Showing posts with label outdoor recreation. Show all posts
Showing posts with label outdoor recreation. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

semasa...semasa...semasa..

SEMASA menjadi  peserta untuk final camp di tasik kenyir, aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi biro pengangkutan...tapi disebabkan kerja2 yg tertangguh oleh bnyk biro aku terpaksa mengambil alih tugas pengarah projek. bukan kerana gile kuasa ke ape, tapi disebabkan atas rasa tanggungjawab dan markah yg akan diperoleh jika kami gagal menjalankan tugas2 untuk kem. semua biro aku amik tau kerja2 mereka, push mana yg patut. sampaikan ade instructor yg ckp masa meeting, tanya pasal peralatan...mus...tanya pasal duit..mus...tanya pasal S/u..mus...kalu pengangkutan pun mus jugak...kenapa semua ini berlaku? disebabkan ade peserta yg sambil lewa dlm menjalankan tugas. tgl beberapa hari je lg, final kem kami hampir dibatalkan atas sebab2 tertentu. antaranya duit yg tidak mencukupi, bnyk peralatan yg masih tiada dsbgnya. tapi kami masih teruskan juga kerja2 dan akhirnya berjaya juga menjalankan kem tersebut. hari kami dikuarantinkan sbelum bergerak aku masih di bangunan SUK selangor, mencari2 penaja peribadi dikalangan pegawai2 kerajaan disitu. alhamdulillah aku berjaya membawa 2K cash money hasil sumbangan dari seorg pegawai kanan disitu. walaupun nampak mcm mengemis belas ihsan tapi atas dasar tanggungjawab dan ingin meringankan beban perbelanjaan kami dikem aku tebalkan je muka.
ketika kelas degree wafi belajar paragliding 

SEMASA aku mula2 menjadi instuctor PERLU aku jadi support jek. follow group. ikut mana diorg pergi. dalam masa yg sama aku bnyk belajar mcmana nak jadi instructor. kem demi kem aku ikut dan belajar smpla aku mahir mengendalikan bnyk xtvt. aku ikut msk klas outdoor en.Hisyam kalu ade kelapangan. sampaikan en.hisyam pernah kenalkan aku dgn student dia "mus ni ikut sy dari tahun 2003 smpla sekarang. tak jemu2 nak ikut saya". knapa aku ikut dia? sebab aku nak blaja lagi dr dia. setiap kelas dia akan ade benda2 baru yg aku belajar. alhamdulillah dia tak pernah menghalang malah bnyk memberikan tunjuk ajar dan sokongan pada aku.

mencuba paddling rodeo bean

SEMASA tu aku juga pergi buat parttime dgn outdoor consultant di luar. mula2 aku jadi helper je. lama2 dah bleh lead xtvt. bnyk jugak yg aku belajar dari situ. mcmana nak handle profit making punya kem. beza antara education dengan profit making org.mcm2 client yg aku jumpe, dari bdk skola smpla corporate. cara pengendalian juga berbeza. namun aku tekankan input juga dimana2 aku berada. aku juga teruskan kerja fulltime dlm bidang ni selepas habis belajar. hampir 6 ke 7 bulan jugak aku kerja.
di Gunung Kinabalu bersama UMAGS unisel

teambuilding pasukan olahraga SSBJ


SEMASA aku jadi pensyarah di UCSA yg sebelum ini dikenali dengan KSP, aku diberikan subjek2 berkaitan sport management dan outdoor recreation. jadi aku memang tak lari dari bidang yg aku minat ni. tanggungjawab pun semakin berat. keputusan di tangan sendiri. kalu dulu report dgn en. Hisyam je. skang kena decide sendiri. tapi beliau masih menolong benda2 yg berkaitan. alhamdulillah tiada masalah yg berat2 perlu aku selesaikan. alhamdulillah aku masih sihat untuk terus berada dlm bidang ini.dan insyallah akan terus begini.
rakan2 pensyarah 

menerima hadiah perkahwinan dari Kelab Kakitangan Shahputra(KEKAS)

p/s: post ini bukan untuk mendabik dada tetapi untuk berkongsi.

Wednesday, January 11, 2012

layan pantun dulu....

rendang sungguh pohon berangan
jadi singgahan orang bertapa
merentas hutan jangan sebarangan
kurang ilmu didada musibah menimpa

bunga mawar cantik berkembang
dipetik sidara jadi hiasan
aktiviti kayak bukannya senang
perlukan kemahiran dan ketangkasan

sayang selasih di dalam puan
daun layu tiada mekarnya
pandu arah perlukan ketelitian
kenal pangkal kenal akarnya

Bulan timbul indah besinar
bintang tujuh cantik berseri
kelangsungan hidup jadikan iktibar
mengajar hidup erti berdikari

p/s: hasil nukilan aein pantun.

Thursday, December 15, 2011

Nak Cite Sket Atau Dalam Bahase Omputih Want To Story A Little...=P

its been a while for me not writing anything here...i`ve been busy with some of duniawi responsibility...sejak naik jadi UCSA ni mcm2 keje dah aku buat...sampai last skang kena jaga pusat sukan plak...memangku je...benda ni dtg masa aku dpt 1 great news, TPM scholarship...aku dah cantik progress dlm prepare proposal tapi terhenti disebabkan banyak plak keje yg mendatang...start dengan bengkel KPT yg dok sama2 dgn otai2 dlm bidang akademik...sampaila ke fasiliti yg dok bawah pusat sukan ni kena jaga..maintain n wat perancangan...masihla proposal tu dok senyap dlm netbuk yg comel tu...sampai skang ni aku rasa macam dah terlepas je intake tuk bulan 2 nanti...

1 more thing aku sebenarnya nak ckp psl 1 group baru kat list blogawan tu...outdoor recreation  student punya group...harap2 dengan pengenalan pada dunia blog ni akan memberi ide yg bernas pada mereka untuk menulis sesuatu di laman masing2...insyallah...

kepada pelajar2 saya jangan lupa untuk update laman masing2 kerana anda akan dinilai...setakat sekarang masih belum nampak lagi kesungguhan anda di laman tersebut...semoga anda akan lebih rajin lagi di masa hadapan..termasuk sy sekali...gud luck for ur camp...tq...

Thursday, March 3, 2011

perhatian sr113 part 2!!!

perhatian kepada semua pelajar2 semester 2 SR113, sila kemaskini blog anda kerana ade lagi prestasi yg mengecewakan...jangan dah last minit br nak mengelepor...sy dlm proses memberi markah pada anda semua...terimakasih...

Monday, January 10, 2011

Muka Baru

"kelas outdoor kat lab!!!bior betul ko mus?" kata faisal
"betul la. nape? tak bleh ke?" aku membalas.
"macam pelik je outdoor kat lab". katanya lagi.
"adela...hahaa.."terus berlalu ke lab.
perbualan antara aku dgn Faisal, rakan sekerja di Shahputra sebelum klas pertama outdoor minggu lalu. Ramai yang terkejut bila aku nak wat klas kat lab komputer. bukan ape. Ade reason tuk aku buat kelas tu kat lab...tugasan pertama yang aku bagi kat diorg adalah membuat blog. Mudah untuk aku memantau ape tugasan2 yg mereka akan lakukan didalam persiapan ke kem yang akan dijalankan di Tasik Chenderoh, Lenggong Perak pada 29 Jan - 5 Feb depan.
SR113 adalah list terbaru blogawan2 kelas Outdoor Recreation semester ini. Penjenguk2 bolehla melawat dan lapang2 kanlah mencoret sedikit komen membina di dalam blog2 tersebut. Insyallah penambahbaikkan akan sentiasa dilakukan bagi memperbaiki mutu coretan. insyallah.

Sunday, January 24, 2010

Blogawan Outdoor Shahputra

satu lagi list yg saya dapat tambah dalam wegreentheearth.blogspot ini. Mereka merupakan pelajar2 dari subjek SPS 133. kepada penjengok2 semua luangkanlah masa untuk menjenguk blog2 mereka ini dan sudi2kanlah mencoretkan sedikit komen dan pandangan agar mereka boleh jadikan panduan. kepada pelajar2 saya tahniah dan syabas kerana berjaya mendaftarkan blog anda. rajin2lah mengemaskini blog anda dengan cerita2 yg menarik. kepada mereka2 yg blum dimasukkan dlm senarai sila jumpa saya secepat yang mungkin untuk proses penyenaraian.

Tuesday, January 19, 2010

pengumuman!!!

kepada semua pelajar2 SPS 133, sila hantarkan url blog anda ke email saya untuk tindakan selanjutnya selewat2nya hujung minggu ini. sila update juga blog anda untuk memudahkan saya membuat penilaian. terima kasih.

Friday, January 15, 2010

1st time dikelas lab komputer...

1st time ajar students wat blog...mcm2 karenah..ade yg mintak no tel ....ade yg datang balik...takde add gadjet...tapi alhamdulillah hampir semua dpt selesaikan masalah mereka...cume yg kurang menyenangkan bila ade segelintir pelajar yg dtg lewat...saya terpaksa menghalau sebab terlalu lewat mereka sampai...kelas yg sepatutnya bermula 2.30 hampir 3.15 baru mereka sampai...alasan yg diberikan mudah...nak print assgnment...takde masa ke sblm tu???ke baru siap??tahla..saya rasa terlalu mudah mereka memberikan alasan...dan saya juga mudah memberikan hukuman...jawapannya...pintu terpaksa dikunci sebagai pengajaran...balik ke meja selepas kelas ptg tu, meja saya dipenuhi dengan kertas2 yg menuliskan kata2 maaf...semuanya dari pelajar2 yg telah saya usir kerana datang lambat...kurang pasti adakah semuanya ikhlas...kita tunggu dan lihat...





kepada pelajar2 SPS 133, jika anda respect saya saya juga boleh respect anda semua...berubahla sblm terlambat...itu doa saya untuk anda semua...saya akan tambah satu lagi list untuk pelajar2 saya...rajin2la menjenguk dan memberikan komen...kepada pelajar2 saya, rajin2lah update blog dngn cerita2 anda...it`s part of our evaluation...terima kasih...