tentunya blogger2 tertanya2 tajuk entri kali ini. ceritanya begini...
ketika saya dan ajoi menanda route untuk race semalam kami melalui satu kawasan yg ingin dijadikan water station ketika race. ketika berhenti di situ kelihatan sepasang pelancong sedang berehat sebelum menyambung perjalanan mereka ke Chalet ABC. saya pun meringankan mulut untuk menyapa dan ternyata mereka juga suka untuk beramah mesra. bermcm2 pujian yg diberikan tentang negara kita. bentuk mukabumi yg cantik yg tidak terdpt di negara mereka (belanda), orng tempatan yg mesra (siap membandingkan kita dengan org indonesia) dan bermcm2 lagi. pertemuan singkat itu berakhir bila saya menyambung tugas yg terhenti dan mereka meneruskan perjalanan.
dipendekkan cerita, selesai kerja kami pun mencari kedai untuk mengisi perut yg kosong. sesampai di sebuah kedai kami berhenti dan terjumpa kembali pasangan td. kebetulan mereka menjamu selera di kedai tersebut. apa yg saya lihat pasangan tersebut dihidangkan dengan sandwich. ketika pelayan menghantar makanan tersebut kelihatan pasangan tersebut sangat gembira dan berkali memuji makanan tersebut. kami terus menjamu nasi campur yg saya kira ckp untuk tengahari itu.
tak lama selepas itu, pelancong lelaki bangun dan terus menuju ke toilet yg berhampiran. yg perempuan berhenti makan. kebetulan tiga pelancong masuk ke kedai yg sama dan duduk di meja belakang pasangan tersebut. yg perempuan berbual dengan mereka sambil menunjukkan makanan yg di makan tadi. saya kira untuk memuji dan mencadangkan mereka supaya mengambil makanan tersebut juga. yg lelaki kembali dari tandas dan terus mengambil pinggan yg dimakan dan menghantar ke kaunter. ajoi ckp mcm nak komplen je tu. lelaki tersebut duduk kembali dan berbual dengan kenalan baru mereka. tak lama selepas itu dia bngn kembali dan mengankat pinggan tersebut. kbetulan dia memandang saya dan spontan saya bertanya kenapa. dia menunjukkan yg roti yg dimakan td sudah berkulat sambil memegang perut. terus terdiam kami. malu pun ada juga. pujian2 yg diberikan tadi pada saya mungkin tercalar akibat insiden tersebut. kenangan2 manis mereka di negara ini mungkin menjadi tawar akibat insiden itu. tak lama selepas itu yg perempuan pula ke toilet. mungkin memuntahkan kembali apa yg dikunyah sebentar tadi. bagaimana perkara itu terjadi? kecuaian ataupun sikap ambil mudah. wallahualam...
6 comments:
Begitulah cerita yg berlaku di sebuah pusat peranginan yg terkenal di Malaysia...
Sebagai rakyat peka mreka tdk sepatutnya memandang enteng terhadap perkara tersebut!
Lebih2 lg berkaitan dgn makanan!
Badan yg sihat sudah tentulah menerima makanan yg bersih dan berzat!
ces, buat malu kompeni la chalet tu, hampeh...
salam perjalanan...
erk...nasib baik kulat, kalo benda lain, lipas ke, cicak ke, tak ke naya..
kalo lipas..mau jadi lipas-man..xpon cicak-man..
ish2...da la kwsn tu fames leh lak jadi mcm 2..sikap amik mudah la yg bt org lain mrana..
ni msti amik stok lama..
tahla...
yg penting kita kena tengok2 gak kalu nak mkn...
Post a Comment