Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

Nawfal bin Mustakim


Tanggal 25hb 7 2012, jam 3.30ptg lahirnya cahayamata saya yang pertama di Hospital Besar Melaka. saya sepakat dengan isteri untuk memberi nama Nawfal bin Mustakim. kenapa kami pilih nama ni? mudah je, 1. sebab makna yang baik iaitu pemurah 2. taknak nama yang panjang(pengalaman mama dia jd cikgu, tulis nama pelajar panjang2)hahaa.
Nawfal right after the delivery

masa tu saya masih berkhidmat di UCSA kuantan. hujung minggu tu isteri dah mula rasa sakit2 mcm nak beranak. tapi biasa2 je dan tak kerap. malam ahad slalunya saya akan bergerak pulang ke Kuantan setelah menghabiskan hujung minggu bersama keluarga. hati berat nak balik ke Kuantan tapi setelah berbincang akhirnya saya gerak juga ke Kuantan. masih ingat lagi ayat yang saya tuturkan pada isteri sebelum naik bus "jangan abang tak sampai kuantan lagi nnt dah kena telefon sebab honey nak beranak".hahaa. 

aksi masa kuning sedikit di wad hospital.usia kurang dari 7 hari.
sampai di Kuantan masih tiada berita maksudnya masih ok lagi la. smp dirumah lebih kurang jam 4 lebih, saya sambung tdo sekejap sebelum pergi kerja isnin pagi tu. lebih kurang jam 6 pintu bilik saya diketuk oleh teman serumah iaitu ustad. katanya ade call dari isteri saya. dia tak dpt call saya sebab phone takde line dalam bilik(coverage kadang ada kadang takde dlm bilik tu). isteri saya bgtau dah start bleeding tapi ok lagi. nak pegi klinik dulu then baru decide tuk saya balik ke mcmana. sempat sembang dgn ustad pg tu, dia bingung sebab wife saya call dia tuk ckp dengan saya sedangkan saya blk melaka. mana taknya pagi saya sampai tu dia masih tido.

comel je tdo
saya terus tak bleh tdo dan kemas balik barang tuk balik ke Melaka semula if wife saya nak beranak. pastu saya pegi keje macam biasa dan bawak juga barang2 yg dah dikemaskan tadi. masa punch card ade org tegur beg besar macam nak lar je(bkn besar sngt pun, tapi sebab lebih besar dr slalu pegi keje kan).
saya teruskan kelas mcm biasa awal pagi. lepas tu baru wife saya call dlm jam 10 kot, doctor refer terus ke hospital. pintu dah buka 2cm. saya yg takde pengalaman ni rileks je bgtau kat wife saya yang saya blik dlm kul 12 la sebab ade klas lagi 1 lps dia call. then dia ckp ok je. letak telefon, saya sembang dgn luth ngan kak sue, work collegue kat UCSA. diorg yang gelabah suruh saya balik terus, jangan tunggu2 lagi. saya pergi jumpa HR punya org pun diorg gelabah jugak suruh balik. saya seolah2 baru tersedar and baru rasa macam kena cepat balik ni. punyala bengong.hahaa.
GGMU. baju tu boleh bungkus dia masa ni.

lpas cancell klas, saya pegi beli tiket ke kl jam 12 lebih sebab direct ke melaka ade jam 2ptg sahaja. dr kl beli tiket terus ke melaka smp kat melaka lebih kurang jam 7. sebenarnya kalau saya amik tiket direct ke melaka dari kuantan smp lebih kurang sama je masa dia kul 7 tu.

tabiat masa kecil, menjelirkan lidah je
smp kat hospital, terus ke bilik bersalin. masa tu dah kelam kabut sngt dah rasanya. sampai2 kat ruang menunggu tu wife saya rilek je keluar jalan kaki macam takde pape yg berlaku. ingatkan tengah meneran dlm labor room tu.hahaa. dia ckp doc suruh masuk wad dulu harini tak bersalin lagi. aduh. penat berkejar2 rupanya Nawfal taknak kluar lagi. katil dapat dalam kul 2 lebih pagi baru saya balik rumah. 

pukul 6 wife saya call kate dah start sakit dan nak masuk labour room dah. kelam kabut berkejar ke hospital balik. lepak balik kat ruang menunggu smpla jam 1 lebih ke 2 baru nurse panggil masuk labour room sedangkan wife saya dah masuk dari pagi(kami dah pegi kursus rakan peneman yg wajib persediaan tuk husband masuk ke labour room meneman isteri bersalin). dok dalam tu melihat pengorbanan seorang isteri banyak menyedarkan saya yang jahil ni. smp jam 3 masih taknak kluar lagi si Nawfal ni. doc suggest tuk vacuum( teknik yg digunakan untuk membantu ibu melahirkan menggunakan penyedut). saya diminta keluar dr bilik tersebut tapi dikelilingi bilik2 kecil yang penuh dengan ibu2 yang nak melahirkan. penuh sampai ade yg atas troli je mengerang2. saya duduk mengadap dinding(takut sebenarnya ternampak benda2 yang tak septutnya) smpla dipanggil nurse tuk azankan Nawfal. mengalir airmata masa pertama kali lihat dan pegang Nawfal tuk diazankan(dah jadi bapak org aku ni) hehee. alhamdulillah semua selamat even kena warded 7 hari sebab mak dia kuning kat mata(slalu anak yang kuning). terima kasih pada doc2, nurse2 yang banyak membantu dlm proses melahirkan dan sepanjang berada di hospital.





bolat mata mcm mama

dlm troli jusco pun boleh tdo.

it is time to sleep

baru blaja2 duduk dalam keretaa

saya nak pegi shopping ni

layan discovery channel dulu, of course Man Vs Wild

learning time

lambat betul diorg amik order ni.

eh2! ade twins la

with papa

we are happy family, raya lepas

camping with cousin at kampung


paddler to be

nak buat word search ni

Add caption

ni je gambar yang dapat masa dia pakai topi.

comotnya menikmati coklat

time for outdoor

happy walaupun terikat di car seat, awal2 pakai car seat meraung mcm ape dah.

injury occurs when excited

kita naik atv tau

selfie tu!!!

p/s: gambar mengikut urutan dari awal ambil sampai yang terbaru. perhatikan pembesaran dan perubahan rautwajah dia(autie shiela kate muka dia mcm Dakota Fanning).


Thursday, December 4, 2008

Konvokesyen yg ke 69

2hb December yg lalu adalah hari yg bersejarah dalam hidup saya kerana telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Majlis Konvokesyen UiTM yg ke69 ini lebih bermakna dengan kehadiran ahli keluarga yg tercinta. Terima kasih dan sayang yg tak terhingga kepada bondaku yg tercinta, kakak2ku, abang2ku dan keluarga. juga pada Ana yg sudi menjadi tour guide pada familyku.
terima kasih pada rakan2 yg hadir dan memeriahkan majlis konvokesyen saya. terima kasih juga pada persatuan Pembimbing Rekreasi Luar kerana telah mengadakan majlis untuk meraikan ahli2 yg telah bergraduasi.

Tuesday, October 7, 2008

salam kepada semua rakan2 dan semua pembaca2 blog ini. rasanya masih belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. agak lama juga saya tak menjenguk blog2 yg ada kerana cuti hari raya. cuti hari raya selama seminggu yg lalu alhamdulillah saya dapat pulang ke kampung untuk bersama2 keluarga menyambut hari raya. walaupun agak lambat pulang, saya dapat juga meneruskan rutin tahunan saya membantu keluarga menyediakan juadah hari raya.
pada hari raya juga saya dapat menziarahi pusara arwah ayah, menunaikan solat sunat aidilfitri dan menziarahi rumah sanak saudara yg berhampiran. keseronokan bertambah apabila berpeluang mengikuti kumpulan marhaban pada hari raya kedua yg bergerak dari rumah kerumah. selepas itu saya banyak menghabiskan masa di rumah menunggu sanak saudara yg datang berziarah ke rumah. alhamdulillah meriah juga raya tahun ini.

Tuesday, September 23, 2008

jadikan ia teladan

Abah..

semakin hampir ke satu syawal ni, semakin kuat ingatan dan kerinduan pada arwah abah yg telah 3 tahun lebih meninggalkan kami sekeluarga. beliau meninggal dunia akibat kegagalan organ2 utama untuk berfungsi disebabkan usus pecah. dia pergi pada usia 62 tahun.

pada satu syawal yg terakhir beliau kira2 4 thn lps, satu permintaan yg keluar dari mulut beliau adalah mengumpulkan semua ahli keluarga dan mengambil gambar bersama2. kira family picture la. sebelum ini kami memang tak pernah mengambil gambar bersama2 keluarga yg besar. hanya keluarga2 kecil sahaja. kebetulan pada tahun itu semua abg2 dan kakak2 saya beraya di kampung. waktu itu, ke mana kami pergi beraya beliau akan meminta kami berkumpul bersama2 untuk mengambil gambar.

rupa2nya itu kali terakhir kami sekeluarga dapat berkumpul bersama beliau. banyak kenangan bersama beliau yg tidak akan saya lupakan. kadang2 bila pulang ke kampung saya terbayang2 saat beliau menghantar saya ke sekolah rendah dahulu. teringat waktu menangkap ikan haruan di sawah apabila melalui kawasan sawah padi yg diusahakan beliau dahulu dan bermacam2 lagi kenangan yg indah. apabila pulang ke kampung saya tidak akan lupa untuk menziarahi pusara beliau. sudah menjadi rutin bagi saya pada pagi 1 syawal, saya akan menziarahi pusara beliau. al-fatihah pada arwah Hashim Bin Doriat..

Monday, September 22, 2008

menjelang hari raya

hari ini, saya menerima panggilan telefon dari seorang kakak yg bertanya bilakah saya akan mula bercuti.sebenarnya dari awal puasa lagi dia sudah bertanya soalan yg sama. cuma saya yg tidak memberikan jawapan lagi. bukan ape, ada tugas yg menanti di kampung menjelang hari raya ini. seperti kebiasaannya, pada setiap tahun saya akan merebus ketupat dan menolong apa yg termampu untuk menyediakan juadah hari raya. biasanya pagi2 lagi kami adik-beradik akan berpecah untuk menyelesaikan tugas masing2 yg telah di agihkan oleh big bos (mak saya la).
tugas membeli barang keperluan untuk memasak seperti daging, ayam dan sayur-sayuran di kedai, mengambil lengkuas, serai di kebun adalah antara rutin yg perlu dilakukan pada pagi tersebut.
apabila semua barang2 sudah ada, barulah boleh dimasak. big bos biasanya tengah sibuk mengisi ketupat yg telah dianyam dengan beras untuk direbus. expert tu. kalau saya confirm pecah2 ketupat tu sebab lebih beras. hehee..daging dan ayam yg dibeli akan kami potong dan hiris supaya lebih mudah dimasak.
saya akan menghidupkan api menggunakan kayu yg kering untuk merebus ketupat. saya suka makan ketupat yg direbus dgn kayu berbanding menggunakan dapur gas. lebih sedap pada saya. sebab tu saya lebih rela penat mencari kayu yg boleh digunakan untuk merebus ketupat dari menggunakan dapur gas. sambil merebus, kami akan menggoreng ayam, mengacau rendang daging dan lain2. kebiasaannya kami akan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam untuk menghabiskan semua keje2 tersebut.
pada sebelah petangnya, kemeriahan semakin terasa kerana jiran2 dan sanak saudara sibuk menghantar dan bertukar2 juadah hari raya. saya akan menghantar ke rumah saudara2 yg agak jauh kerana perlu membawa menaiki mtr atau kereta. yg dekat2 biasanya anak saudara dan adik saya yg akan menghantar. kami akan berbuka dengan makanan yg dihantar oleh saudara2 dan jiran2 serta makanan yg kami sendiri masak.
tak sabar rasanya hendak pulang ke kampung. mcmanalah agaknya situasi raya tahun ni. brapa banyak ketupat yg perlu dianyam dan direbus. brape kilo daging dan brape ekor ayam yg nak di masak. semuanya kena tunggu arahan. selamat hari raya semua..

Thursday, August 14, 2008

budak botak....

botak..perkara yang amat diperkatakan sekarang ini. tetapi untuk diri saya pula ada kisah yang saya ingin kongsikan disini.
kisah ini berlaku pada tahun 1999 ketika saya baru menjejakkan kaki ke sekolah berasrama di Kota Tinggi, Johor. untuk pengetahuan anda pelajar2 baru yang mendaftar di sekolah ini diwajibkan membotakkan kepala. senior2 ada membuka booth untuk membotakkan kepal. semua pelajar tidak terkecuali termasuklah saya sendiri. sepanjang minggu orientasi kami melakukan bermcm2 aktiviti yang diaturkan antaranya pertandingan kawad kaki antara kelas. selepas waktu persekolahan tamat kami akan berlatih untuk pertandingan tersebut. berhujan dan berpanas selama seminggu. dah mcm rekrut askar plak. alhamdulillah kelas saya beraya merangkul kejuaraan tersebut. natijah dari aktiviti tersebut kulit kami semua bertukar menjadi gelap. memang btul2 gelap punya. bukan main2. dahla kpale botak. gelap pulak tue. sorie pada sesiapa yang terasa. ahaks..
nak dijadikan cerita selepas orientasi berakhir kami dibenarkan pulang ke kampung halaman pada minggu kedua disitu. perjalanan pulang ke kampung saya memerlukan saya bertukar bus 3 kali. pertama di Kota Tinggi, sekali di JB dan sekali di bandar BP. saya pulang dengan memakai uniform sekolah. apabila sampai di Terminal bus Larkin, saya duduk di platform untuk menunggu bus ke BP. paltform tersebut penuh dengan manusia yang sama tujuan dengan saya iaitu balik ke kampung halaman. dalam ramai2 manusia tu saya terpandang seorang perempuan yang amat saya kenali. beliau adalah kakak saya yang saya kira amat rapat dngan saya. beliaulah tempat saya bermanja selain dari ibu bapa saya. bila kakak saya memandang saya, saya terus tersenyum dan mengangkat tangan. tapi dia dengan selamba memalingkan muka dan buat2 taktau. saya terkejut dan sedih (hampir2 je ek..blum mengalir air mate) knape dia buat2 taktau pulak. saya berjalan menuju kearahnya dan blum sempat menegur dia dah berkata "ya allah!! ko ke ni dik? ngah tak knal btul tadi (ngah nama panggilan bagi kakak saya). ingat bdk sekolah mana melambai tadi. dahla botak gelap pulak tue."
saya pun menceritakan apa yang berlaku di sekolah. disebabkan kami naik bas yang berlainan maka kakak saya menunggu di bandar BP untuk pulang bersama2. sampai2 di rumah kakak saya menceritakan apa yang terjadi di JB dan saya menjadi bahan usikan semua orang dirumah. selepas dari insiden itu saya tidak pernah membotakkan kepala lagi.

P/S ini betul2 kejadian, bukan cubaan...ahaks..

Saturday, July 19, 2008

kerinduan...

menghirup udara nyaman tatkala bangun pagi di janda baik ini mengingatkan tentang kedamaian di kampung halaman, Kg Semerah. sudah agak lama tidak pulang ke kg atas sebab2 tetentu. walaupun sering bertanya khabar melalui telefon, agak rindu pada emak di kg. bilalah dapat meluangkan sedikit masa pulang ke kampung menjenguk emak..