Tanggal 25hb 7 2012, jam 3.30ptg lahirnya cahayamata saya yang pertama di Hospital Besar Melaka. saya sepakat dengan isteri untuk memberi nama Nawfal bin Mustakim. kenapa kami pilih nama ni? mudah je, 1. sebab makna yang baik iaitu pemurah 2. taknak nama yang panjang(pengalaman mama dia jd cikgu, tulis nama pelajar panjang2)hahaa.
|
Nawfal right after the delivery |
masa tu saya masih berkhidmat di UCSA kuantan. hujung minggu tu isteri dah mula rasa sakit2 mcm nak beranak. tapi biasa2 je dan tak kerap. malam ahad slalunya saya akan bergerak pulang ke Kuantan setelah menghabiskan hujung minggu bersama keluarga. hati berat nak balik ke Kuantan tapi setelah berbincang akhirnya saya gerak juga ke Kuantan. masih ingat lagi ayat yang saya tuturkan pada isteri sebelum naik bus "jangan abang tak sampai kuantan lagi nnt dah kena telefon sebab honey nak beranak".hahaa.
|
aksi masa kuning sedikit di wad hospital.usia kurang dari 7 hari. |
sampai di Kuantan masih tiada berita maksudnya masih ok lagi la. smp dirumah lebih kurang jam 4 lebih, saya sambung tdo sekejap sebelum pergi kerja isnin pagi tu. lebih kurang jam 6 pintu bilik saya diketuk oleh teman serumah iaitu ustad. katanya ade call dari isteri saya. dia tak dpt call saya sebab phone takde line dalam bilik(coverage kadang ada kadang takde dlm bilik tu). isteri saya bgtau dah start bleeding tapi ok lagi. nak pegi klinik dulu then baru decide tuk saya balik ke mcmana. sempat sembang dgn ustad pg tu, dia bingung sebab wife saya call dia tuk ckp dengan saya sedangkan saya blk melaka. mana taknya pagi saya sampai tu dia masih tido.
|
comel je tdo |
saya terus tak bleh tdo dan kemas balik barang tuk balik ke Melaka semula if wife saya nak beranak. pastu saya pegi keje macam biasa dan bawak juga barang2 yg dah dikemaskan tadi. masa punch card ade org tegur beg besar macam nak lar je(bkn besar sngt pun, tapi sebab lebih besar dr slalu pegi keje kan).
saya teruskan kelas mcm biasa awal pagi. lepas tu baru wife saya call dlm jam 10 kot, doctor refer terus ke hospital. pintu dah buka 2cm. saya yg takde pengalaman ni rileks je bgtau kat wife saya yang saya blik dlm kul 12 la sebab ade klas lagi 1 lps dia call. then dia ckp ok je. letak telefon, saya sembang dgn luth ngan kak sue, work collegue kat UCSA. diorg yang gelabah suruh saya balik terus, jangan tunggu2 lagi. saya pergi jumpa HR punya org pun diorg gelabah jugak suruh balik. saya seolah2 baru tersedar and baru rasa macam kena cepat balik ni. punyala bengong.hahaa.
|
GGMU. baju tu boleh bungkus dia masa ni. |
lpas cancell klas, saya pegi beli tiket ke kl jam 12 lebih sebab direct ke melaka ade jam 2ptg sahaja. dr kl beli tiket terus ke melaka smp kat melaka lebih kurang jam 7. sebenarnya kalau saya amik tiket direct ke melaka dari kuantan smp lebih kurang sama je masa dia kul 7 tu.
|
tabiat masa kecil, menjelirkan lidah je |
smp kat hospital, terus ke bilik bersalin. masa tu dah kelam kabut sngt dah rasanya. sampai2 kat ruang menunggu tu wife saya rilek je keluar jalan kaki macam takde pape yg berlaku. ingatkan tengah meneran dlm labor room tu.hahaa. dia ckp doc suruh masuk wad dulu harini tak bersalin lagi. aduh. penat berkejar2 rupanya Nawfal taknak kluar lagi. katil dapat dalam kul 2 lebih pagi baru saya balik rumah.
pukul 6 wife saya call kate dah start sakit dan nak masuk labour room dah. kelam kabut berkejar ke hospital balik. lepak balik kat ruang menunggu smpla jam 1 lebih ke 2 baru nurse panggil masuk labour room sedangkan wife saya dah masuk dari pagi(kami dah pegi kursus rakan peneman yg wajib persediaan tuk husband masuk ke labour room meneman isteri bersalin). dok dalam tu melihat pengorbanan seorang isteri banyak menyedarkan saya yang jahil ni. smp jam 3 masih taknak kluar lagi si Nawfal ni. doc suggest tuk vacuum( teknik yg digunakan untuk membantu ibu melahirkan menggunakan penyedut). saya diminta keluar dr bilik tersebut tapi dikelilingi bilik2 kecil yang penuh dengan ibu2 yang nak melahirkan. penuh sampai ade yg atas troli je mengerang2. saya duduk mengadap dinding(takut sebenarnya ternampak benda2 yang tak septutnya) smpla dipanggil nurse tuk azankan Nawfal. mengalir airmata masa pertama kali lihat dan pegang Nawfal tuk diazankan(dah jadi bapak org aku ni) hehee. alhamdulillah semua selamat even kena warded 7 hari sebab mak dia kuning kat mata(slalu anak yang kuning). terima kasih pada doc2, nurse2 yang banyak membantu dlm proses melahirkan dan sepanjang berada di hospital.