perjalanan ke Kinabalu Park bermula seawal 6.30 pagi dari KRM Putatan. seawal jam 9 pagi kami telah sampai di Kinabalu Park dan menyelesaikan semua urusan pendaftaran di kaunter SSL dan Sabah Park. sedang saya mengisi borang pendaftaran, 3 salinan untuk SSL dan 3 salinan lagi untuk Sabah Park, Yasir membeli 2 tongkat kayu yg akan membantu didlm pendakian nanti. satu untuk dirinya sendiri dan satu lagi untuk saya. tongkat yg berharga RM5 rupa2nya hanya RM3 jika dibeli dengan driver shuttle bus ke Timpohon Gate. jika di Laban Rata pula meningkat lagi harganya sebanyak RM10. di kaunter Sabah Park, saya bertanya jika kami boleh meminta guide yg bernama Dragon. beliau merupakan guide kami semasa trip 2004.
permintaan kami diperkenankan kerana dragon free masa tu. pendaftaran selesai agak lewat kerana mengikut Dragon kerani yg bertugas adalah orang baru. hampir jam 10.45 pg baru kami bergerak ke Timpohon Gate.
kami diberikan taklimat awal berkaitan cara2 pendakian dan keselamatan oleh Dragon. pada ketinggian 1,866.4m dan suhu 26.0 Celcius kami memulakan pendakian tepat jam 11.15pg. seawal pendakian kami di sambut dengan panorama indah air terjun Carson (dinamakan sempena nama warden taman yang pertama).
saya sampai di pondok pertama iaitu pondok Kandis(1981.7m) kira2 18 minit perjalanan. suhu semakin sejuk iaitu 23.5 Cel. kira2 jam 11.55pg saya sampai di pondok kedua iaitu Pondok Ubah (2081.4m). suhu disini 24.2 Cel. kami melalui simpang "Komborongoh Station" dan melepasi KM2 laluan ke puncak. komborongoh adalah tumbuhan yg digunakan oleh suku kaum Kadazandusun untuk menghalau roh2 jahat dan juga dalam upacara2 tradisonal dan pemujaan. pondok seterusnya kami sampai jam 12.25 tghari. pondok Lowii merupakan pondok ketiga yang kami sampai. di ketinggian 2515m, kami sampai di Pondok Mempening kira2 jam 1.22 ptg. suhu disini 23.5 cel. kami berhenti rehat dan menikmati packed lunch yg diambil di Balsam cafe Kinabalu Park.
selepas itu kami meneruskan perjalanan dan tiba di Layang2(2,702m)kira2 jam 2 14 ptg. kami melepasi simpang ke Mesilau dan meneruskan perjalanan ke pondok Villosa(2,690m). pondok terakhir untuk hari pertama pendakian adalah Pondok Paka(3,080m). sampai di resthouse yg pertama iaitu Waras Hut kira2 jam 5.24 ptg dan meneruskan perjalanan ke Laban Rata. jaraknya hanyalah kira2 5 minit berjalan. saya mengambil masa kira2 6 jam 45 minit pada pendakian hari pertama. hampir sekali ganda masa yg diambil ketika pertama kali mendaki pada tahun 2004. di Laban Rata, makan malam yg agak mewah dihidangkan oleh pihak SSL untuk para pendaki. sesuai dengan bayaran yg dikenakan. ada gak suara2 yg berkata " dlm bnk2 gunung yg aku naik, ni la makanan paling sedap aku penah makan atas gunung. hahaa....". kira2 jam 6.30ptg,pendaki terakhir dari group saya berjaya sampai ke Laban Rata. saya menginap di Gunting Lagadan resthouse kira2 200m dari Laban Rata. suhu sudah mencapai 15 cel pada jam 7.11 mlm. kami berehat mengumpul tenaga dan akan menyambung pendakian ke puncak pada keesokan harinya..
To be continued........................
1 comment:
mus sungguh laju smp puncak! ceytt!
Post a Comment