Wednesday, May 20, 2009

pengalaman pertama

Ketika menjalankan tugas sebagai marshall perlumbaan Sultan Ahmad Shah international Eco-Challenge 2009(SASIEC2009) di Tioman, saya telah melalui satu pengalaman yg tak pernah dilalui selama ini iaitu masuk air dlm bdn.


pada mulanya, saya tak lalu mkn 2 hari sebelum hari perlumbaan. mungkin akibat terlalu letih, menerima khabar2 yg menyedihkan yg membuat saya jadi begitu. sehari sebelum pertandingan badan mula terasa lesu, bila makan termuntah semula. sesuap msk mulut, sesuap jugalah yg terkeluar semula. saya tau kalau tak mkn badan mesti takde tenaga untuk membuat kerja, jadi saya mkn gak. bukan taknak paksa, tapi itulah yg terjadi. asyik2 muntah. kwn2 dah mula risau melihatkan saya begitu. petang tu saya dibekalkan voltaren, ubat demam dan pening kpale(kalau tak silap) oleh Sarjan Rushjan (medical team dari 3 ubat ATM). beliau memang rapat dengan team marshall disebabkan ini kali kedua kami bekerjasama di Tioman. beliau menyarankan agar saya dimasukkan air je jika keadaan msh sama. beliau juga memeriksa suhu bdn saya yg sekejap panas, sekejap sejuk. saya agak cuak bila pikir kena masuk air dlm bdn sebab saya belum pernah merasa bagaimana rasanya keadaan itu.


pada malam hari sebelum pertandingan, selepas race briefing saya berjumpa semula Sarjan Rushjan untuk diperiksa. saya berikan kepercayaan pada beliau untuk membuat apa2 saja asalkan saya kembali cergas untuk beraksi pada hari perlumbaan. beliau memberitahu yg punca saya begitu adalah kerana keletihan yg hampir melampau. beliau memasukkan normal selien dengan dektros 50% ke dalam badan saya. saya juga dibekalkan dengan dextros 5% yg akan saya minum ketika menjalankan tugas. selain itu pil untuk demam ngan mengurangkan asid dlm perut juga diberi pada saya. mlm tu saya dpt mkn semula walaupun tak banyak.





yasir bersama sarjan rushjan


pada pagi hari perlumbaan, ketika bangun saya merasakan kelainan pada penglihatan saya. seperti sukar untuk melihat. bila tengok kat cermin, mata sembab dan membengkak. mungkin kerana air yg dimasukkan pada mlm sebelumnya. role saya sebagai sweeper trek hutan juga telah ditukar ke jalan biasa. abey mngambil tugas itu. thanks abey. walaupun ko tempang tanpa aku, aku suka. hwahwahwa....


alhamdulillah semuanya selamat dan terima kasih kepada rakan2 dari team Marshall y banyak membantu dan bekerjasama, team medic dari 3 ubat ATM, dan semua yg terlibat dalam perlumbaan ini. terima kasih kepada k.sheila yg banyak menjaga makan minum saya dan tak lupa juga pada sarjan Rushjan yg banyak membantu dan menyelia keadaan kesihatan kami team marshall.




pengalaman rakan2 lain boleh dilayari di bisikan dari ujung tanah , rembang waktu dan abey

support krew ah chai...

4 comments:

sname said...

aku x suka ko

yazilahyazir said...

hehheheh...ala..mcm jaga adik sendiri je..no sweat lil bro..

FoO dA fIrSt#1 said...

abey, hang tempang aka capek ka?

wegreentheearth said...

abey,
ko ingat aku suka kat ko?

kak sheila,
thanks again...