Saturday, July 12, 2008

budaya???

"biasala, nie kolej swasta. lecturer tunggu student perkara biasa." kata2 dari seorang lecturer sebuah kolej swasta apabila menunjukkan dewan yang kosong yang sepatutnya menjadi bilik kuliah bagi hampir 50 orang pelajar. ini adalah perkara yang terjadi pada hari pertama saya mengajar di kolej ini secara part-time. berbeza dengan situasi saya menjadi student di UiTM, ini menampakkan yang bukan mudah dan menjadi cabaran bagi saya untuk mengendalikan kelas ko-kurikulum di kolej ini. nama subjek ini adalah perkhemahan dan jungle trekking. saya pun meminta pandangan dari bebrapa orang yang saya pikirkan boleh membantu saya mengendalikan kelas ini seperti En. Hisyam Che Mat a.k.a Hicmat, En. Mazlin Othman a.k.a PPT, shawn dan bebrapa orang lagi. pada mulanya memang sukar untuk diubah apabila budaya yang memang di gunapakai di kolej ini. apa yang saya maksudkan adalah attitude para pelajar apabila kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 12 tghari hanya dapat dimulakan pada pukul 10 lebih kerana kedatangan saya pada pukul 9 pagi hanya untuk membuka dan menyediakan alatan untuk mengajar dan seterusnya menunggu sehingga para pelajar datang. saya telah mempelbagaikan cara dan membuat kelas di luar untuk menarik minat dan kehadiran mereka ke kelas. kelas yang pada awal semester hanya sedikit akhirnya meriah di akhir2 semester itu. saya tak pasti apakah cara yang saya gunakan berjaya ataupun kehadiran mereka ke kelas hanya untuk memenuhi requirement dan seterusnya mendapat markah. saya cuba membantu sedaya mungkin untuk mengelakkan dari ada pelajar yang gagal tetapi mereka perlulah membantu diri mereka sendiri. saya cuba menjadi setelus yang mungkin walaupun umur mereka hampir sebaya dengan saya. saya berusaha untuk menilai mereka mengikut kerja dan prestasi mereka di dalam kelas. dan saya memang ada mengagalkan beberapa orang pelajar yang memang tidak boleh saya bantu lagi.

p/s baru saya tahu cabaran, perit jerih dan halangan para pendidik yang tidak jemu2 mendidik anak bangsa sendiri

2 comments:

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam...

tiada kompromi dengan orang yang bermasalah dengan disiplin...pemarkahan adalah telus mengikut pencapaian mereka..what they do is what they get...

No kompromi,they r never learn

wegreentheearth said...

terima kasih saudara addin "my life is beutiful"
memang itu yang saya usaha kan selama saya memegang tanggungjawab itu.