hari ini, saya menerima panggilan telefon dari seorang kakak yg bertanya bilakah saya akan mula bercuti.sebenarnya dari awal puasa lagi dia sudah bertanya soalan yg sama. cuma saya yg tidak memberikan jawapan lagi. bukan ape, ada tugas yg menanti di kampung menjelang hari raya ini. seperti kebiasaannya, pada setiap tahun saya akan merebus ketupat dan menolong apa yg termampu untuk menyediakan juadah hari raya. biasanya pagi2 lagi kami adik-beradik akan berpecah untuk menyelesaikan tugas masing2 yg telah di agihkan oleh big bos (mak saya la).
tugas membeli barang keperluan untuk memasak seperti daging, ayam dan sayur-sayuran di kedai, mengambil lengkuas, serai di kebun adalah antara rutin yg perlu dilakukan pada pagi tersebut.
apabila semua barang2 sudah ada, barulah boleh dimasak. big bos biasanya tengah sibuk mengisi ketupat yg telah dianyam dengan beras untuk direbus. expert tu. kalau saya confirm pecah2 ketupat tu sebab lebih beras. hehee..daging dan ayam yg dibeli akan kami potong dan hiris supaya lebih mudah dimasak.
saya akan menghidupkan api menggunakan kayu yg kering untuk merebus ketupat. saya suka makan ketupat yg direbus dgn kayu berbanding menggunakan dapur gas. lebih sedap pada saya. sebab tu saya lebih rela penat mencari kayu yg boleh digunakan untuk merebus ketupat dari menggunakan dapur gas. sambil merebus, kami akan menggoreng ayam, mengacau rendang daging dan lain2. kebiasaannya kami akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk menghabiskan semua keje2 tersebut.
pada sebelah petangnya, kemeriahan semakin terasa kerana jiran2 dan sanak saudara sibuk menghantar dan bertukar2 juadah hari raya. saya akan menghantar ke rumah saudara2 yg agak jauh kerana perlu membawa menaiki mtr atau kereta. yg dekat2 biasanya anak saudara dan adik saya yg akan menghantar. kami akan berbuka dengan makanan yg dihantar oleh saudara2 dan jiran2 serta makanan yg kami sendiri masak.
tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung. mcmanalah agaknya situasi raya tahun ni. brapa banyak ketupat yg perlu dianyam dan direbus. brape kilo daging dan brape ekor ayam yg nak di masak. semuanya kena tunggu arahan. selamat hari raya semua..
5 comments:
salam mus..
bile balik bp? family mus tak buat 'munjung' ke?
kalo sempat, bole buka sama..hahahha..kalo akak tak balik la..
akak mcm tak dpt cuti je..uwahhhhhh..
hahahhaha
salam
dah lama tak jengok wegreentheearth, makin kreatif...cantik layout...ehm seronok nyer ada mak dan ayah lagi...bermakna sungguh hari raya..tahniah kerana masih mampu membalas budi org tua..
teruskan get a sweet moment 4 the hold of our life...
Kalau dah gile survival, memang nak hidupkan api je kejenye...
apa lagi, blk la cepat...ooo, ko blk lmbt2 sbb nk ngulor ye...ckp mak kau, hehehe...slmt ari raye...
salam perjalanan...
kak sheila..
insyaallah kalu ada kesempatan..
bro boot..
terima kasih..saya hanya ingin menjadi golongan "hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang berjaya"..saya dah jadi anak yatim sejak 3 tahun lepas..
mie..
tu memang keje aku dari kecik dulu la..
lan..
jgn ckp mak aku..nanti dia marah..
ahaks..
Post a Comment