Wednesday, March 4, 2009

selamat semuanya



alhamdulillah segalanya telah selamat. saya dan Yasir telah menjejakkan kaki ke Negeri Sabah Di Bawah bayu dan berada disana selama lebih kurang 10 hari. kami ditugaskan untuk membawa sekumpulan pelajar dan pegawai pengiring dari Unisel Shah Alam dan Bestari Jaya seramai 44 orang. bermacam2 aktiviti yg kami susunkan untuk mereka termasuk Whitewater Rafting di Sg. Kiulu, snorkelling dan melawat Pulau Manukan, Canopy Walkway dan mandi Air panas di Poring Hotspring dan misi utama program ini iaitu mendaki Gunung Kinabalu. kami juga turut serta dalam semua aktiviti yg dijalankan. dan buat kali ke-2 juga saya telah berjaya menawan puncak tertinggi di Asia iaitu Gunung Kinabalu. ceritanya akan saya susulkan selepas ini.


pada malam pertama dan terakhir, kami telah menginap di Borneo Backpackers lodge yg terletak berhampiran Padang Merdeka dan Australia Place. disini saya telah berkenalan dengan beberapa orang pelancong seperti Luke (Portugal), mike (Swiss), Karen (California) dan Bro John (Jerman). pada malam pertama juga berlaku satu kejadian yg agak melucukan berlaku apabila Luke telah bersilat dalam tidurnya. hahaa.. buat terkejut orang je. bila saya bertanya adakah dia ok atau tidak, dengan selamba dan buat muka tak reti dia minum air di tepi katilnya dan menyambung tidur kembali. rasa mcm nak sepak pun ade gak. bila bangun pagi, rilek je dia tanya saya " did you sleep well last nite?"

luke pesilat tengah malam dari Portugal

kami juga telah bersiar2 di sekeliling Bandar KK dan melawat Monsopiad Cultural Village yg mana terkenal dengan "House of Skulls" yang mana terdapat 42 tengkorak. disini juga buat pertama kalinya saya merasai kenikmatan dan kelazatan ulat sagu. agak sedap juga rasanya jika dibandingkan dengan rupanya itu.hahaa....

42 tengkorak yg tergantung di House of Skull



malam terakhir, saya sempat bersiar2 di Pasar Malam Kg Air. teringat keadaan dan suasana yg tak ubah seperti Uptown 24. barangan seperti beg, kacamata dan sebagainya ada dijual di sini. malah lebih menarik designnya pada pandangan saya. disini juga ada souvenir2 negeri Sabah yg dijual. anda juga boleh membaca cerita perjalanan kami di sini.

3 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah pada explorer dan sweeper yg mantap...nti bwk le aku naik atas tu...teringin gak nk naik sna...kalo bleh la, hehe...


salam perjalanan...

s h e r r y said...

nice...
interesting...

i like the part about luke...
hehehe...

chilled!!

wegreentheearth said...

lan,
bdk2 umag memang mantap2...
laju giler naik...
bebila ko nak bgtau je k...
bleh adjust punye...

Sherry,
i had a big laugh that nite u know...
giler2 punya....
hahaa....