salam sejahtera semuanya. sedikit pengalaman yang ingin dikongsi bersama rakan2 semua tentang aktiviti jungle trekking dari sg. Sepat ke sg. Sauk. seperti yang diketahui ramai, group yang saya bawa telah keluar lewat satu malam dari trek hutan tersebut. task yang diberikan kepada kumpulan yang saya jaga amatlah mudah iaitu mencari jalan dari Sg. Sepat ke Sg. Sauk berpadukan bearing 180 darjah menggunakan kompas, map dan global positioning system(GPS). tugas saya dan instruktur lain hanyalah memerhati dan menjaga keselamatan para peserta. sebelum brmula xpdc tersebut saya telah berbincang dgn rakan2 saya dlm group ini iaitu Mr. Box and Miss T. saya telah katakan pada mereka yang saya hanya akan campur tangan hanya apabila keadaan memerlukan saya berbuat demikian. dari awal lagi saya sudah dapat lihat dan rasakan yang perjalanan xpdc kali ini akan mengambil masa yang panjang. ini kerana dari mula lagi mereka sudah membuat silap bila menggunakan bearing yang diberikan. tetapi saya yakin kami tidak akan melencong dari trek yang asal kerana kami tidak melintasi sebarang sg yang kami jumpa. itu satu pesan yang amat saya ingati dari en. Hisyam. lebih2 lagi xpdc kali ini adalah kali kedua bagi saya. lebih senang saya katakan perjalanan kami menjadi zig zag sebenarnya apabila saya rujuk pada GPS yang saya bawa.
kami telah bejumpa sebatang sungai yang saya kira sepatutnya tidak akan kami jumpai disitu. kami juga berjalan kembali ke sg. Sepat. dari point tersebut barulah perjalanan kami kembali teratur walaupun kadang2 menjadi zig zag kembali. kami berhenti rehat pada pukul 3 ptg di satu kawasan yang saya kira belum pun sampai di puncak 624. sepanjang perjalanan sy dapat menikmati keindahan flora & fauna. mcm2 ragam yang tak dpt saya lupakan seperti kejadian membersihkan pacat dan muka peserta2 dalam kumpulan saya bercampur2. ada yang serius, takut, keliru dan sebagainya. namun semua itu tak mematahkan semangat mereka untuksampai ke destinasi yang dituju.
kami menyambung perjalanan dan melalui satu kawasan yang saya kira puncak. tetapi saya tersilap perkiraan apabila menjumpai satu puncak lagi kira2 200m perjalanan. saya mengambil map dan kompas yang dibawa oleh 2 orang kawan saya dan melihat samada kawasan tersebut puncak yang sebenar. mengikut apa yang saya lihat dan jangkakan puncak kedua adalah puncak yang sebenar. dari situ saya mengarahkan kumpulan agar mengambil bearing 180 dan saya sempat berpesan agar berhati2 kerana mengikut pengalaman xpdc yang lepas dan pengamatan pada map yang kami bawa, kami akan melalui kawasan lereng yang agak curam.
to be continued....
No comments:
Post a Comment