botak..perkara yang amat diperkatakan sekarang ini. tetapi untuk diri saya pula ada kisah yang saya ingin kongsikan disini.
kisah ini berlaku pada tahun 1999 ketika saya baru menjejakkan kaki ke sekolah berasrama di Kota Tinggi, Johor. untuk pengetahuan anda pelajar2 baru yang mendaftar di sekolah ini diwajibkan membotakkan kepala. senior2 ada membuka booth untuk membotakkan kepal. semua pelajar tidak terkecuali termasuklah saya sendiri. sepanjang minggu orientasi kami melakukan bermcm2 aktiviti yang diaturkan antaranya pertandingan kawad kaki antara kelas. selepas waktu persekolahan tamat kami akan berlatih untuk pertandingan tersebut. berhujan dan berpanas selama seminggu. dah mcm rekrut askar plak. alhamdulillah kelas saya beraya merangkul kejuaraan tersebut. natijah dari aktiviti tersebut kulit kami semua bertukar menjadi gelap. memang btul2 gelap punya. bukan main2. dahla kpale botak. gelap pulak tue. sorie pada sesiapa yang terasa. ahaks..
nak dijadikan cerita selepas orientasi berakhir kami dibenarkan pulang ke kampung halaman pada minggu kedua disitu. perjalanan pulang ke kampung saya memerlukan saya bertukar bus 3 kali. pertama di Kota Tinggi, sekali di JB dan sekali di bandar BP. saya pulang dengan memakai uniform sekolah. apabila sampai di Terminal bus Larkin, saya duduk di platform untuk menunggu bus ke BP. paltform tersebut penuh dengan manusia yang sama tujuan dengan saya iaitu balik ke kampung halaman. dalam ramai2 manusia tu saya terpandang seorang perempuan yang amat saya kenali. beliau adalah kakak saya yang saya kira amat rapat dngan saya. beliaulah tempat saya bermanja selain dari ibu bapa saya. bila kakak saya memandang saya, saya terus tersenyum dan mengangkat tangan. tapi dia dengan selamba memalingkan muka dan buat2 taktau. saya terkejut dan sedih (hampir2 je ek..blum mengalir air mate) knape dia buat2 taktau pulak. saya berjalan menuju kearahnya dan blum sempat menegur dia dah berkata "ya allah!! ko ke ni dik? ngah tak knal btul tadi (ngah nama panggilan bagi kakak saya). ingat bdk sekolah mana melambai tadi. dahla botak gelap pulak tue."
saya pun menceritakan apa yang berlaku di sekolah. disebabkan kami naik bas yang berlainan maka kakak saya menunggu di bandar BP untuk pulang bersama2. sampai2 di rumah kakak saya menceritakan apa yang terjadi di JB dan saya menjadi bahan usikan semua orang dirumah. selepas dari insiden itu saya tidak pernah membotakkan kepala lagi.
P/S ini betul2 kejadian, bukan cubaan...ahaks..
2 comments:
salam mus..
siannyer..sampai kakak sendiri pun tak kenal mus..hehehhe
takpela mus..tak botak pun, masih hensem ape....hahahha
botak je lahh
Post a Comment