Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

kepada semua blogawan2, anda boleh baca mengikut negeri masing2. selamat hari raya maaf zahir dan batin...

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Sorry la Sabah n Sarawak jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…
.

Wednesday, September 24, 2008

Firesteel Piggyback

setelah beberapa kali berbalas e-mail dengan Rob Bayley pembuat pisau yg digunakan oleh Bear Grylls(perantara Man vs Wild), beliau akhirnya menghantar gambar model pisau yg selalu dibawa oleh Bear ketika penggambaran Man vs Wild. bermacam2 persoalan yg saya kemukakan pada Rob tentang pisau tersebut dan alhamdulillah beliau membalas semua email2 saya itu dan menjawab semua soalan2. ape yg menarik tentang pisau ini semasa saya menonton rancangan Man vs Wild ialah kemampuan bear menghidupkan api menggunakan pisau ini. setelah mencari di internet, saya menjumpai model pisau yg digunakan oleh Bear. rupa2nya dia membawa sejenis "fire steel" (a soft metal the burns when you scrape it with the back of a knife giving the sparks). benda kecil seperti kepala kunci adalah fire steel di dalam gambar di atas. ia sentiasa dilekatkan di belakang sarung pisau tersebut.


pisau ini hanya dibuat apabila ditempah dan mengambil masa 35-40 minggu untuk dihantar kepada pembeli. ia berharga 350 GBP bersamaan dengan RM2,221.05(cancel niat). di bawah disertakan sekali anatomy pisau tersebut.

Tuesday, September 23, 2008

jadikan ia teladan

video

Abah..

semakin hampir ke satu syawal ni, semakin kuat ingatan dan kerinduan pada arwah abah yg telah 3 tahun lebih meninggalkan kami sekeluarga. beliau meninggal dunia akibat kegagalan organ2 utama untuk berfungsi disebabkan usus pecah. dia pergi pada usia 62 tahun.

pada satu syawal yg terakhir beliau kira2 4 thn lps, satu permintaan yg keluar dari mulut beliau adalah mengumpulkan semua ahli keluarga dan mengambil gambar bersama2. kira family picture la. sebelum ini kami memang tak pernah mengambil gambar bersama2 keluarga yg besar. hanya keluarga2 kecil sahaja. kebetulan pada tahun itu semua abg2 dan kakak2 saya beraya di kampung. waktu itu, ke mana kami pergi beraya beliau akan meminta kami berkumpul bersama2 untuk mengambil gambar.

rupa2nya itu kali terakhir kami sekeluarga dapat berkumpul bersama beliau. banyak kenangan bersama beliau yg tidak akan saya lupakan. kadang2 bila pulang ke kampung saya terbayang2 saat beliau menghantar saya ke sekolah rendah dahulu. teringat waktu menangkap ikan haruan di sawah apabila melalui kawasan sawah padi yg diusahakan beliau dahulu dan bermacam2 lagi kenangan yg indah. apabila pulang ke kampung saya tidak akan lupa untuk menziarahi pusara beliau. sudah menjadi rutin bagi saya pada pagi 1 syawal, saya akan menziarahi pusara beliau. al-fatihah pada arwah Hashim Bin Doriat..

Monday, September 22, 2008

menjelang hari raya

hari ini, saya menerima panggilan telefon dari seorang kakak yg bertanya bilakah saya akan mula bercuti.sebenarnya dari awal puasa lagi dia sudah bertanya soalan yg sama. cuma saya yg tidak memberikan jawapan lagi. bukan ape, ada tugas yg menanti di kampung menjelang hari raya ini. seperti kebiasaannya, pada setiap tahun saya akan merebus ketupat dan menolong apa yg termampu untuk menyediakan juadah hari raya. biasanya pagi2 lagi kami adik-beradik akan berpecah untuk menyelesaikan tugas masing2 yg telah di agihkan oleh big bos (mak saya la).
tugas membeli barang keperluan untuk memasak seperti daging, ayam dan sayur-sayuran di kedai, mengambil lengkuas, serai di kebun adalah antara rutin yg perlu dilakukan pada pagi tersebut.
apabila semua barang2 sudah ada, barulah boleh dimasak. big bos biasanya tengah sibuk mengisi ketupat yg telah dianyam dengan beras untuk direbus. expert tu. kalau saya confirm pecah2 ketupat tu sebab lebih beras. hehee..daging dan ayam yg dibeli akan kami potong dan hiris supaya lebih mudah dimasak.
saya akan menghidupkan api menggunakan kayu yg kering untuk merebus ketupat. saya suka makan ketupat yg direbus dgn kayu berbanding menggunakan dapur gas. lebih sedap pada saya. sebab tu saya lebih rela penat mencari kayu yg boleh digunakan untuk merebus ketupat dari menggunakan dapur gas. sambil merebus, kami akan menggoreng ayam, mengacau rendang daging dan lain2. kebiasaannya kami akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk menghabiskan semua keje2 tersebut.
pada sebelah petangnya, kemeriahan semakin terasa kerana jiran2 dan sanak saudara sibuk menghantar dan bertukar2 juadah hari raya. saya akan menghantar ke rumah saudara2 yg agak jauh kerana perlu membawa menaiki mtr atau kereta. yg dekat2 biasanya anak saudara dan adik saya yg akan menghantar. kami akan berbuka dengan makanan yg dihantar oleh saudara2 dan jiran2 serta makanan yg kami sendiri masak.
tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung. mcmanalah agaknya situasi raya tahun ni. brapa banyak ketupat yg perlu dianyam dan direbus. brape kilo daging dan brape ekor ayam yg nak di masak. semuanya kena tunggu arahan. selamat hari raya semua..

Saturday, September 20, 2008

Thursday, September 18, 2008

terfikirkah kita?

RENUNGAN:

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong

TETAPI...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

p/s renung2kanlah... selamat beramal....

insan istimewa

dalam minggu ini 2 kali saya menghadirkan diri ke kelas outdoor diploma dan degree yg melakukan aktiviti flying fox. sebelum menghadirkan diri ke kelas yg pertama iaitu kelas degree pada selasa lalu saya sempat melihat2 koleksi2 gambar saya dan terlihat satu folder yg menunjukkan insan2 istimewa yg membuat aktiviti yg sama. terdetik niat untuk berkongsi pengalaman dan perasaan bersama rakan semua.

kumpulan ini merupakan insan2 istimewa yg dibawakan khas dari PLPP Bangi kalau tak silap saya untuk program kelas yg dianjurkan oleh kelas Omri yg mengambil subjek Leisure and Disabilities. saya mewakili persatuan yg diminta untuk sama2 menjalankan aktiviti flying fox.

saya tidak prnah dan tiada pengalaman dlm membuat aktiviti ini bersama golongan insan seperti ini. tetapi saya luangkan juga masa untuk membantu sekadar yg termampu. saya di tugaskan sebagai pelepas. insan2 istimewa ini mempunyai kecacatan yg berbeza. tetapi kebanyakan mereka adalah "wheelchair user". ada juga yg dwarf, syndrom down dan amputees.

saya sebenarnya kekok pada permulaan aktiviti kerana tidak pernah berhadapan dengan kumpulan yg sedemikian. tetapi lama kelamaan saya mula ok dan mula rasa selesa dgn golongan ini.

bermacam2 perasaan diluahkan kepada kami, antaranya "saya tak pernah buat sebelum ni", "boleh ke kami buat?" "selamat ke", "dia ni budak, ada saiz ke?"(merujuk pada rakannya yg dwarf), "kaki sebelah je ni, mcmana nak pakai benda tu"(harness). tetapi semuanya kami tangani dengan jawapan yg meyakinkan mereka. kami punya satu matlamat untuk memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman aktiviti ini tanpa mengenepikan soal2 keselamatan.

saya teruja untuk membantu mereka merasai pengalaman ini. seorang demi seorang saya lepaskan turun kebawah.bermacam2 reaksi dari mereka. takut, gembira semuanya bercampur baur. tetapi apabila selamat sampai di bawah, mereka seakan tidak percaya yg mereka mampu melakukan aktiviti ini. berbakul2 ucapan terima kasih yg diberikan kepada kami. saya sendiri gembira, terharu dan hiba melihat golongan ini. tetapi saya puas apabila dapat membantu mereka untuk menjalankan aktiviti seperti ini.

selepas dari program itu saya memang tidak melepaskan peluang untuk terlibat dalam program2 sebegitu di fakulti sehinggalah sewaktu saya sendiri mengambil subjek leisure and disabilities kami mengelolakan satu kem berkonsepkan "nature"yg menggabungkan golongan istimewa ni dengan insan2 normal di Janda Baik.

saya berasa amat puas apabila berjaya membantu golongan istimewa ini untuk sama2 merasai pengalaman yg mereka fikirkan amatlah mustahil untuk mereka buat apabila diri mereka sebegitu. sebenarnya mereka malu untuk berhadapan dgn golongan normal dan mereka rasa ada satu halangan kepada mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi. oleh itu kita sebagai manusia, sama2lah kita membantu yg terdaya dalam menarik minat mereka untuk sama2 melakukan aktiviti rekreasi.




Friday, September 12, 2008

TNF..

ada yang bertanya kepada saya tentang perbezaan antara Summit Series dan Flight Series, koleksi barangan daripada The North Face. sepanjang pencarian saya di internet saya dapati perbezaannya adalah seperti berikut:


Summit Series ™
Developed for the most serious athletes, the Summit Series ™ features our athlete-tested and technically-advanced apparel and equipment. This premier collection is designed for expedition use from base camp to summit, where the extremes of weather and terrain.


Flight Series ™
Answering the rising demand for fast and light gear, The North Face set out to make the most adaptable, packable and lightweight gear for our new Flight Series ™. For multisport athletes, the Flight Series ™ features ultralight, multi-purpose apparel, equipment and footwear. This athlete-tested performance collection is designed for done-in-a-day and weekend adventures when fast and light packing is paramount.

alhamdulillah...

syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengelolakan aktiviti Majlis Berbuka Puasa PERLU pada hari smlm. terima kasih juga pada semua yg hadir dan menjayakan xtvt tersebut. teruskan usaha anda dan jadikan majlis ini sebagai xtvt wajib kita seperti biasa. ingat pesan para penasihat kita semalam. yg baik kita jadikan contoh dan yang tak baik kita buang jauh2. jumpa di post-mortem nanti.

Thursday, September 11, 2008

SMTKT 1999/2000


jika di blog rembang waktu kita boleh lihat post batch arau, saya pula ingin menceritakan serba sedikit rakan2 sekelas saya sewaktu di Teknik Kota Tinggi dahulu. saya teringat kembali cerita2 lama kerana saya baru sahaja wat reunion dgn beberapa orang rakan saya di YM.



mereka banyak bercerita tentang kisah2 lalu, suka dan duka kami sewaktu belajar di sana sebagai rakan sekelas. pengalaman berkhemah di pantai Air Papan, berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dan mengghabiskan masa di Pusat Bandar akan kita ingati sampai bila2. rakan2 seperti abab, sue, aza, pilo, mad nor, enal, aloi, kak pah sudah mendirikan rumahtangga. ader yang sudah menyusun barisan tentera dan puteri di salasilah keluarga sendiri. ader juga yg terus menyepi tanpa khabar berita. agaknya bilalah kita dpt berkumpul lagi seperti waktu2 dulu.


Wednesday, September 10, 2008

trench foot dan immersion foot

saya baru sahaja membaca blog penunggu mlm sebentar tadi. ada satu artikel tentang milik siapa yang menarik minat saya untuk berkongsi sedikit ilmu tentang "Trench Foot" and "Immersion Foot". keaadaan ini berlaku kesan daripada kaki yang terdedah berjam2 atau berhari2 lamanya kepada basah atau suhu di bawah tahap beku. symptom2 yang berlaku adalah terasa dicucuk2, kebas dan seterusnya sakit yang melampau. kulit kelihatan basah, pecah dan merekah. kaki akan menjadi sejuk dan membengkak. kaki akan dijangkiti kuman yang akan menyerang sel2 kaki kita. kaki akan menjadi berat dan kebas apabila berjalan. gangrene juga akan berlaku. dalam kes yang extreme, kaki boleh dipotong untuk menyelamatkan nyawa. jalan terbaik untuk mengelakkan ini terjadi dengan sentiasa memastikan kaki dalam keadaan kering. bawa stokin lebih dalam waterproof case. basuh kaki dan pakai stokin yang kering setiap hari.

keadaan kaki yang terdedah berjam2 lamanya kepada stokin dan kasut yang basah.


man vs wild

salam semua.. semalam saya telah berkesempatan untuk menyaksikan satu rancangan di discovery channel iaitu "man vs wild". episod semlm menunjukkan bagaimana perantara rancangan tersebut iaitu Bear Grylls, menempuhi cabaran di Patagonia, satu kawasan yang dilitupi ais dan ketiga terbesar di dunia selepas Antartika dan Kutub(kalau tak silap saya). beliau menunjukkan bagaimana cara2 ikhtiar hidup di kawasan beriklim sejuk. di akhir2 rancangan, beliau terpaksa membina sebuah rakit untuk melintasi satu sungai yg agak besar. dan beliau gagal kerana rakit yang dinaiki hampir terbalik. beliau terpaksa berenang semula ke tempat permulaan dimana ada unggun api yang dinyalakan semasa beliau membina rakit tersebut. sampai di tepi sungai tersebut beliau telah membuka kasut yang bsh dan memakai semula baju yang kering. beliau telah menghalakan tapak kaki dan tangan kearah unggun tersebut untuk mendapatkan haba. beliau menyatakan bahawa dalam keadaan kesejukan yang melampau kita tidak boleh menggosokan tapak tgn dan melakukan banyak pergerakan kerana ia akan mengepam darah yang sejuk ke jantung dan akan menurunkan lagi suhu badan kita. selepas tgn dan kaki kita panas semula barulah kita boleh menggosokkan tapak tangan untuk memanaskan bdn.
apa yang saya lihat di rancangan tersebut merupakan satu ilmu baru dan saya ingin kongikan bersama rakan2 yang lain. ini juga berkaitan dengan pengalaman saya di tasik kenyir baru2 ini(merujuk kepada post unplanned survival 1st-4th ep). apakah tindakan kami betul pada mlm itu dengan membuka dan mengeringkan kasut dan stokin yang bsh. membuka kasut bermakna kami berkaki ayam sahaja pada mlm itu. adakah ini jalan selamat bagi kami.

Monday, September 8, 2008

The North Face Amp Hybrid Jacket


The Mens North Face Amp Hybrid Jacket features a performance fit that doesn't restrict movement. This North Face Jacket is made with Apex Aerobic Fabric - TNF's lightest, stretchiest and most breathable soft shell fabric. As part of the Flight Series, an athlete-tested performance collection, the Amp Hybrid was designed for done-in-a-day adventures. Other features include a DWR finish for water repelency, reflective logos for safety, a brushed collar lining, two hand pockets, a napoleon pocket, elastic cuffs, and a hem cinchcord. The Mens North Face Amp Hybrid Jacket Sleek provides athletic weather resistance, with stretch panels for enhanced breathability.

  • Performance fit
  • Brushed collar lining
  • Two hand pockets
  • Fabric(body)=100% Polyester mini diamond ripstop with DWR Fabric(stretch panels)=4-way stretch Apex Aerobic with DWR
  • Unique polyester and Apex Aerobic hybrid construction Reflective logos
  • Left Napoleon pocket
  • Elastic-bound cuffs
  • Weight=12.3 oz
  • Length from Center Back=28"

Saturday, September 6, 2008

Ramadan al-mubarak

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan: yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku
di sepanjang perkenalan kita selama ini.