Wednesday, July 30, 2008

tak sempat..

TAK SEMPAT!!!!
satu alasan yang paling mudah untuk kita ucapkan bila kita tidak dapat melakukan sesuatu. tanpa ada lain alasan yang lebih kukuh kita ambil ia sebagai satu alasan dan mungkin menyelamatkan kita dari sesuatu tindakan. tapi fikirkanlah bahawa banyak mana pun masa yang kita berikan memang tak cukup kalau kita hanya memberikan alasan. kata2 ini untuk diri saya khasnya dan rakan2 yang membaca amnya. terima kasih..

Tuesday, July 22, 2008

entah mengapa....

pepagi lagi saya dan rakan2 telah pergi ke satu aktiviti amali iaitu abseilling di menara S&T UiTM anjuran pelajar outdoor degree. alhamdulillah saya masih mampu berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka semua. ini kerana telah beberapa kali saya melakukan aktiviti tersebut disitu. tetapi yang menariknya keadaan cuaca berbeza kali ini apabila hujan turun dengan lebatnya selama hampir sejam setengah. semua pelajar telah selamat melakukan aktiviti ini. cuma ada satu masalah yang timbul berkenaan dengan brng yang dipinjam. untuk perkara ini lebih baik kita rujuk kepada blog coretan di kala senggang. mungkin ada disebutkan. mungkin juga tidak.
saya juga gembira apabila ramai rakan2 dari persatuan yang sudi menghadirkan diri ke menara tersebut. cuma yang sedikit saya kesalkan apabila masing2 tidak mahu meringankan tangan untuk sama2 berkongsi pengalaman. bukan nak mencari salah atau apa tetapi masa2 begini la yang kita dapat belajar bagaimana cara nak jadi despatcher, belayer dan lain2. masa ni la yang kita dapat peluang untuk lihat dan rasa sendiri pengalaman semua tu. nak tggu ada aktiviti baru nak buat memang lambat. jadi kepada semua rakan2, renung2kanlah kata2 ini..
jangan biar hidup anda diselubungi MISTERI..
salam perpaduan dalam berekreasi..
cheers..

Sunday, July 20, 2008

aktiviti tali

mengikut perancangan awal, petang ini akan diadakan satu sesi untuk kami berkongsi ilmu dan sedikit pengalaman tentang aktiviti tali bersama2 adik2 PERLU UiTM. walaupun dah bermcm cerita dan pendapat dilontarkan dalam blog2 yang berkaitan tapi kami tetap mahu membantu. bukan mengharap balasan dari sesiapa, hanya sedikit komitmen dan pengorbanan bagi memajukan diri sendiri dan seterusnya persatuan yang dicintai.

alhamdulillah...

alhamdulillah telah selesai satu tugasan di Janda Baik semalam. semua berjalan lancar walaupun pelajar2 dari Sekolah Sri Aman, PJ masih dengan karenah mereka yang kegelian dengan pacat. aktiviti flying fox telah berjalan seperti biasa, semuanya selamat dan gembira menjalankan aktiviti tersebut. tetapi satu keadaan yang agak luar biasa bagi saya apabila bekas gigitan pacat di kaki saya telah membengkak. mungkin kerana banyak yang telah singgah dan menyedut darah di kaki saya. bukan untuk menakutkan yang lain, tetapi sekadar berkongsi cerita.

Saturday, July 19, 2008

kerinduan...

menghirup udara nyaman tatkala bangun pagi di janda baik ini mengingatkan tentang kedamaian di kampung halaman, Kg Semerah. sudah agak lama tidak pulang ke kg atas sebab2 tetentu. walaupun sering bertanya khabar melalui telefon, agak rindu pada emak di kg. bilalah dapat meluangkan sedikit masa pulang ke kampung menjenguk emak..

janda baik

hari ini satu lagi lembaran sejarah dalam hidup saya apabila dapat melayari internet ketika membuat program di Janda Baik. terima kasih Shawn.
program ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar dari Sek. Sri Aman, PJ. kami ditugaskan ntuk membuat waterfall abseilling yang telah berjaya dilaksanakan semalam walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. macam2 karenah dan reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar2 ini yang boleh dikatakan majoriti tidak pernah masuk ke hutan. tambah menarik lagi, ramai yang digigit pacat. ada yang merayu supaya saya berjalan berhampiran dengan mereka bagi memudahkan saya membantu. saya hanya memberi kata2 perangsang dan menyuruh mereka meneruskan perjalanan ke air terjun. mana taknya, kalau saya turuti kata2 mereka tak dapatlah saya menunjukkan jalan kerana mereka seramai 41 orang.
tetapi,semua berjaya sampai ke air terjun dan membuat aktiviti tersebut. hanya lebih kurang 12 orang tidak sempat melakukan aktiviti ini kerana masa yang tidak mengizinkan. terpegun juga mereka apabila melihat keindahan air terjun disini walaupun ada yang masih kegelian dgn pacat yang singgah di kaki mereka. tak kurang juga yang mengeluh apabila melihat ketinggian air terjun yang akan dituruni dengan tali.
hari ini, mereka akan melalui satu lagi pengalaman yang saya fikir pengalaman pertama juga bagi kebanyakan mereka iaitu flying fox. semoga semua selamat dan dapat melalui pengalaman ini dengan jayanya..

Thursday, July 17, 2008

ABC..


Avoid negative source, people, places, things, and habits.
Believe in yourself
Consider things from every angle
Dont give up and dont give in
Enjoy life today, yesterday is gone and tomorrow may never come
Family and friends are hidden treasures, seek them and enjoy their riches.
Give more than you planned to give
Hang on to your dreams
Ignore those who try to discourage you
Just do it
Keep on trying no matter how hard it seems, it will get easier
Love yourself first and most
Make it happen
Never lie, cheat or steal. always strike a fair dal.
Open your eyes and see things as they really are.
Practice makes perfect
Quitter never win, and winner never quit.
Read, study and learn about everything mportant in your life.
Stop procastinating
Take control of your own destiny
Understand yourself in order to better understand others.
Visualize it.
Want it more than anything
Xcel at doing your best.
You can do anything you set out to do.
Zero in on your target and go for it!!!!

kraf perkhemahan

pagi tadi saya telah meluangkan masa untuk sama2 turun ke pdng perindu bagi membantu shawn membuat kelas camp craft bagi pelajar2 yg mengambil subject outdoor semester ini. bermacam2 perangai dan kerenah yang dpat dilihat dari kalangan pelajar2 tersebut. tetapi masing2 menunjukkan komitmen dan emberi perhatian tentang apa yang dibuat. harap2 mereka akan berjaya megharungi cabaran dan dugaan selepas ini. dalam masa kurang dua minggu lagi mereka akan menjalani basic camp. jadi diharapkan mereka dapat mengunakan pengalaman dan ilmu yg kami kongsi tadi. bukanlah nak ckp kami nie power tetapi cukuplah sekadar berkongsi ilmu dan sedikit pengalaman bersama2 adik2.

Wednesday, July 16, 2008

renung2kanlah...

manusia memang tak pernah lps dari kesilapan.. pikirkanlah..
sepagi ini saya meluangkan masa untuk menatap blogawan2 yang ada dlm list saya(even ada yg tak sempat saya mskkan kedlm list), ternyata banyak idea2 yang dpt dikongsikan bersama. ada yang hanya menjadi cermin, ada yang penyajak maya dan ada juga yang hanya menitipkan secebis komen sahaja..kepada org2 yang terlibat dalam isu2 panas tue amik iktibar dari satu kisah di zaman Khalifah Harun al rashid yang saya baca di dlm blog andai ku tahu.. semua ketua kaum diarahkan berkumpul dan menerangkan keadaan sebenar... jadi eloklah kita mengambil langkah yang pasti dapat menjernihkan keadaan..kalau perlu kan moderator kita ada seorang sifu yang saya rasa paling sesuai dan paling layak iaitu En. Hisyam Che Mat.. beliau adalah calon paling layak untuk tujuan ini..
p/s tapi kena minta persetujuan beliau dulu..

Saturday, July 12, 2008

budaya???

"biasala, nie kolej swasta. lecturer tunggu student perkara biasa." kata2 dari seorang lecturer sebuah kolej swasta apabila menunjukkan dewan yang kosong yang sepatutnya menjadi bilik kuliah bagi hampir 50 orang pelajar. ini adalah perkara yang terjadi pada hari pertama saya mengajar di kolej ini secara part-time. berbeza dengan situasi saya menjadi student di UiTM, ini menampakkan yang bukan mudah dan menjadi cabaran bagi saya untuk mengendalikan kelas ko-kurikulum di kolej ini. nama subjek ini adalah perkhemahan dan jungle trekking. saya pun meminta pandangan dari bebrapa orang yang saya pikirkan boleh membantu saya mengendalikan kelas ini seperti En. Hisyam Che Mat a.k.a Hicmat, En. Mazlin Othman a.k.a PPT, shawn dan bebrapa orang lagi. pada mulanya memang sukar untuk diubah apabila budaya yang memang di gunapakai di kolej ini. apa yang saya maksudkan adalah attitude para pelajar apabila kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 12 tghari hanya dapat dimulakan pada pukul 10 lebih kerana kedatangan saya pada pukul 9 pagi hanya untuk membuka dan menyediakan alatan untuk mengajar dan seterusnya menunggu sehingga para pelajar datang. saya telah mempelbagaikan cara dan membuat kelas di luar untuk menarik minat dan kehadiran mereka ke kelas. kelas yang pada awal semester hanya sedikit akhirnya meriah di akhir2 semester itu. saya tak pasti apakah cara yang saya gunakan berjaya ataupun kehadiran mereka ke kelas hanya untuk memenuhi requirement dan seterusnya mendapat markah. saya cuba membantu sedaya mungkin untuk mengelakkan dari ada pelajar yang gagal tetapi mereka perlulah membantu diri mereka sendiri. saya cuba menjadi setelus yang mungkin walaupun umur mereka hampir sebaya dengan saya. saya berusaha untuk menilai mereka mengikut kerja dan prestasi mereka di dalam kelas. dan saya memang ada mengagalkan beberapa orang pelajar yang memang tidak boleh saya bantu lagi.

p/s baru saya tahu cabaran, perit jerih dan halangan para pendidik yang tidak jemu2 mendidik anak bangsa sendiri

manusia!!!

entah mengapa ada sesetengah manusia hanya pandai baling batu dan menyorokkan tangan agar tak diketahui sapa yang membalingnya. dan saya amatlah sedih apabila ada golongan manusia itu yang saya pikir mesti ada kaitan dengan persatuan. kepada saudara/i anonymous yang telah banyak memberi komen2 yang saya pikir tidak membina dan hanya ingin menutup kesalahan sendiri dan tidak berani mengaku silap, pikirkanlah yang perbuatan saudara/i itu tidak menguntungkan sesiapa. saya pikir lebih baik saudara/i pikirkan pelawaan PPT untuk bersemuka dan berbincang dalam perbincangan dua hala.

Friday, July 11, 2008

berjaya!!!

satu kejayaan dalam diari hidupku dengan terciptanya blog ini dan tergolong dalam golongan blogawan yang ada pada masakini. terciptanya blog ini adalah hasil dorongan dari Hicmat, rakan2 dan Hasil tunjuk ajar dari saudara rembang waktu. teringat satu kenyataan bahawa hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang berjaya, hari ini sama dengan semalam adalah orang yang terpedaya dan hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka. terima kasih atas dorongan dan tunjuk ajar dari semua dan syukur alhamdulillah...