Wednesday, January 7, 2009

Bukit Cherakah

Bukit Cherakah mungkin satu tempat yg tak asing lagi bagi kita di Shah Alam. saya ada beberapa pengalaman yg nak dikongsikan bersama disini. seingat saya pertama kali saya masuk ke kawasan tersebut ketika mengikuti amali first camp subjek Sel 202 pada awal 2002. ketika menjalani aktiviti jungle trekking, kami di tunjukkan oleh instructor beberapa tapak haiwan daripada keluarga kucing. tapak tersebut agak besar dan baru juga. kami disuruh berhati2 dan berwaspada sepanjang perjalanan tersebut.


ketika membawa sekumpulan pelajar pada tahun 2005 naik ke Bukit Sapu Tangan, saya dan seorang rakan ternampak kelibatnya pula. tanpa membuang masa kami membakar 2,3 biji mercun bola dengan harapan ia akan beredar jauh dari kawasan tersebut. alhamdulillah tiada apa yg berlaku ketika itu. untuk pengetahuan semua, sebelum itu kami memang dimaklumkan dengan kehadiran haiwan tersebut. sebab itulah kami membawa mercun sebagai langkah berjaga2.


akhir tahun 2007, saya dan beberapa orang rakan terserempak dengan sekumpulan pelanduk yang lalu berhampiran tapak perkhemahan. sedangkan sebelum ini tidak pernah berjumpa langsung. sejak dari dulu lagi tapak perkhemahan tersebut sememangnya meriah pada waktu siang dengan kehadiran monyet2 yg digelar "harun" oleh segelintir instructor. oleh itu, kepada sesiapa yg ingin berkhemah dan menjalani aktiviti di situ, suka saya ingatkan agar menyimpan barang makanan, brng2 berharga dan apa sahaja dengan sebaik mungkin. jangan terkejut kalau ada terlihat monyet membawa lari barangan tersebut. dan jangan pelik jika dapur anda bersepah gara2 dibiarkan terdedah.


jangan lupa menghormati dan menjaga keindahan alam. generasi akan datang juga berhak menikmati flora dan fauna di sini.

6 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

wah, bkn main posing lg en harun...haha


salam perjalanan...

cy_sumandak said...

salam

mus nanti send num kat cy k

Unknown said...

ha3 harun adalah sebahagian dari memori indah di cherakah....teringat time kejar harun masuk khemah :)

Unknown said...

ha3 harun adalah sebahagian dari memori indah di cherakah....teringat time kejar harun masuk khemah :)

wegreentheearth said...

telupa plak satu kejadian...
pertngahan tahun lepas aku dikejar satu harun yg besar giler...
dia stop biler aku sergah dan buat mcm nak kejar dia balik...
terus dia lari...

Clarise said...

mak ai...dah lah awl sem ni dah kn kejar dgn harun kat bkt tongget...lintang pukang lari naik tangga..dah lah pakai bj kurung..
hai..nampak gayanye kn lg lah berdepan dgn harun pertengahan sem ni..mintak2 dijauhkan lah ape2 yg tak patut 2...erm inshaallah pesan abg.mus akan kami ambil serius..harap2 semuanya berjalan dgn lancarlah kat taman camar rimba ni...amin...