Tuesday, February 7, 2012

semasa...semasa...semasa..

SEMASA menjadi  peserta untuk final camp di tasik kenyir, aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi biro pengangkutan...tapi disebabkan kerja2 yg tertangguh oleh bnyk biro aku terpaksa mengambil alih tugas pengarah projek. bukan kerana gile kuasa ke ape, tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab dan markah yg akan diperoleh jika kami gagal menjalankan tugas2 untuk kem. semua biro aku amik tau kerja2 mereka, push mana yg patut. sampaikan ade instructor yg ckp masa meeting, tanya pasal peralatan...mus...tanya pasal duit..mus...tanya pasal S/u..mus...kalu pengangkutan pun mus jugak...kenapa semua ini berlaku? disebabkan ade peserta yg sambil lewa dlm menjalankan tugas. tgl beberapa hari je lg, final kem kami hampir dibatalkan atas sebab2 tertentu. antaranya duit yg tidak mencukupi, bnyk peralatan yg masih tiada dsbgnya. tapi kami masih teruskan juga kerja2 dan akhirnya berjaya juga menjalankan kem tersebut. hari kami dikuarantinkan sbelum bergerak aku masih di bangunan SUK selangor, mencari2 penaja peribadi dikalangan pegawai2 kerajaan disitu. alhamdulillah aku berjaya membawa 2K cash money hasil sumbangan dari seorg pegawai kanan disitu. walaupun nampak mcm mengemis belas ihsan tapi atas dasar tanggungjawab dan ingin meringankan beban perbelanjaan kami dikem aku tebalkan je muka.
ketika kelas degree wafi belajar paragliding 

SEMASA aku mula2 menjadi instuctor PERLU aku jadi support jek. follow group. ikut mana diorg pergi. dalam masa yg sama aku bnyk belajar mcmana nak jadi instructor. kem demi kem aku ikut dan belajar smpla aku mahir mengendalikan bnyk xtvt. aku ikut msk klas outdoor en.Hisyam kalu ade kelapangan. sampaikan en.hisyam pernah kenalkan aku dgn student dia "mus ni ikut sy dari tahun 2003 smpla sekarang. tak jemu2 nak ikut saya". knapa aku ikut dia? sebab aku nak blaja lagi dr dia. setiap kelas dia akan ade benda2 baru yg aku belajar. alhamdulillah dia tak pernah menghalang malah bnyk memberikan tunjuk ajar dan sokongan pada aku.

mencuba paddling rodeo bean

SEMASA tu aku juga pergi buat parttime dgn outdoor consultant di luar. mula2 aku jadi helper je. lama2 dah bleh lead xtvt. bnyk jugak yg aku belajar dari situ. mcmana nak handle profit making punya kem. beza antara education dengan profit making org.mcm2 client yg aku jumpe, dari bdk skola smpla corporate. cara pengendalian juga berbeza. namun aku tekankan input juga dimana2 aku berada. aku juga teruskan kerja fulltime dlm bidang ni selepas habis belajar. hampir 6 ke 7 bulan jugak aku kerja.
di Gunung Kinabalu bersama UMAGS unisel

teambuilding pasukan olahraga SSBJ


SEMASA aku jadi pensyarah di UCSA yg sebelum ini dikenali dengan KSP, aku diberikan subjek2 berkaitan sport management dan outdoor recreation. jadi aku memang tak lari dari bidang yg aku minat ni. tanggungjawab pun semakin berat. keputusan di tangan sendiri. kalu dulu report dgn en. Hisyam je. skang kena decide sendiri. tapi beliau masih menolong benda2 yg berkaitan. alhamdulillah tiada masalah yg berat2 perlu aku selesaikan. alhamdulillah aku masih sihat untuk terus berada dlm bidang ini.dan insyallah akan terus begini.
rakan2 pensyarah 

menerima hadiah perkahwinan dari Kelab Kakitangan Shahputra(KEKAS)

p/s: post ini bukan untuk mendabik dada tetapi untuk berkongsi.

2 comments:

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Tahniah Mus saya mungkin tidak mengenali anda dari apa yang anda cerita tu memang anda seorg yg suka mencari ilmu lebih2 lagi tentang outdoor ini. Ia perlu dicari dan digali lebih2 lagi melalui pengalaman. En Hisyam memang org yg byk pengalaman beruntunglah dpt berguru dgnnya. Kita tak boleh baca buku je nak jadi outdoorman yg berjaya kena byk keluar mencari dan terus mencari. Tahniah sekali lagi dari Jojet

wegreentheearth said...

terima kasih abg jojet...abg ni antara geng2 awal PERLU kan???serasa saya kita ada berjumpa di bkt cherakah...tapi masa saya jadi participant...nama abg selalu juga kedengaran cuma belum berpeluang nak jumpa dan berkongsi pengalaman..insyallah kalu ade rezeki nnt...