Friday, August 29, 2008

unplanned survival last ep..

kami juga membahagikan bekalan makanan yang saya kira cukup untuk semua bertahan sehingga hari esok. para peserta membuat satu unggun api dan saya sendiri menghidupkan satu unggun api untuk instruktur. saya kira asap yang keluar dari unggun api yang saya buat kerana kayu yang lembap cukup untuk menunjukkan kedudukan kami pada masa itu. saya juga berpesan kepada azmi supaya sentiasa melihat telefon yang dibawa jika ada line yang membolehkan kami menghantar msg kepada en.hisyam dan kwn2 yang lain. hanya msg dari yasir dan shawn sahaja yang boleh diterima manakala dia tak boleh membalas msg2 tersebut. dalam kesibukan menyediakan tempat untuk bermalam dan makanan, tiba2 azmi memanggil saya dan menyuruh saya memandang ke arah atas bukit. dia bertanya apakah cahaya di atas bukit yang kami lihat adalah bintang. setelah saya amati ia bukanlah bintang. ia seperti cahaya lampu suluh. saya berkata mungkin mereka sedang mencari kita semua. kami pun menyalakan headlamp kearah lampu tersebut dan cuba manarik perhatian sesiapa sahaja yang membawa lampu tersebut. tetapi tiada respon dari lampu tersebut. kami pun membiarkan sahaja cahaya tersebut. kami bergilir2 untuk tidur dan saya hanya melelapkan mate lebih kurang 1 jam setengah dan selebihnya saya lebih selesa duduk di unggun api dan melihat2 kawasan sekeliling. memang pada masa itu, saya terasa ada sesuatu benda yang berlegar2 dan sentiasa memerhatikan kami semua. tetapi saya tidak pasti apa bendanya itu. itu membuatkan saya lebih berhati2 dan sentiasa melihat kawasan sekeliling.
dengan bekalan kayu api yang semakin kurang saya mengejutkan mr.B untuk menemani saya mencari kayu api. beliau mengajak saya menuju kearah hadapan kawasan tersebut. saya hanya mengikuti tanpa banyak soal. rupa2nya setelah keluar saya dapat tahu yang beliau ternampak satu lembaga seperti org di kawasan belakang kami ketika mencari kayu api sebelum itu. semua peserta berada dalam kesejukan yang amat sgt sehinggakan ada satu insiden yang mengejutkan kami apabila seorang peserta seperti dalam keadaan "kesurupan" . cik nab dan miss T memandang saya dengan perasaan terkejut. sebenarnya beliau berkeadaan sebegitu akibat dari sejuk yang melampau. setelah duduk memanaskan badan di unggun api barulah keadaan beliau kembali normal walaupun masih sejuk.
saya tidak dapat tidur sehinggalah kira2 pukul 7 pagi. semua peserta dikejutkan dan bersiap2 untk menyambung perjalanan. kira2 jam 7.30 kami bergerak dan semasa dalam perjalanan azmi telah berjaya menghubungi en.hisyam dan memberitahu keadaan kami semua.kami sampai ke jambatan kayu sg.sauk lebih kurang 8.45 pagi. di situ kami berjumpa dengan pasukan SAR yang telah bersiap sedia untuk masuk untuk mencari kami.
di situ juga saya telah menjumpai pihak daripada KOLA yang akan masuk mencari kami jika kami tidak dapat dihubungi.
saya bagi pihak rakan2 meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat kerana tidak dapat membuat keputusan lebih awal dan tidak mengambil langkah2 yang sepatutnya untuk menghubungi semua orang yang menunggu di luar. saya juga berterima kasih di atas keprihatinan semua.
begitulah sedikit coretan yang saya ingat tentang pengalaman kami ketika trekking ke sg. sauk. anda juga boleh membaca satu coretan dari rakan saya yang sama2 tersangkut di hutan tersebut iaitu troppic puppet art.

8 comments:

aQu daN SesuAtu said...

cari kayu api ke depan....
biarpun mamai waktu bangun tapi
ingat jangan pandang belakang.
heheheheheheh

wegreentheearth said...

bukan mau ambil air ka mr B?

aQu daN SesuAtu said...

air pa?
wei sapa yang kesejukan melapau sampai tengku dan nap terkejut?????????

aQu daN SesuAtu said...

bila nak update blog???
heheheheheh

wegreentheearth said...

sorie semua...
saya tak dpt update blog dlm seminggu lps..
cuti..
balik kg..

sname said...

ye la..
ko malas kan

aQu daN SesuAtu said...

btul be,
malas tp tak mau ngaku
heheheheh, peace and can war

wegreentheearth said...

bkan aper..
kat kg takda internet..
nak pegi cc tak bleh..
ujan..