Thursday, November 13, 2008

Bidan Terjun!!!

Hari sabtu yg lepas saya telah berkesempatan menjadi “Bidan Terjun” untuk menjadi jurulatih(kononnye) bagi satu program rekreasi. Saya dipertanggungjawabkan untuk handle aktiviti tali. Kalau ikut pada kelayakan, memang saya sudah maklum yg saya ni tak layak untuk tugas tersebut. Mana taknya, baru blaja darjah dua tapi dah mengajar budak darjah dua. tetapi kesian punya pasal dan atas dasar membantu rakan, saya terima juga setelah diberi pelepasan oleh bos saya kerana pada masa itu saya ada satu lagi program di seksyen 9. Saya telah dimaklumkan untuk tugas itu pada maghrib hari sebelumnya. Mengikut maklumat awal yg diberikan kepada saya, saya diberi masa dua jam,perlu mengikut modul yg telah disediakan dan latar belakang peserta untuk aktiviti tali cuma asas sahaja. Saya mempunyai masa yg singkat untuk study dan ulangkaji modul yg diberikan.

Tiba masa saya di tempat kejadian pagi tu, saya diperkenalkan pada semua peserta2 oleh kawan saya. Ada 31 orng semuanya. Saya start dgn sedikit intro dan terus dgn aktiviti. Rupa2nya dikalangan peserta ada yg berpengalaman dan mempunyai ilmu dlm aktiviti tali. Ada yg dari kem PLKN, ada yg memang terlibat secara langsung dengan aktiviti rekreasi dan tidak kurang juga yg tiada langsung ilmu tentang aktiviti ini. Bermacam2 soalan telah dikemukakan. Mujur saya telah bersedia dan dapat handle semua soalan dgn tenang. Cuma saya sedikit terkilan dgn penganjur kerana tidak menyediakan peralatan secukupnya. memandang remeh dlm semua aspek2 keselamatan, dan sebagainya. saya cuba sedaya upaya menjalankan aktiviti dan tanggungjawab saya sebaik mungkin kerana itulah yg diajar oleh guru saya. Saya menggunakan segala ilmu yg diajar dan segala pengalaman saya untuk menjalankan aktiviti tersebut. Alhamdulillah dgn bantuan rakan2 yg ada aktiviti tersebut dpt dijalankan dgn sempurna.

2 comments:

teamtact said...

bukan nak bongkak...

tapi hari ni tak semua orng ada level 3 layak mengajar. tengok saja camp com utk program tempoh hari.... nak suruh org mcm tu ajar rope course.... nak suruh org macm tu ajar survival... kalau survival tak payah parang.... boleh tido sesuka hati... tak payah pakai kasut... jangan kata level 2... tak da level 1 pun boleh....

semua makan duit.... pegi mampos la.... orekreasi tak perlu kan orng ada level 3 atau advance la.... janji ilmu yang diajar betul dan paling penting safety,safety,safety.....

jadi jgn nak sembang la darjah 2 la darjah 3 la, darjah 10 la...

Rindu Alam Indah said...

saye budak baru belajar...
kalo salah..tlg jolokkn..
eh..silap...tunjukkan..
nagh3...