betul ke orang kata yg mimpi gigi patah means akan ada kematian dikalangan somebody dlm family kita?
entah betul entah tidak tapi secara kebetulan ia berlaku dlm hidup saya. minggu lepas saya bermimpi yg gigi saya patah. dan semalam saya mendapat berita dari kakak saya yg makcik sebelah arwah ayah telah kembali kerahmatullah akibat angin akhmar. saya yg berada di tioman ketika ini agak terkejut dengan berita itu. seakan tidak percaya makck yg pernah rapat dengan saya telah pergi tanpa sempat saya berjumpa dengannya.
beliau yg tinggal bersama suami di kelantan memang sudah agak lama tidak pulang ke kg. kali terakhir bersua muka pada waktu arwah ayah dikebumikan. selepas itu tidak pernah lagi berjumpa. hendak melawat pun tak sempat. mungkin jika ada masa nanti saya akan luangkan masa untuk kesana menziarahi kuburnya. insyaallah.
alfatihah untuk Mak Pah yg disayangi.
No comments:
Post a Comment