Friday, August 29, 2008

unplanned survival 3rd ep

saya mengamati map dan GPS yang dibawa dan saya kira kami semakin hampir dengan destinasi yang dituju. hati saya merasa lega kerana satu point yang saya tunggu untuk sampai ke dstinasi telah kami temui iaitu sg. sauk. namun saya juga berdebar2 kerana hari semakin gelap. bermacam2 fikiran bermain dlm kepala. sempat ke tak sampai sebelum gelap, apa yang patut dilakukan jika sudah gelap, dan mcm2 lagi. tetapi saya kuatkan juga hati untuk teruskan perjalanan kerana kami sudah hampir dengan destinasi yang dituju. hari semakin gelap dan kami semua mengeluarkan torchlight dan headlamp yang dibawa. bermacam2 bunyi unggas yang kami dapat dengar dan ada satu atau dua bunyi yang agak pelik dengari. saya kira hanya mainan perasaan saya sahaja kerana saya lihat azmi dan beberapa orang yang berjalan berhampiran dengan saya buat tak tahu saje. saya juga terasa seperti diekori oleh sesuatu kerana saya berjalan dibelakang sekali. laluan yang kami lalui semakin teruk. ada kawasan laluan air, terpaksa lalu di bawah pokok besar yang tumbang dan kawsan yang berbatu. ada juga kawasan yang seakan2 lembah yang kami lalui sehingga signal GPS yang saya bawa lemah. alat itu tidak dapat berfungsi di kawasan tersebut.
kawasan yang dilalui semakin gelap dan saya amat kesal dengan kebanyakan lampu yang dibawa oleh para peserta amatlah lemah cahayanya. terima kasih saya ucapkan kepada spotlight yang dibawa oleh Cik Nab kerana ianya amatlah berguna sekali ketika perjalanan tersebut. walaupun bentuknya agak kelakar tetapi ia amat berguna sekali. perjalanan semakin sukar dan amat perlahan sekali pergerakan kami disebabkan oleh cahaya yang kurang dan ada 2,3 orang peserta yang jarak penglihatan mereka agak terbatas pada waktu malam. sampai di satu tempat kami terpaksa berpatah balik dan mengambil jalan menuruni kawaan tersebut kerana laluan tertutup. keadaan sama berlaku apabila laluan menuruni kawasan tersebut melalui jalan buntu juga. saya mengambil keputusan mengumpulkan semua peserta dan memberi mereka masa untuk berehat di suatu kawasan yang saya kira agak sesuai untuk menampung keseluruhan kumpulan kami. semua instruktur berkumpul dan soalan yang saya berikan pada semua adalah "nampak jalan ke tak?" jawapan yang saya terima dari azmi dan boy "tak nampak manakala jawapan dari mr.B "ada 2 adala tapi aku tak pasti sgt". oleh yang demikian kami pun mengambil keputusan untuk berhenti rehat di situ. azmi memberikan arahan kepada semua orang supaya membuat api yang besar dan sentiasa berjaga2 . dia juga memaklumkan kepada saya tentang penemuan tapak fumakila dan juga tapak misteri yang diikuti sebelum itu.

to be continued...

2 comments:

Lennyek said...

cerita dari pihak abg mus wlaupun hmpir sama dengan puppet,tapi pengalaman yg ada cukup berlainan...kalo kte ade di tempat abg mus,xtau la ape yg ptut kte buat..byk pngajaran dan pngalaman yg dpt dikongsi bersama...


best story for this year..

wegreentheearth said...

lenny, setiap org melalui pengalaman yang berbeza walaupun menjalani aktiviti yang sama di tmpat yang sama. sebab tue saya ceritakan juga pengalaman saya nie. tak kira sapa pun, mcmana bagus skill pun, dalam situasi mcm 2,apa yang penting kita mesti calm down. insyallah kita akan selamat.