Tuesday, July 27, 2010
tercicir...
masuk je terminal tu org dah pandang2...pelancong ke ni???local ke foreigner???kalu foreigner kulit tak brape nak cerah pun...kalu local jarang ade yg gaye mcm ni...maybe tu persoalan2 yg timbul di fikiran mereka2 yg memandang...takpela...lantakla diorg nak ckp ape...nak pikir ape...yg penting hepi...hahaa...
dpt je tiket tengok jam ade dlm 2 jam lagi...lapar plak perut...walaupun sebelum tu dah melantak 2 pinggan nasi...takpe...duit ade...mkn je la...cume jangan meragam lak perut dlm bus nnt dahla...mana nak membuang plak...kalu bus ni ade sistem toilet ok la gak kan...dahla melalui jalan lama yg kiri kanan kalu tak ladang jawabnye hutan...
pusing punya pusing kat terminal tu ade la 1,2 kdai yg menarik perhatian...singgahla kat sup utara ni...pekena bihun sup ngan tea o laici ais...pergh...memang mantapla...kenyang perut...smbl2 tu hantar report kat cikgu kate tiket sekian waktu...skang tgh watpe...
siap mkn jek bayar sume trus singgah toilet...then cari port...nak smbg baca novel...hahaa...best kan...aku suke la baca novel...ade port yg cun...kerusi panjang berbaris...selesa gak tempat ni...bgs la PBT yg wat tempat ni...aku port baris belakang skali...letak beg...bwk kuar novel...trus sambung baca...puas aku rasa...tak hirau org sekeliling...lalu lalang...yg penting aku dpt baca novel ni...
dari dok yg betul sampai kaki naik atas kerusi depan tau dia punya syoknye baca novel ni...hahaa...sampai kena tegurla ngan guard kat situ...tapi bgs gak guard situ..tegur dgn sopan...muke pun ok...bestla...kite yg ditegur pun boleh menerima dgn hati yg terbuka...mcm biasa gak smbl2 tu sms dgn cikgu...
kebetulan lak aku dok tu mengadap btl bus yg akan aku naik...so takdela terkejar2 sngt...aku pun rilek je baca novel tu...lagi 10 min aku pun gerakla...nak naik bus...sebab haversack aku bsr aku letakla kat tempat barang bwh...so aku kena kuarkan laptop, sweater ngan mp3 aku...chek punye chek tiket aku tak jumpe...aku dah mengelabah...habis sume poket aku seluk(poket aku je k)...takde...aku bwk kuar wallet cari dlm tu...pun takde gak...last2 skali aku letak beg kat tempat barang tu aku pegi balik tempat aku dok tadi...tengok2 tiket tu ade kat bwh kerusi..kena pijak lagi ngan mamat yg dok situ...aku wat selamba ckp kat dia.."bang, sorie ye...saya nak amik tiket kat bwh kaki abg tu...tercicir tadi"...pas amik aku trus naik bus...
selamat aku...kalu tidak konpem mc kena amik...coz esoknye tu aku keje...hahaa...padah syok sngat baca novel smp tiket pun tercicir...
Thursday, July 22, 2010
pasti havoc...
Sunday, September 6, 2009
Rindu padanya...
saya terfikir apakah saya juga akan bersikap begitu jika arwah ayah masih ade lagi sekarang. apakah sebaliknya. apakah didikan keluarga dan guru2 sebelum ini berkesan dlm hidup saya sendiri.
tatkala ramadan sudah hampir setengah bulan, saya terfikir aidilfitri akan kembali lagi tanpa ayah yg tercinta. walaupun sudah bertahun2 lamanya beliau kembali ke rahmatullah, terasa seperti baru semalam kami sekeluarga berkumpul dan bergelak ketawa bahagia bersama. ya allah, kau tempatkanlah rohnya di kalangan orang2 yg beriman. alfatihah.
Sunday, May 24, 2009
pengalamanku
kejadian pertama berlaku ketika kami sedang menjalankan aktiviti Abseilling di salah sebuah sekolah di Shah Alam. ketika itu kami dipanggil untuk sama2 memeriahkan Hari Keusahawanan sekolah tersebut. ketika sedang bersiap sedia untuk menyambung tugas selepas rehat saya terlanggar tingkap cermin di kawasan "anchor" akibat disenggol oleh seorang pelajar yg sedang bersiap sedia untuk mencuba aktiviti tersebut. cermin pecah dan tangan saya terluka. darah memang memancut keluar dengan laju. apa yg saya mampu lakukan hanyalah menekan luka tersebut dengan kain lap cermin mata yg memang saya bawa kemana2 dan memanggil yasir di bawah. dengan bantuan beliau, luka saya dpt dibalut dan seterusnya saya dihantar ke klinik yg berdekatan oleh Shawn. kena jahitan di sebelah kanan dan 2 jahitan di sebelah kiri.
kejadian kedua pula berlaku di Pulau Tioman pada awal bulan ini. bermula dengan berita kematian keluarga terdekat yg menyebabkan saya tak berselera nak menjamah makanan pada malam itu. pada pagi keesokan harinya saya cuba untuk makan tetapi sesuap yg masuk keluar semula. seperti ditolak dari tekak. muntah memanjang. saya paksa juga untuk mkm tetapi situasi yg sama berlaku. mkn tengahari membawa ke makan malam, breakfast dan sebagainya juga membuatkan saya muntah. yasir bagi asam pun muntah. ateh bagi cloud 9 pun sama gak. sampaikan pejol bagi air nescafe pun muntah jugak. apa yg masuk dlm perut masa tu cumalah air mineral je. petang tu kebetulan berjumpa dengan sarjan rushjan di tepi pantai, saya pun memberitahu tentang masalah yg berlaku. dia hulurkan pil demam dan pesannya jika sama gak malam tu dia suggestkan supaya saya dimasukkan air dlm bdn( drip normal saline). hati jadi cuak juga. teruk gak sampai nak kena masuk air mcm tu.
malamnya, keadaan masih sama dan saya dibawa ke klinik operasi mereka dan di dripkan Normal Saline dicampur dengan dextrose 50%(air gula yg memang manis sangat). selain itu juga saya dibekalkan dengan pil glutesil(kalau tak silap) pil untuk mengurangkan asid dlm perut dan juga dextrose 5%(air gula dlm botol)untuk kecemasan. alhamdulillah, selepas itu saya mampu menelan makanan walaupun tak banyak dan kembali normal pada keesokan harinya. cuma badan sedikit lesu.alhamdulillah, pengalaman ini membuatkan saya lebih beringat dan behati2 ketika menjalankan tugas. pengalaman ini juga tidak mematahkan semangat saya untuk terus menceburi bidang yg saya minati ini. insyallah
Wednesday, May 20, 2009
pengalaman pertama
pada mulanya, saya tak lalu mkn 2 hari sebelum hari perlumbaan. mungkin akibat terlalu letih, menerima khabar2 yg menyedihkan yg membuat saya jadi begitu. sehari sebelum pertandingan badan mula terasa lesu, bila makan termuntah semula. sesuap msk mulut, sesuap jugalah yg terkeluar semula. saya tau kalau tak mkn badan mesti takde tenaga untuk membuat kerja, jadi saya mkn gak. bukan taknak paksa, tapi itulah yg terjadi. asyik2 muntah. kwn2 dah mula risau melihatkan saya begitu. petang tu saya dibekalkan voltaren, ubat demam dan pening kpale(kalau tak silap) oleh Sarjan Rushjan (medical team dari 3 ubat ATM). beliau memang rapat dengan team marshall disebabkan ini kali kedua kami bekerjasama di Tioman. beliau menyarankan agar saya dimasukkan air je jika keadaan msh sama. beliau juga memeriksa suhu bdn saya yg sekejap panas, sekejap sejuk. saya agak cuak bila pikir kena masuk air dlm bdn sebab saya belum pernah merasa bagaimana rasanya keadaan itu.
pada malam hari sebelum pertandingan, selepas race briefing saya berjumpa semula Sarjan Rushjan untuk diperiksa. saya berikan kepercayaan pada beliau untuk membuat apa2 saja asalkan saya kembali cergas untuk beraksi pada hari perlumbaan. beliau memberitahu yg punca saya begitu adalah kerana keletihan yg hampir melampau. beliau memasukkan normal selien dengan dektros 50% ke dalam badan saya. saya juga dibekalkan dengan dextros 5% yg akan saya minum ketika menjalankan tugas. selain itu pil untuk demam ngan mengurangkan asid dlm perut juga diberi pada saya. mlm tu saya dpt mkn semula walaupun tak banyak.
yasir bersama sarjan rushjan
alhamdulillah semuanya selamat dan terima kasih kepada rakan2 dari team Marshall y banyak membantu dan bekerjasama, team medic dari 3 ubat ATM, dan semua yg terlibat dalam perlumbaan ini. terima kasih kepada k.sheila yg banyak menjaga makan minum saya dan tak lupa juga pada sarjan Rushjan yg banyak membantu dan menyelia keadaan kesihatan kami team marshall.
support krew ah chai...
Wednesday, March 4, 2009
selamat semuanya
pada malam pertama dan terakhir, kami telah menginap di Borneo Backpackers lodge yg terletak berhampiran Padang Merdeka dan Australia Place. disini saya telah berkenalan dengan beberapa orang pelancong seperti Luke (Portugal), mike (Swiss), Karen (California) dan Bro John (Jerman). pada malam pertama juga berlaku satu kejadian yg agak melucukan berlaku apabila Luke telah bersilat dalam tidurnya. hahaa.. buat terkejut orang je. bila saya bertanya adakah dia ok atau tidak, dengan selamba dan buat muka tak reti dia minum air di tepi katilnya dan menyambung tidur kembali. rasa mcm nak sepak pun ade gak. bila bangun pagi, rilek je dia tanya saya " did you sleep well last nite?"
luke pesilat tengah malam dari Portugal
kami juga telah bersiar2 di sekeliling Bandar KK dan melawat Monsopiad Cultural Village yg mana terkenal dengan "House of Skulls" yang mana terdapat 42 tengkorak. disini juga buat pertama kalinya saya merasai kenikmatan dan kelazatan ulat sagu. agak sedap juga rasanya jika dibandingkan dengan rupanya itu.hahaa....
42 tengkorak yg tergantung di House of Skull
Wednesday, January 21, 2009
Dekat je...
lebih kurang benda yg sama terjadi pada saya dan Shawn ketika recce race di tasik bera tak lama dulu. kami telah masuk ke dlm hutan untuk melihat sendiri trek yg diusulkan olehnya. bila ditanya jarak trek hutan tersebut dia menjawab dengan ayat yg sama. cuma bezanya ayat yg digunakan "dekat je" tiada disambung sebatang rokok lamanya. mungkin kerana dia tak hisap rokok. hahaa... bila terfikir tentang lawak tersebut saya sempat berbisik pada Shawn, "jangan termakan kata2 orang asli, dekat saja jawabnya".
alhamdulillah tak jauh sangat, cuma kami berpusing2 mencari jalan kerana guide yg digunakan kurang mahir dengan trek disitu.
Thursday, December 4, 2008
Konvokesyen yg ke 69
terima kasih pada rakan2 yg hadir dan memeriahkan majlis konvokesyen saya. terima kasih juga pada persatuan Pembimbing Rekreasi Luar kerana telah mengadakan majlis untuk meraikan ahli2 yg telah bergraduasi.
Monday, November 17, 2008
Thursday, November 13, 2008
Bidan Terjun!!!
Tiba masa saya di tempat kejadian pagi tu, saya diperkenalkan pada semua peserta2 oleh kawan saya. Ada 31 orng semuanya. Saya start dgn sedikit intro dan terus dgn aktiviti. Rupa2nya dikalangan peserta ada yg berpengalaman dan mempunyai ilmu dlm aktiviti tali. Ada yg dari kem PLKN, ada yg memang terlibat secara langsung dengan aktiviti rekreasi dan tidak kurang juga yg tiada langsung ilmu tentang aktiviti ini. Bermacam2 soalan telah dikemukakan. Mujur saya telah bersedia dan dapat handle semua soalan dgn tenang. Cuma saya sedikit terkilan dgn penganjur kerana tidak menyediakan peralatan secukupnya. memandang remeh dlm semua aspek2 keselamatan, dan sebagainya. saya cuba sedaya upaya menjalankan aktiviti dan tanggungjawab saya sebaik mungkin kerana itulah yg diajar oleh guru saya. Saya menggunakan segala ilmu yg diajar dan segala pengalaman saya untuk menjalankan aktiviti tersebut. Alhamdulillah dgn bantuan rakan2 yg ada aktiviti tersebut dpt dijalankan dgn sempurna.
Tuesday, October 7, 2008
perjalanan..(bukan Lan punya ek)
mana taknya, baru nak masuk melaka mtr buat hal plak. tak bleh lebih 40km/jam. nasib tak lalu tangkak. biasanya saya akan masuk tangkak dan terus masuk highway, tapi hari tu saya nak lalu jln biasa di melaka. tapi hari ahad lak 2. dalam kepala dah pikir nak wat mcmana kalu tak jumpa kedai mtr ni. kul brape nak smp ke destinasi dgn kelajuan yg sebegitu. bila lalu je kat Bkt Katil, alhamdulillah ada satu kdai yg buka. selepas settle problem tu, saya pun sambung perjalanan masuk ke highway melalui air keroh.
masuk2 highway je tgk2 cuaca semakin gelap. tak sampai 15 min hujan pun turun. apalagi saya terus sarung baju hujan dan meneruskan perjalanan. hujan turun selebat-lebatnya. saya redah juga sebab mls nak stay dlm keadaan yg basah tu. jalan jam plak kat area senawang. sampai laluan mtr pun ade keta. ada juga beberapa insiden sondol-menyondol berlaku dikalangan keta2 di situ. ada yg masih berbincang dan ada juga yg sudah ditarik oleh penunda. ini salah satu penyebab jalan jam. saya dan penunggang mtrsikal yg lain pun mencelah2 je mana yg boleh dilalui. hujan berhenti apabila saya sampai di dengkil. itupun masih renyai2 lagi dan jalan masih basah. alhamdulillah saya selamat sampai di rumah pada pukul 7 lebih dan disambut oleh Shawn yg kebosanan di rumah seorg diri. heheee..
pada hari raya juga saya dapat menziarahi pusara arwah ayah, menunaikan solat sunat aidilfitri dan menziarahi rumah sanak saudara yg berhampiran. keseronokan bertambah apabila berpeluang mengikuti kumpulan marhaban pada hari raya kedua yg bergerak dari rumah kerumah. selepas itu saya banyak menghabiskan masa di rumah menunggu sanak saudara yg datang berziarah ke rumah. alhamdulillah meriah juga raya tahun ini.
Tuesday, September 23, 2008
Abah..
pada satu syawal yg terakhir beliau kira2 4 thn lps, satu permintaan yg keluar dari mulut beliau adalah mengumpulkan semua ahli keluarga dan mengambil gambar bersama2. kira family picture la. sebelum ini kami memang tak pernah mengambil gambar bersama2 keluarga yg besar. hanya keluarga2 kecil sahaja. kebetulan pada tahun itu semua abg2 dan kakak2 saya beraya di kampung. waktu itu, ke mana kami pergi beraya beliau akan meminta kami berkumpul bersama2 untuk mengambil gambar.
rupa2nya itu kali terakhir kami sekeluarga dapat berkumpul bersama beliau. banyak kenangan bersama beliau yg tidak akan saya lupakan. kadang2 bila pulang ke kampung saya terbayang2 saat beliau menghantar saya ke sekolah rendah dahulu. teringat waktu menangkap ikan haruan di sawah apabila melalui kawasan sawah padi yg diusahakan beliau dahulu dan bermacam2 lagi kenangan yg indah. apabila pulang ke kampung saya tidak akan lupa untuk menziarahi pusara beliau. sudah menjadi rutin bagi saya pada pagi 1 syawal, saya akan menziarahi pusara beliau. al-fatihah pada arwah Hashim Bin Doriat..
Monday, September 22, 2008
menjelang hari raya
tugas membeli barang keperluan untuk memasak seperti daging, ayam dan sayur-sayuran di kedai, mengambil lengkuas, serai di kebun adalah antara rutin yg perlu dilakukan pada pagi tersebut.
apabila semua barang2 sudah ada, barulah boleh dimasak. big bos biasanya tengah sibuk mengisi ketupat yg telah dianyam dengan beras untuk direbus. expert tu. kalau saya confirm pecah2 ketupat tu sebab lebih beras. hehee..daging dan ayam yg dibeli akan kami potong dan hiris supaya lebih mudah dimasak.
saya akan menghidupkan api menggunakan kayu yg kering untuk merebus ketupat. saya suka makan ketupat yg direbus dgn kayu berbanding menggunakan dapur gas. lebih sedap pada saya. sebab tu saya lebih rela penat mencari kayu yg boleh digunakan untuk merebus ketupat dari menggunakan dapur gas. sambil merebus, kami akan menggoreng ayam, mengacau rendang daging dan lain2. kebiasaannya kami akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk menghabiskan semua keje2 tersebut.
pada sebelah petangnya, kemeriahan semakin terasa kerana jiran2 dan sanak saudara sibuk menghantar dan bertukar2 juadah hari raya. saya akan menghantar ke rumah saudara2 yg agak jauh kerana perlu membawa menaiki mtr atau kereta. yg dekat2 biasanya anak saudara dan adik saya yg akan menghantar. kami akan berbuka dengan makanan yg dihantar oleh saudara2 dan jiran2 serta makanan yg kami sendiri masak.
tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung. mcmanalah agaknya situasi raya tahun ni. brapa banyak ketupat yg perlu dianyam dan direbus. brape kilo daging dan brape ekor ayam yg nak di masak. semuanya kena tunggu arahan. selamat hari raya semua..
Thursday, September 18, 2008
insan istimewa
Friday, September 12, 2008
alhamdulillah...
Thursday, September 11, 2008
SMTKT 1999/2000

jika di blog rembang waktu kita boleh lihat post batch arau, saya pula ingin menceritakan serba sedikit rakan2 sekelas saya sewaktu di Teknik Kota Tinggi dahulu. saya teringat kembali cerita2 lama kerana saya baru sahaja wat reunion dgn beberapa orang rakan saya di YM.
mereka banyak bercerita tentang kisah2 lalu, suka dan duka kami sewaktu belajar di sana sebagai rakan sekelas. pengalaman berkhemah di pantai Air Papan, berkelah di Air Terjun Kota Tinggi dan mengghabiskan masa di Pusat Bandar akan kita ingati sampai bila2. rakan2 seperti abab, sue, aza, pilo, mad nor, enal, aloi, kak pah sudah mendirikan rumahtangga. ader yang sudah menyusun barisan tentera dan puteri di salasilah keluarga sendiri. ader juga yg terus menyepi tanpa khabar berita. agaknya bilalah kita dpt berkumpul lagi seperti waktu2 dulu.

Wednesday, September 10, 2008
trench foot dan immersion foot
man vs wild
beliau terpaksa membina sebuah rakit untuk melintasi satu sungai yg agak besar. dan beliau gagal kerana rakit yang dinaiki hampir terbalik. beliau terpaksa berenang semula ke tempat permulaan dimana ada unggun api yang dinyalakan semasa beliau membina rakit tersebut. sampai di tepi sungai tersebut beliau telah membuka kasut yang bsh dan memakai semula baju yang kering. beliau telah menghalakan tapak kaki dan tangan kearah unggun tersebut untuk mendapatkan haba. beliau menyatakan bahawa dalam keadaan kesejukan yang melampau kita tidak boleh menggosokan tapak tgn dan melakukan banyak pergerakan kerana ia akan mengepam darah yang sejuk ke jantung dan akan menurunkan lagi suhu badan kita. selepas tgn dan kaki kita panas semula barulah kita boleh menggosokkan tapak tangan untuk memanaskan bdn.apa yang saya lihat di rancangan tersebut merupakan satu ilmu baru dan saya ingin kongikan bersama rakan2 yang lain. ini juga berkaitan dengan pengalaman saya di tasik kenyir baru2 ini(merujuk kepada post unplanned survival 1st-4th ep). apakah tindakan kami betul pada mlm itu dengan membuka dan mengeringkan kasut dan stokin yang bsh. membuka kasut bermakna kami berkaki ayam sahaja pada mlm itu. adakah ini jalan selamat bagi kami.





