kumpulan ini merupakan insan2 istimewa yg dibawakan khas dari PLPP Bangi kalau tak silap saya untuk program kelas yg dianjurkan oleh kelas Omri yg mengambil subjek Leisure and Disabilities. saya mewakili persatuan yg diminta untuk sama2 menjalankan aktiviti flying fox.
saya tidak prnah dan tiada pengalaman dlm membuat aktiviti ini bersama golongan insan seperti ini. tetapi saya luangkan juga masa untuk membantu sekadar yg termampu. saya di tugaskan sebagai pelepas. insan2 istimewa ini mempunyai kecacatan yg berbeza. tetapi kebanyakan mereka adalah "wheelchair user". ada juga yg dwarf, syndrom down dan amputees.
saya sebenarnya kekok pada permulaan aktiviti kerana tidak pernah berhadapan dengan kumpulan yg sedemikian. tetapi lama kelamaan saya mula ok dan mula rasa selesa dgn golongan ini.
bermacam2 perasaan diluahkan kepada kami, antaranya "saya tak pernah buat sebelum ni", "boleh ke kami buat?" "selamat ke", "dia ni budak, ada saiz ke?"(merujuk pada rakannya yg dwarf), "kaki sebelah je ni, mcmana nak pakai benda tu"(harness). tetapi semuanya kami tangani dengan jawapan yg meyakinkan mereka. kami punya satu matlamat untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman aktiviti ini tanpa mengenepikan soal2 keselamatan.
saya teruja untuk membantu mereka merasai pengalaman ini. seorang demi seorang saya lepaskan turun kebawah.bermacam2 reaksi dari mereka. takut, gembira semuanya bercampur baur. tetapi apabila selamat sampai di bawah, mereka seakan tidak percaya yg mereka mampu melakukan aktiviti ini. berbakul2 ucapan terima kasih yg diberikan kepada kami. saya sendiri gembira, terharu dan hiba melihat golongan ini. tetapi saya puas apabila dapat membantu mereka untuk menjalankan aktiviti seperti ini.
selepas dari program itu saya memang tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam program2 sebegitu di fakulti sehinggalah sewaktu saya sendiri mengambil subjek leisure and disabilities kami mengelolakan satu kem berkonsepkan "nature"yg menggabungkan golongan istimewa ni dengan insan2 normal di Janda Baik.
saya berasa amat puas apabila berjaya membantu golongan istimewa ini untuk sama2 merasai pengalaman yg mereka fikirkan amatlah mustahil untuk mereka buat apabila diri mereka sebegitu. sebenarnya mereka malu untuk berhadapan dgn golongan normal dan mereka rasa ada satu halangan kepada mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi. oleh itu kita sebagai manusia, sama2lah kita membantu yg terdaya dalam menarik minat mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi.
6 comments:
salam mus..
kekadang tu, insan mcm ni lagi kuat semangatnya dan lagi mahu mencuba benda yg baru...
pengalaman mus ni mmg menarik dan tak semua org dapat rasa...
good job myke..
heheheh
waahhh!!!!teringat gak aku program ni mus..hehehehe...
abg mus...wlaupon kte lom lagi amik subjct ni...tp kte pnah mrasa join program untuk disable ni..ingat lagi,time tu boss dtg dari Aus...sdih pon ade...tp dorg lagi kuat n cekal dari kita..
ingat lagi time dia jatuh wheelchair..dia xnk org tolong dia bgun..terharu...
eh, ni prgm klas aku nih,hehe...emm,dorg mmg cekal dan tabah...kita pun blom tentu bleh hadapi apa yg mereka hadapi ni...setiap ciptaanNya ada kelebihan dan kelemahan...sama saja kita dan mereka...amalan saja yg membezakannya...
salam perjalanan...
kita patut bersyukur dengan anugerah y telah diberikan..
diorang mmg kental untuk untuk menempuh hidup diaorng..
marilh kita bekerjasama..
sebagai satu keluarga..
thanks to all my friends..
i hope i can contribute more..
jgn lupakan golongan istimewa ini..
buatla program yg melibatkan mereka..
besar pahalanya..
insyaallah..
Post a Comment