Wednesday, September 10, 2008

man vs wild

salam semua.. semalam saya telah berkesempatan untuk menyaksikan satu rancangan di discovery channel iaitu "man vs wild". episod semlm menunjukkan bagaimana perantara rancangan tersebut iaitu Bear Grylls, menempuhi cabaran di Patagonia, satu kawasan yang dilitupi ais dan ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Kutub(kalau tak silap saya). beliau menunjukkan bagaimana cara2 ikhtiar hidup di kawasan beriklim sejuk. di akhir2 rancangan, beliau terpaksa membina sebuah rakit untuk melintasi satu sungai yg agak besar. dan beliau gagal kerana rakit yang dinaiki hampir terbalik. beliau terpaksa berenang semula ke tempat permulaan dimana ada unggun api yang dinyalakan semasa beliau membina rakit tersebut. sampai di tepi sungai tersebut beliau telah membuka kasut yang bsh dan memakai semula baju yang kering. beliau telah menghalakan tapak kaki dan tangan kearah unggun tersebut untuk mendapatkan haba. beliau menyatakan bahawa dalam keadaan kesejukan yang melampau kita tidak boleh menggosokan tapak tgn dan melakukan banyak pergerakan kerana ia akan mengepam darah yang sejuk ke jantung dan akan menurunkan lagi suhu badan kita. selepas tgn dan kaki kita panas semula barulah kita boleh menggosokkan tapak tangan untuk memanaskan bdn.
apa yang saya lihat di rancangan tersebut merupakan satu ilmu baru dan saya ingin kongikan bersama rakan2 yang lain. ini juga berkaitan dengan pengalaman saya di tasik kenyir baru2 ini(merujuk kepada post unplanned survival 1st-4th ep). apakah tindakan kami betul pada mlm itu dengan membuka dan mengeringkan kasut dan stokin yang bsh. membuka kasut bermakna kami berkaki ayam sahaja pada mlm itu. adakah ini jalan selamat bagi kami.

9 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

rncangan man vs wild ni mmg best...
dulu kt sh alam aku slalu tgk...kire rancangan wajib gak utk ditonton...mamat tu mmg power dlm survival...bnyk teknik yg dia ajar...mcm2 keadaan bntuk muka bumi dia redah, bukan stakat dlm utan je...
kagum2...


salam perjalanan...

wegreentheearth said...

tapi ingat yg dia ader rscue team yg monitor dia dlm setiap rancangan tu..bila dia dlm situasi life and death team nie akan menyelamatkan dia..
jgn plak ader yg nak tiru mamat nie..

sname said...

mus mat hok

yazilahyazir said...

salam mus..
rancangan tu antara yg patut ditonton. walaupun keadaan dan situasi tu tak sama kat negara kita, tp ada certain benda yg boleh diaplikasikan..lagipun apa salahnyer tahu benda lebih skit..
tiada batasan dalam menimba ilmu, tp biar ilmu yg baiklah...orait?..

wegreentheearth said...

btul tue kak..
ader certain cara yang kiter ble modified bila kat negara kita.

aQu daN SesuAtu said...

wei minta cd cerita ni??
man vs wild

wegreentheearth said...

cd aku blum beli lagi...
skang nie season 2 ader ditayangkan di discovery channel hari selasa 10 mlm..
kalu kat umah takder astro bleh lyn kat pst rekreasi seksyen 8...

aQu daN SesuAtu said...

wokei
kalu aqu free
selasa ni aqu g pst rekreasi
syeksen 8

wegreentheearth said...

ko nak dtg ke pst rekreasi sc.8 kalu takde pape..
kan?