Wednesday, February 18, 2009

Update information

salam semuanya...pada waktu ini saya dan yasir ada di Kota Kinabalu atas urusan kerja. kami akan berada disini sehingga 26hb. selepas itu kami akan berangkat ke Janda Baik sehingga 28hb.

semalam setelah terbang dengan Airasia selama lebih kurang 2 jam setengah dengan ketinggian mencecah lebih 3000m dari aras laut kami sampai di Kota Kinabalu. untuk kali ketiga atau ke empat sampai di sini tidaklah begitu sukar untuk mencari jalan dan ketempat2 yg menarik disini. saya menginap di Borneo Backpackers yg terletak di sekitar bandar KK. its a quiet good place for a budget accomodation. saya berkenalan dengan luke, pelancong dari Portugal. ada 2 org lagi pelancong yg tak sempat saya berkenalan. mereka hilang bila pagi menjelma. hahaa..ada penjengok2 baru yg tak sabar2 melihat post baru di beberapa blog. harap2 editor2 tersebut mengupdate blog masing2 dan mencoret kan sesuatu tentang mereka. saya rasa semua yg berkaitan faham maksud saya ini.

kepada penjengok2 semua, saya akan cuba update blog ini sekerap yg mungkin jika ada kesempatan. doakan saya selamat dalam apa jua aktiviti dan perjalanan di sini. doakan juga agar saya dapat menawan puncak Kinabalu buat kali ke 2. terima kasih.

Wednesday, February 11, 2009

thanks

pada hari isnin yg lepas telah tamat amali asas perkhemahan bagi pelajar2 outdoor recreation di Bkt Cherakah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mengikut semua yg telah dirancangkan. cuma di awal pagi hari nak bertolak, saya dan rakan2 telah dikejutkan dengan berita pemergian Pn. Norhayati bte Che Mat, kakak kesayangan En. Hisyam. salam takziah kepada beliau.

dalam perkhemahan kali ini aktiviti orienteering merupakan tanggungjawab dan amanah yg telah diberikan kepada saya. jadi saya telah cuba sedaya upaya membantu Sofwan dan Tengku dalam semua proses menjalankan aktiviti. diharap, para peserta dapat menerima sedikit ilmu dan pengalaman yg dikongsikan kami dan berguna pada mereka di masa hadapan.

terima kasih yang tak terhingga kepada bos atas didikan beliau pada saya dan alumni2 lain. kerana itulah kami masih setia dan berada di atas landasan yg betul sehingga hari ini. diharap kami akan terus kekal di atas landasan ini. dan dpt sama2 membantu antara satu sama lain bila masa memerlukan. insyallah...

shelter from camel body

Wednesday, February 4, 2009

bila nak serius?

kenapa bila dalam latihan amali kita tak boleh nak serius. kenapa boleh bergurau lagi. mungkin keadaan tak setegang yg mungkin membolehkan kita menjadi serius. siap boleh ketawa2 lagi. walhal keadaan mungkin bertukar menjadi buruk bila2 masa je. fikirkanlah tentang akibat2 yg boleh berlaku bila kita terleka, terlupa dan sebagainya..