hari ini satu lagi lembaran sejarah dalam hidup saya apabila dapat melayari internet ketika membuat program di Janda Baik. terima kasih Shawn.
program ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh sekumpulan pelajar dari Sek. Sri Aman, PJ. kami ditugaskan ntuk membuat waterfall abseilling yang telah berjaya dilaksanakan semalam walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. macam2 karenah dan reaksi yang ditunjukkan oleh pelajar2 ini yang boleh dikatakan majoriti tidak pernah masuk ke hutan. tambah menarik lagi, ramai yang digigit pacat. ada yang merayu supaya saya berjalan berhampiran dengan mereka bagi memudahkan saya membantu. saya hanya memberi kata2 perangsang dan menyuruh mereka meneruskan perjalanan ke air terjun. mana taknya, kalau saya turuti kata2 mereka tak dapatlah saya menunjukkan jalan kerana mereka seramai 41 orang.
tetapi,semua berjaya sampai ke air terjun dan membuat aktiviti tersebut. hanya lebih kurang 12 orang tidak sempat melakukan aktiviti ini kerana masa yang tidak mengizinkan. terpegun juga mereka apabila melihat keindahan air terjun disini walaupun ada yang masih kegelian dgn pacat yang singgah di kaki mereka. tak kurang juga yang mengeluh apabila melihat ketinggian air terjun yang akan dituruni dengan tali.
hari ini, mereka akan melalui satu lagi pengalaman yang saya fikir pengalaman pertama juga bagi kebanyakan mereka iaitu flying fox. semoga semua selamat dan dapat melalui pengalaman ini dengan jayanya..
No comments:
Post a Comment