Tuesday, September 23, 2008

Abah..

semakin hampir ke satu syawal ni, semakin kuat ingatan dan kerinduan pada arwah abah yg telah 3 tahun lebih meninggalkan kami sekeluarga. beliau meninggal dunia akibat kegagalan organ2 utama untuk berfungsi disebabkan usus pecah. dia pergi pada usia 62 tahun.

pada satu syawal yg terakhir beliau kira2 4 thn lps, satu permintaan yg keluar dari mulut beliau adalah mengumpulkan semua ahli keluarga dan mengambil gambar bersama2. kira family picture la. sebelum ini kami memang tak pernah mengambil gambar bersama2 keluarga yg besar. hanya keluarga2 kecil sahaja. kebetulan pada tahun itu semua abg2 dan kakak2 saya beraya di kampung. waktu itu, ke mana kami pergi beraya beliau akan meminta kami berkumpul bersama2 untuk mengambil gambar.

rupa2nya itu kali terakhir kami sekeluarga dapat berkumpul bersama beliau. banyak kenangan bersama beliau yg tidak akan saya lupakan. kadang2 bila pulang ke kampung saya terbayang2 saat beliau menghantar saya ke sekolah rendah dahulu. teringat waktu menangkap ikan haruan di sawah apabila melalui kawasan sawah padi yg diusahakan beliau dahulu dan bermacam2 lagi kenangan yg indah. apabila pulang ke kampung saya tidak akan lupa untuk menziarahi pusara beliau. sudah menjadi rutin bagi saya pada pagi 1 syawal, saya akan menziarahi pusara beliau. al-fatihah pada arwah Hashim Bin Doriat..

13 comments:

yazilahyazir said...

salam mus..
Sabar ye mus..
Arwah tinggalkan anak2 yg baik dan soleh..
have a great day mus..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Hashim B. Doriat...

wegreentheearth said...

thanks kak..

hijau bumi Tuhan... said...

al-fatihah...
smoga rohnya dicucuri rahmat, insyallah...


salam perjalanan...

**fRy laDy** said...

sbr ek abg.mus..
setiap yg idup ni psti akn kmbali pdNya..beza cme pd waktu kte pg..
al-fatihah...

wegreentheearth said...

terima kasih semua..

~izHa ChiCkY NunU~ said...

semoga rohnye dicucuru rhmat.......
perbnykkn sdekah al-fatihah n surah yasin.........

~izHa ChiCkY NunU~ said...

semoga rohnye dicucuru rhmat.......
perbnykkn sdekah al-fatihah n surah yasin.........

Lennyek said...

al-fatihah untuk arwah ayah abg mus..

teamtact said...

salam....

kita yang masih hidup ini hana dapat mendoakan kesejahteraan mereka yang dah pergi.... jangan la terlalu sedih kerana kita juga menuju kesana....

PPT said...

TeamTact,
Hana tu apa yea?

Mus,
Kita serupa saja. Masih ingat lagi kan....
Orang yang masih ada bapak tak tau macam mana perasaan orang macam kita yang dah takdak bapak..
Relaks dan Cool...

Cheers...

wegreentheearth said...

betul tu bang..
situasi abang dgn saya sama je..
saya dpt berita masa saya dlm cherakah..
bezanya saya dpt berita dia msk hospital..
nasib sempat tengok dia kat hospital..
thanks bang..
sama2lah kita relaks and cool..

sname said...

mus letak la pic family tuh..

wegreentheearth said...

insyaallah..
nanti aku upload..