Saturday, May 10, 2014

Nawfal bin Mustakim


Tanggal 25hb 7 2012, jam 3.30ptg lahirnya cahayamata saya yang pertama di Hospital Besar Melaka. saya sepakat dengan isteri untuk memberi nama Nawfal bin Mustakim. kenapa kami pilih nama ni? mudah je, 1. sebab makna yang baik iaitu pemurah 2. taknak nama yang panjang(pengalaman mama dia jd cikgu, tulis nama pelajar panjang2)hahaa.
Nawfal right after the delivery

masa tu saya masih berkhidmat di UCSA kuantan. hujung minggu tu isteri dah mula rasa sakit2 mcm nak beranak. tapi biasa2 je dan tak kerap. malam ahad slalunya saya akan bergerak pulang ke Kuantan setelah menghabiskan hujung minggu bersama keluarga. hati berat nak balik ke Kuantan tapi setelah berbincang akhirnya saya gerak juga ke Kuantan. masih ingat lagi ayat yang saya tuturkan pada isteri sebelum naik bus "jangan abang tak sampai kuantan lagi nnt dah kena telefon sebab honey nak beranak".hahaa. 

aksi masa kuning sedikit di wad hospital.usia kurang dari 7 hari.
sampai di Kuantan masih tiada berita maksudnya masih ok lagi la. smp dirumah lebih kurang jam 4 lebih, saya sambung tdo sekejap sebelum pergi kerja isnin pagi tu. lebih kurang jam 6 pintu bilik saya diketuk oleh teman serumah iaitu ustad. katanya ade call dari isteri saya. dia tak dpt call saya sebab phone takde line dalam bilik(coverage kadang ada kadang takde dlm bilik tu). isteri saya bgtau dah start bleeding tapi ok lagi. nak pegi klinik dulu then baru decide tuk saya balik ke mcmana. sempat sembang dgn ustad pg tu, dia bingung sebab wife saya call dia tuk ckp dengan saya sedangkan saya blk melaka. mana taknya pagi saya sampai tu dia masih tido.

comel je tdo
saya terus tak bleh tdo dan kemas balik barang tuk balik ke Melaka semula if wife saya nak beranak. pastu saya pegi keje macam biasa dan bawak juga barang2 yg dah dikemaskan tadi. masa punch card ade org tegur beg besar macam nak lar je(bkn besar sngt pun, tapi sebab lebih besar dr slalu pegi keje kan).
saya teruskan kelas mcm biasa awal pagi. lepas tu baru wife saya call dlm jam 10 kot, doctor refer terus ke hospital. pintu dah buka 2cm. saya yg takde pengalaman ni rileks je bgtau kat wife saya yang saya blik dlm kul 12 la sebab ade klas lagi 1 lps dia call. then dia ckp ok je. letak telefon, saya sembang dgn luth ngan kak sue, work collegue kat UCSA. diorg yang gelabah suruh saya balik terus, jangan tunggu2 lagi. saya pergi jumpa HR punya org pun diorg gelabah jugak suruh balik. saya seolah2 baru tersedar and baru rasa macam kena cepat balik ni. punyala bengong.hahaa.
GGMU. baju tu boleh bungkus dia masa ni.

lpas cancell klas, saya pegi beli tiket ke kl jam 12 lebih sebab direct ke melaka ade jam 2ptg sahaja. dr kl beli tiket terus ke melaka smp kat melaka lebih kurang jam 7. sebenarnya kalau saya amik tiket direct ke melaka dari kuantan smp lebih kurang sama je masa dia kul 7 tu.

tabiat masa kecil, menjelirkan lidah je
smp kat hospital, terus ke bilik bersalin. masa tu dah kelam kabut sngt dah rasanya. sampai2 kat ruang menunggu tu wife saya rilek je keluar jalan kaki macam takde pape yg berlaku. ingatkan tengah meneran dlm labor room tu.hahaa. dia ckp doc suruh masuk wad dulu harini tak bersalin lagi. aduh. penat berkejar2 rupanya Nawfal taknak kluar lagi. katil dapat dalam kul 2 lebih pagi baru saya balik rumah. 

pukul 6 wife saya call kate dah start sakit dan nak masuk labour room dah. kelam kabut berkejar ke hospital balik. lepak balik kat ruang menunggu smpla jam 1 lebih ke 2 baru nurse panggil masuk labour room sedangkan wife saya dah masuk dari pagi(kami dah pegi kursus rakan peneman yg wajib persediaan tuk husband masuk ke labour room meneman isteri bersalin). dok dalam tu melihat pengorbanan seorang isteri banyak menyedarkan saya yang jahil ni. smp jam 3 masih taknak kluar lagi si Nawfal ni. doc suggest tuk vacuum( teknik yg digunakan untuk membantu ibu melahirkan menggunakan penyedut). saya diminta keluar dr bilik tersebut tapi dikelilingi bilik2 kecil yang penuh dengan ibu2 yang nak melahirkan. penuh sampai ade yg atas troli je mengerang2. saya duduk mengadap dinding(takut sebenarnya ternampak benda2 yang tak septutnya) smpla dipanggil nurse tuk azankan Nawfal. mengalir airmata masa pertama kali lihat dan pegang Nawfal tuk diazankan(dah jadi bapak org aku ni) hehee. alhamdulillah semua selamat even kena warded 7 hari sebab mak dia kuning kat mata(slalu anak yang kuning). terima kasih pada doc2, nurse2 yang banyak membantu dlm proses melahirkan dan sepanjang berada di hospital.





bolat mata mcm mama

dlm troli jusco pun boleh tdo.

it is time to sleep

baru blaja2 duduk dalam keretaa

saya nak pegi shopping ni

layan discovery channel dulu, of course Man Vs Wild

learning time

lambat betul diorg amik order ni.

eh2! ade twins la

with papa

we are happy family, raya lepas

camping with cousin at kampung


paddler to be

nak buat word search ni

Add caption

ni je gambar yang dapat masa dia pakai topi.

comotnya menikmati coklat

time for outdoor

happy walaupun terikat di car seat, awal2 pakai car seat meraung mcm ape dah.

injury occurs when excited

kita naik atv tau

selfie tu!!!

p/s: gambar mengikut urutan dari awal ambil sampai yang terbaru. perhatikan pembesaran dan perubahan rautwajah dia(autie shiela kate muka dia mcm Dakota Fanning).


5 comments:

yazilah shila yazir said...

ha'ah.. muka dia macam dakota fanning masa kecik2.. hehe... aunty shila peminat setia nawfal dari kecik ok..hehe.. semoga nawfal menjadi anak yg soleh dan berbakti buat mama dan papa nawfal.. stay cute mcm mama dan stay steady mcm papa.. heheh

wegreentheearth said...

Amin...dah setahun 9 bulan dah dia..dan semakin membesar..nnt pegi kem bleh blaja ngan auntie shila buat camp craft..takdela susah nak gi level 3 nnt..hahaa

yazilahyazir said...

Damn.. Dalam puji kena gak akak eh.. Hahahahhaha... Apa pun nawfal da passed utk masuk utan pasal steady je jalan2, main pasir.. Langsung tak mengamuk pun.. Nanti aunty shila ajar camp craft, papa ajar survival.. Pastu aunty tinggalkan nawfal k, nawfal try cari jalan balik sendiri mcm aunty buat kat papa.. Hahaha..

yazilahyazir said...

Damn.. Dalam puji kena gak akak eh.. Hahahahhaha... Apa pun nawfal da passed utk masuk utan pasal steady je jalan2, main pasir.. Langsung tak mengamuk pun.. Nanti aunty shila ajar camp craft, papa ajar survival.. Pastu aunty tinggalkan nawfal k, nawfal try cari jalan balik sendiri mcm aunty buat kat papa.. Hahaha..

wegreentheearth said...

hahaaa...biasala..kate jurulatih PJRM..kenala ajar semua..think out of box...
memangla steady..mama dia yg tak steady...mengamuk nawfal main kotor2..hahaa...
dah kena cari clothing columbia tuk nawfal ni...kids kurangla plak apparel kat WOS...hahaa