Tuesday, February 7, 2012

semasa...semasa...semasa..

SEMASA menjadi  peserta untuk final camp di tasik kenyir, aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi biro pengangkutan...tapi disebabkan kerja2 yg tertangguh oleh bnyk biro aku terpaksa mengambil alih tugas pengarah projek. bukan kerana gile kuasa ke ape, tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab dan markah yg akan diperoleh jika kami gagal menjalankan tugas2 untuk kem. semua biro aku amik tau kerja2 mereka, push mana yg patut. sampaikan ade instructor yg ckp masa meeting, tanya pasal peralatan...mus...tanya pasal duit..mus...tanya pasal S/u..mus...kalu pengangkutan pun mus jugak...kenapa semua ini berlaku? disebabkan ade peserta yg sambil lewa dlm menjalankan tugas. tgl beberapa hari je lg, final kem kami hampir dibatalkan atas sebab2 tertentu. antaranya duit yg tidak mencukupi, bnyk peralatan yg masih tiada dsbgnya. tapi kami masih teruskan juga kerja2 dan akhirnya berjaya juga menjalankan kem tersebut. hari kami dikuarantinkan sbelum bergerak aku masih di bangunan SUK selangor, mencari2 penaja peribadi dikalangan pegawai2 kerajaan disitu. alhamdulillah aku berjaya membawa 2K cash money hasil sumbangan dari seorg pegawai kanan disitu. walaupun nampak mcm mengemis belas ihsan tapi atas dasar tanggungjawab dan ingin meringankan beban perbelanjaan kami dikem aku tebalkan je muka.
ketika kelas degree wafi belajar paragliding 

SEMASA aku mula2 menjadi instuctor PERLU aku jadi support jek. follow group. ikut mana diorg pergi. dalam masa yg sama aku bnyk belajar mcmana nak jadi instructor. kem demi kem aku ikut dan belajar smpla aku mahir mengendalikan bnyk xtvt. aku ikut msk klas outdoor en.Hisyam kalu ade kelapangan. sampaikan en.hisyam pernah kenalkan aku dgn student dia "mus ni ikut sy dari tahun 2003 smpla sekarang. tak jemu2 nak ikut saya". knapa aku ikut dia? sebab aku nak blaja lagi dr dia. setiap kelas dia akan ade benda2 baru yg aku belajar. alhamdulillah dia tak pernah menghalang malah bnyk memberikan tunjuk ajar dan sokongan pada aku.

mencuba paddling rodeo bean

SEMASA tu aku juga pergi buat parttime dgn outdoor consultant di luar. mula2 aku jadi helper je. lama2 dah bleh lead xtvt. bnyk jugak yg aku belajar dari situ. mcmana nak handle profit making punya kem. beza antara education dengan profit making org.mcm2 client yg aku jumpe, dari bdk skola smpla corporate. cara pengendalian juga berbeza. namun aku tekankan input juga dimana2 aku berada. aku juga teruskan kerja fulltime dlm bidang ni selepas habis belajar. hampir 6 ke 7 bulan jugak aku kerja.
di Gunung Kinabalu bersama UMAGS unisel

teambuilding pasukan olahraga SSBJ


SEMASA aku jadi pensyarah di UCSA yg sebelum ini dikenali dengan KSP, aku diberikan subjek2 berkaitan sport management dan outdoor recreation. jadi aku memang tak lari dari bidang yg aku minat ni. tanggungjawab pun semakin berat. keputusan di tangan sendiri. kalu dulu report dgn en. Hisyam je. skang kena decide sendiri. tapi beliau masih menolong benda2 yg berkaitan. alhamdulillah tiada masalah yg berat2 perlu aku selesaikan. alhamdulillah aku masih sihat untuk terus berada dlm bidang ini.dan insyallah akan terus begini.
rakan2 pensyarah 

menerima hadiah perkahwinan dari Kelab Kakitangan Shahputra(KEKAS)

p/s: post ini bukan untuk mendabik dada tetapi untuk berkongsi.

Wednesday, January 11, 2012

layan pantun dulu....

rendang sungguh pohon berangan
jadi singgahan orang bertapa
merentas hutan jangan sebarangan
kurang ilmu didada musibah menimpa

bunga mawar cantik berkembang
dipetik sidara jadi hiasan
aktiviti kayak bukannya senang
perlukan kemahiran dan ketangkasan

sayang selasih di dalam puan
daun layu tiada mekarnya
pandu arah perlukan ketelitian
kenal pangkal kenal akarnya

Bulan timbul indah besinar
bintang tujuh cantik berseri
kelangsungan hidup jadikan iktibar
mengajar hidup erti berdikari

p/s: hasil nukilan aein pantun.

Thursday, December 15, 2011

Nak Cite Sket Atau Dalam Bahase Omputih Want To Story A Little...=P

its been a while for me not writing anything here...i`ve been busy with some of duniawi responsibility...sejak naik jadi UCSA ni mcm2 keje dah aku buat...sampai last skang kena jaga pusat sukan plak...memangku je...benda ni dtg masa aku dpt 1 great news, TPM scholarship...aku dah cantik progress dlm prepare proposal tapi terhenti disebabkan banyak plak keje yg mendatang...start dengan bengkel KPT yg dok sama2 dgn otai2 dlm bidang akademik...sampaila ke fasiliti yg dok bawah pusat sukan ni kena jaga..maintain n wat perancangan...masihla proposal tu dok senyap dlm netbuk yg comel tu...sampai skang ni aku rasa macam dah terlepas je intake tuk bulan 2 nanti...

1 more thing aku sebenarnya nak ckp psl 1 group baru kat list blogawan tu...outdoor recreation  student punya group...harap2 dengan pengenalan pada dunia blog ni akan memberi ide yg bernas pada mereka untuk menulis sesuatu di laman masing2...insyallah...

kepada pelajar2 saya jangan lupa untuk update laman masing2 kerana anda akan dinilai...setakat sekarang masih belum nampak lagi kesungguhan anda di laman tersebut...semoga anda akan lebih rajin lagi di masa hadapan..termasuk sy sekali...gud luck for ur camp...tq...

Wednesday, October 12, 2011

terlalu lama!!!

tepu rasanya otak setelah lama tidak mencoretkan sebarang berita dalam laman ini...pasti ramai yg tidak menyedari tentang kewujudan laman ini yg terhasil akibat dorongan dari sifu saya...
ketika masih single sehinggalah sudah bertukar status inilah post pertama saya..rindu rasanya nak mencoret tetapi kekangan dlm diri yg membuat masa terlalu singkat untuk menulis...
hari ini bermulalah kisah baru yg mana sy mula berjinak2 dengan pembacaan jurnal dan buku2 berkaitan untuk proses penyediaan proposal saya...kepada rakan2 yg ada menyimpan, ataupun tau tentang kemalangan2 yg berlaku dlm bidang rekreasi tolong hubungi saya...saya perlukan fakta dlm penyediaan proposal saya itu...

Thursday, March 3, 2011

perhatian sr113 part 2!!!

perhatian kepada semua pelajar2 semester 2 SR113, sila kemaskini blog anda kerana ade lagi prestasi yg mengecewakan...jangan dah last minit br nak mengelepor...sy dlm proses memberi markah pada anda semua...terimakasih...