kejadian pertama berlaku ketika kami sedang menjalankan aktiviti Abseilling di salah sebuah sekolah di Shah Alam. ketika itu kami dipanggil untuk sama2 memeriahkan Hari Keusahawanan sekolah tersebut. ketika sedang bersiap sedia untuk menyambung tugas selepas rehat saya terlanggar tingkap cermin di kawasan "anchor" akibat disenggol oleh seorang pelajar yg sedang bersiap sedia untuk mencuba aktiviti tersebut. cermin pecah dan tangan saya terluka. darah memang memancut keluar dengan laju. apa yg saya mampu lakukan hanyalah menekan luka tersebut dengan kain lap cermin mata yg memang saya bawa kemana2 dan memanggil yasir di bawah. dengan bantuan beliau, luka saya dpt dibalut dan seterusnya saya dihantar ke klinik yg berdekatan oleh Shawn. kena jahitan di sebelah kanan dan 2 jahitan di sebelah kiri.
kejadian kedua pula berlaku di Pulau Tioman pada awal bulan ini. bermula dengan berita kematian keluarga terdekat yg menyebabkan saya tak berselera nak menjamah makanan pada malam itu. pada pagi keesokan harinya saya cuba untuk makan tetapi sesuap yg masuk keluar semula. seperti ditolak dari tekak. muntah memanjang. saya paksa juga untuk mkm tetapi situasi yg sama berlaku. mkn tengahari membawa ke makan malam, breakfast dan sebagainya juga membuatkan saya muntah. yasir bagi asam pun muntah. ateh bagi cloud 9 pun sama gak. sampaikan pejol bagi air nescafe pun muntah jugak. apa yg masuk dlm perut masa tu cumalah air mineral je. petang tu kebetulan berjumpa dengan sarjan rushjan di tepi pantai, saya pun memberitahu tentang masalah yg berlaku. dia hulurkan pil demam dan pesannya jika sama gak malam tu dia suggestkan supaya saya dimasukkan air dlm bdn( drip normal saline). hati jadi cuak juga. teruk gak sampai nak kena masuk air mcm tu.
malamnya, keadaan masih sama dan saya dibawa ke klinik operasi mereka dan di dripkan Normal Saline dicampur dengan dextrose 50%(air gula yg memang manis sangat). selain itu juga saya dibekalkan dengan pil glutesil(kalau tak silap) pil untuk mengurangkan asid dlm perut dan juga dextrose 5%(air gula dlm botol)untuk kecemasan. alhamdulillah, selepas itu saya mampu menelan makanan walaupun tak banyak dan kembali normal pada keesokan harinya. cuma badan sedikit lesu.alhamdulillah, pengalaman ini membuatkan saya lebih beringat dan behati2 ketika menjalankan tugas. pengalaman ini juga tidak mematahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang yg saya minati ini. insyallah