Wednesday, February 8, 2012

kenapa mengantung anak patung di bumper kereta?

Assalamualaikum wbt.
No, I'm not gonna apologize for making too few blogposts. Haha! Busy la, busy.
Ni pun kerana internet tak elok, boleh la menulis sekejap.
 
Apa-apapun, saya teringat suatu perbualan dengan abang saya semasa traffic jam di lebuhraya. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang pun bertanya,
 
"Ha awak tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?"



Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok (ye la dulu mak ayah pun jarang belikan anak patung, mereka ni beli senang-senang letak bawah kereta. Jeles!).
 
"Entah la," saya duga. "Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?"
 
"Salah..."
 
"Habis tu kenapa?"
 
"Sebab, ni budaya orang Thailand . Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy."
 
"La ye ke," kata saya. "Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu."
 
"Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya."
 
Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.
 
Fuh, nasib baik saya pun tak buat. Aduh, tengok, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu terfikir juga, comelnya kalau letak anak patung sebiji. Kuma-kuma ke, powerpuff girls ke. Kenapalah saya tak tanya dulu. 

p/s: dpt dr email kerja 

Tuesday, February 7, 2012

semasa...semasa...semasa..

SEMASA menjadi  peserta untuk final camp di tasik kenyir, aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi biro pengangkutan...tapi disebabkan kerja2 yg tertangguh oleh bnyk biro aku terpaksa mengambil alih tugas pengarah projek. bukan kerana gile kuasa ke ape, tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab dan markah yg akan diperoleh jika kami gagal menjalankan tugas2 untuk kem. semua biro aku amik tau kerja2 mereka, push mana yg patut. sampaikan ade instructor yg ckp masa meeting, tanya pasal peralatan...mus...tanya pasal duit..mus...tanya pasal S/u..mus...kalu pengangkutan pun mus jugak...kenapa semua ini berlaku? disebabkan ade peserta yg sambil lewa dlm menjalankan tugas. tgl beberapa hari je lg, final kem kami hampir dibatalkan atas sebab2 tertentu. antaranya duit yg tidak mencukupi, bnyk peralatan yg masih tiada dsbgnya. tapi kami masih teruskan juga kerja2 dan akhirnya berjaya juga menjalankan kem tersebut. hari kami dikuarantinkan sbelum bergerak aku masih di bangunan SUK selangor, mencari2 penaja peribadi dikalangan pegawai2 kerajaan disitu. alhamdulillah aku berjaya membawa 2K cash money hasil sumbangan dari seorg pegawai kanan disitu. walaupun nampak mcm mengemis belas ihsan tapi atas dasar tanggungjawab dan ingin meringankan beban perbelanjaan kami dikem aku tebalkan je muka.
ketika kelas degree wafi belajar paragliding 

SEMASA aku mula2 menjadi instuctor PERLU aku jadi support jek. follow group. ikut mana diorg pergi. dalam masa yg sama aku bnyk belajar mcmana nak jadi instructor. kem demi kem aku ikut dan belajar smpla aku mahir mengendalikan bnyk xtvt. aku ikut msk klas outdoor en.Hisyam kalu ade kelapangan. sampaikan en.hisyam pernah kenalkan aku dgn student dia "mus ni ikut sy dari tahun 2003 smpla sekarang. tak jemu2 nak ikut saya". knapa aku ikut dia? sebab aku nak blaja lagi dr dia. setiap kelas dia akan ade benda2 baru yg aku belajar. alhamdulillah dia tak pernah menghalang malah bnyk memberikan tunjuk ajar dan sokongan pada aku.

mencuba paddling rodeo bean

SEMASA tu aku juga pergi buat parttime dgn outdoor consultant di luar. mula2 aku jadi helper je. lama2 dah bleh lead xtvt. bnyk jugak yg aku belajar dari situ. mcmana nak handle profit making punya kem. beza antara education dengan profit making org.mcm2 client yg aku jumpe, dari bdk skola smpla corporate. cara pengendalian juga berbeza. namun aku tekankan input juga dimana2 aku berada. aku juga teruskan kerja fulltime dlm bidang ni selepas habis belajar. hampir 6 ke 7 bulan jugak aku kerja.
di Gunung Kinabalu bersama UMAGS unisel

teambuilding pasukan olahraga SSBJ


SEMASA aku jadi pensyarah di UCSA yg sebelum ini dikenali dengan KSP, aku diberikan subjek2 berkaitan sport management dan outdoor recreation. jadi aku memang tak lari dari bidang yg aku minat ni. tanggungjawab pun semakin berat. keputusan di tangan sendiri. kalu dulu report dgn en. Hisyam je. skang kena decide sendiri. tapi beliau masih menolong benda2 yg berkaitan. alhamdulillah tiada masalah yg berat2 perlu aku selesaikan. alhamdulillah aku masih sihat untuk terus berada dlm bidang ini.dan insyallah akan terus begini.
rakan2 pensyarah 

menerima hadiah perkahwinan dari Kelab Kakitangan Shahputra(KEKAS)

p/s: post ini bukan untuk mendabik dada tetapi untuk berkongsi.

Wednesday, January 11, 2012

layan pantun dulu....

rendang sungguh pohon berangan
jadi singgahan orang bertapa
merentas hutan jangan sebarangan
kurang ilmu didada musibah menimpa

bunga mawar cantik berkembang
dipetik sidara jadi hiasan
aktiviti kayak bukannya senang
perlukan kemahiran dan ketangkasan

sayang selasih di dalam puan
daun layu tiada mekarnya
pandu arah perlukan ketelitian
kenal pangkal kenal akarnya

Bulan timbul indah besinar
bintang tujuh cantik berseri
kelangsungan hidup jadikan iktibar
mengajar hidup erti berdikari

p/s: hasil nukilan aein pantun.