebagai adik beradik tetapi banyak benda dan perkara yang ditegur tidak menampakkan perubahan. entah salah kami senior2 yang gagal mendidik ataupun diri sendiri yang tak mahukan perubahan. berubah demi masa depan, demi meningkatkan kualiti dalam hidup, persatuan dan sebagainya. memang ada yang berubah tetapi ada segelintir yang entah saya nak kategorikan ape tah..
kepada adik2 yang ingin menimba ilmu dalam rekreasi jangan malu dan jangan segan. marilah kita sama2 untuk meningkatkan ilmu dalam bidang rekreasi.

kejayaan lagi...

alhamdulillah pada masa ini saya telah berjaya membuka dan membaca blog yang telah beberapa hari tak di godek. terbaca juga beberapa artikel dlm blog yang ada dalam list ini. ada juga kisah2 gembira, sedih dan tak kurang juga kenangan2 masa lalu yang saya kira mungkin boleh dijadikan contoh, teladan dan sebagainya. terima kasih kepada blogawan2 semua..