Friday, September 26, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor
Cegitu cegini awak suke ek
Awak suke kite tak suke ek
Esok luse hari raye ek
Sama-sama bersuke rie ek
Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Sorry la Sabah n Sarawak jauh nak kena naik belon baru boleh buat Pantun…
.
Wednesday, September 24, 2008
Firesteel Piggyback
pisau ini hanya dibuat apabila ditempah dan mengambil masa 35-40 minggu untuk dihantar kepada pembeli. ia berharga 350 GBP bersamaan dengan RM2,221.05(cancel niat). di bawah disertakan sekali anatomy pisau tersebut.
Tuesday, September 23, 2008
Abah..
pada satu syawal yg terakhir beliau kira2 4 thn lps, satu permintaan yg keluar dari mulut beliau adalah mengumpulkan semua ahli keluarga dan mengambil gambar bersama2. kira family picture la. sebelum ini kami memang tak pernah mengambil gambar bersama2 keluarga yg besar. hanya keluarga2 kecil sahaja. kebetulan pada tahun itu semua abg2 dan kakak2 saya beraya di kampung. waktu itu, ke mana kami pergi beraya beliau akan meminta kami berkumpul bersama2 untuk mengambil gambar.
rupa2nya itu kali terakhir kami sekeluarga dapat berkumpul bersama beliau. banyak kenangan bersama beliau yg tidak akan saya lupakan. kadang2 bila pulang ke kampung saya terbayang2 saat beliau menghantar saya ke sekolah rendah dahulu. teringat waktu menangkap ikan haruan di sawah apabila melalui kawasan sawah padi yg diusahakan beliau dahulu dan bermacam2 lagi kenangan yg indah. apabila pulang ke kampung saya tidak akan lupa untuk menziarahi pusara beliau. sudah menjadi rutin bagi saya pada pagi 1 syawal, saya akan menziarahi pusara beliau. al-fatihah pada arwah Hashim Bin Doriat..
Monday, September 22, 2008
menjelang hari raya
tugas membeli barang keperluan untuk memasak seperti daging, ayam dan sayur-sayuran di kedai, mengambil lengkuas, serai di kebun adalah antara rutin yg perlu dilakukan pada pagi tersebut.
apabila semua barang2 sudah ada, barulah boleh dimasak. big bos biasanya tengah sibuk mengisi ketupat yg telah dianyam dengan beras untuk direbus. expert tu. kalau saya confirm pecah2 ketupat tu sebab lebih beras. hehee..daging dan ayam yg dibeli akan kami potong dan hiris supaya lebih mudah dimasak.
saya akan menghidupkan api menggunakan kayu yg kering untuk merebus ketupat. saya suka makan ketupat yg direbus dgn kayu berbanding menggunakan dapur gas. lebih sedap pada saya. sebab tu saya lebih rela penat mencari kayu yg boleh digunakan untuk merebus ketupat dari menggunakan dapur gas. sambil merebus, kami akan menggoreng ayam, mengacau rendang daging dan lain2. kebiasaannya kami akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk menghabiskan semua keje2 tersebut.
pada sebelah petangnya, kemeriahan semakin terasa kerana jiran2 dan sanak saudara sibuk menghantar dan bertukar2 juadah hari raya. saya akan menghantar ke rumah saudara2 yg agak jauh kerana perlu membawa menaiki mtr atau kereta. yg dekat2 biasanya anak saudara dan adik saya yg akan menghantar. kami akan berbuka dengan makanan yg dihantar oleh saudara2 dan jiran2 serta makanan yg kami sendiri masak.
tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung. mcmanalah agaknya situasi raya tahun ni. brapa banyak ketupat yg perlu dianyam dan direbus. brape kilo daging dan brape ekor ayam yg nak di masak. semuanya kena tunggu arahan. selamat hari raya semua..
Saturday, September 20, 2008
Thursday, September 18, 2008
terfikirkah kita?
1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..
3) Badminton ----- Golf ----
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...
7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadyai --- Bangkok ..
8) Dalam semua segi kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong
TETAPI...
KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'
Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/suratkhabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.
8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.
Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
p/s renung2kanlah... selamat beramal....
insan istimewa
Monday, September 15, 2008
Friday, September 12, 2008
TNF..
Developed for the most serious athletes, the Summit Series ™ features our athlete-tested and technically-advanced apparel and equipment. This premier collection is designed for expedition use from base camp to summit, where the extremes of weather and terrain.
Flight Series ™
Answering the rising demand for fast and light gear, The North Face set out to make the most adaptable, packable and lightweight gear for our new Flight Series ™. For multisport athletes, the Flight Series ™ features ultralight, multi-purpose apparel, equipment and footwear. This athlete-tested performance collection is designed for done-in-a-day and weekend adventures when fast and light packing is paramount.
alhamdulillah...
Thursday, September 11, 2008
SMTKT 1999/2000
jika di blog rembang waktu kita boleh lihat post batch arau, saya pula ingin menceritakan serba sedikit rakan2 sekelas saya sewaktu di Teknik Kota Tinggi dahulu. saya teringat kembali cerita2 lama kerana saya baru sahaja wat reunion dgn beberapa orang rakan saya di YM.
mereka banyak bercerita tentang kisah2 lalu, suka dan duka kami sewaktu belajar di sana sebagai rakan sekelas. pengalaman berkhemah di pantai Air Papan, berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dan mengghabiskan masa di Pusat Bandar akan kita ingati sampai bila2. rakan2 seperti abab, sue, aza, pilo, mad nor, enal, aloi, kak pah sudah mendirikan rumahtangga. ader yang sudah menyusun barisan tentera dan puteri di salasilah keluarga sendiri. ader juga yg terus menyepi tanpa khabar berita. agaknya bilalah kita dpt berkumpul lagi seperti waktu2 dulu.
Wednesday, September 10, 2008
trench foot dan immersion foot
man vs wild
apa yang saya lihat di rancangan tersebut merupakan satu ilmu baru dan saya ingin kongikan bersama rakan2 yang lain. ini juga berkaitan dengan pengalaman saya di tasik kenyir baru2 ini(merujuk kepada post unplanned survival 1st-4th ep). apakah tindakan kami betul pada mlm itu dengan membuka dan mengeringkan kasut dan stokin yang bsh. membuka kasut bermakna kami berkaki ayam sahaja pada mlm itu. adakah ini jalan selamat bagi kami.
Monday, September 8, 2008
The North Face Amp Hybrid Jacket
The Mens North Face Amp Hybrid Jacket features a performance fit that doesn't restrict movement. This North Face Jacket is made with Apex Aerobic Fabric - TNF's lightest, stretchiest and most breathable soft shell fabric. As part of the Flight Series, an athlete-tested performance collection, the Amp Hybrid was designed for done-in-a-day adventures. Other features include a DWR finish for water repelency, reflective logos for safety, a brushed collar lining, two hand pockets, a napoleon pocket, elastic cuffs, and a hem cinchcord. The Mens North Face Amp Hybrid Jacket Sleek provides athletic weather resistance, with stretch panels for enhanced breathability.
- Performance fit
- Brushed collar lining
- Two hand pockets
- Fabric(body)=100% Polyester mini diamond ripstop with DWR Fabric(stretch panels)=4-way stretch Apex Aerobic with DWR
- Unique polyester and Apex Aerobic hybrid construction Reflective logos
- Left Napoleon pocket
- Elastic-bound cuffs
- Weight=12.3 oz
- Length from Center Back=28"
Saturday, September 6, 2008
Ramadan al-mubarak
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan: yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan,
yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku
di sepanjang perkenalan kita selama ini.