Pada mulanya, saya hanya memuat turun program realiti tv "Survivor : China" (2007)atas permintaan seorang teman. saya sebenarnya tak berminat untuk menonton rancangan tersebut kerana saya rasakan yang semua itu dirancang oleh krew produksi rancangan itu sendiri. lagipun saya ni bukan jenis orang yang sabar nak menunggu dari satu episod ke satu episod seterusnya yang mengambil masa seminggu. leceh nak menunggu. sebelum ini, saya hanya menonton rancangan tersebut jika tiada rancangan lain untuk ditonton. itupun seingat saya hanya satu siri yang saya tonton iaitu "Survivor : Pearl Island"(2003) yang mana salah seorang peserta kesukaan ramai (setahu saya di kalangan sahabat2) adalah Rupert Boneham. kenapa diorang suka saya kurang pasti.
setelah selesai memuat turun "Survivor : China", saya terpanggil untuk melihat sendiri seluruh episod penuh di mana bermacam2 permainan, stategi, conflict yang berlaku dalam kehidupan mereka selama 39 hari untuk mencapai tujuan menyertai program ini iaitu satu juta USD. setelah habis menonton dan mengetahui pemenangnya iaitu Todd Herzog, saya tertarik dan tanpa menunggu permintaan dari orang lain saya mengambil keputusan untuk terus memuat turun "Survivor : Micronesia - Fan vs Favorites".
dalam siri ini, bermacam2 perkara menarik berlaku antaranya 3 orang peserta keluar dari program bukan kerana undi, back-to-back blindside berlaku dan dalam siri kali ini juga berlakunya apa yang mereka gelarkan "the dumbest move ever". jika tidak memahami semua ini, tontonlah "Survivor : Micronesia - Fan vs Favorites". bila menonton siri realiti tv ini terfikir juga nak masuk kalau ada peluang, tetapi bila melihat cara permainan dan strategi yang digunakan oleh peserta2 saya rasa tak mampu untuk bertanding.
sekarang saya dalam proses memuat turun "Survivor : Gabon - earth`s last eden". dan insyallah selepas itu "Survivor : Tocantins - the Brazilian Highlands". kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan siri ini, bolehla hubungi saya.
No comments:
Post a Comment