Thursday, August 28, 2008

unplanned survival 2nd ep

apabila kami mula menuruni bukit 624, cuaca mula gelap dan berangin. saya takut jika laluan yang kami lalu ada dahan2 mati yang mungkin jatuh menimpa bila keadaan sebegitu. saya juga sentiasa berpesan agar memerhatikan keadaan sekeliling. dalam lebih kurang pukul 4 lebih hujan turun dgn lebat dan jalan yang dilalui semakin mencabar. ini kerana ada kawasan lereng yang terpaksa didaki semula akibat jalan yang tertutup. kawasan tersebut pula amatlah licin sehinggakan ada yang agak susah untuk didaki. tetapi mereka bekerjasama dan saling bantu-membantu. apabila hujan berhenti saya terdengar ada org lain yang memberikan password di hadapan kami. apabila dilihat kumpulan yang azmi bawa ada berehat di lereng tersebut. wajah2 kegembiraan terpancar di muka mereka. kami melintasi kumpulan tersebut dan menuruni lereng tersebut. sempat saya berkata pada azmi yang saya tidak akan mengambil alih kumpulan tersebut untuk dibawa keluar. saya akan membiarkan kumpulan ini mencari jalan keluar mereka sendiri. kumpulan yang azmi bawa turut sama berjalan dan bergabung disitu.saya tidak melarang kerana saya kira lebih baik bergabung kerana hari semakin gelap. tidak lama selepas itu kami berjumpa dgn sebatng sg yang saya kira Sg.sauk. saya melihat dan menanda kawasan tersebut sebagai sg.sauk.

to be continued....

No comments: